Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Teknik Pemilihan Kaunter Melintasi EMA50

Salah satu teknik yang paling sy minati didalam menyecan sesuatu kaunter adalah memilih harga tutup melintasi EMA50. Dalam bahasa english closed price cross up EMA50. Apa itu EMA? EMA bermaksud Exponential Moving Average. Nanti ada yg bertanya apa beza MA dengan EMA? Sila google sendiri. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Ok, kat mana nak scan? Boleh scan dekat tradingview je. Free. Trader jalanan selalu mencari benda murah dan free. 

Buka laman web https://www.tradingview.com/. Letak cursor pada "Screener" then klik pada "Stock Screener" 

Pilih "Last", "CrossUp", "Exponential Moving Average (50)". Dekat rating pilih " Strong Buy, Buy"

Hasil scan ada 50 kaunter matches. Banyak kan? Ni hasil scan pkl 2.00pm 26 No 2020. Market tengah rehat. Sempat la kaji kaunter dlm list ni utk dibeli masa market buka jap lagi. 

Daripada 50 kaunter, ambik 1 la sebagai contoh iaitu AEON.

Ambik contoh AEON. Menarik kalau EMA50 kat bawah & EMA200 kat atas. Lagi jauh lagi sedap. Sebab slow-slow dia akan kayuh gi cari EMA200. Berapa lama nak sampai? Jangan tanya. Utk chart AEON ni support EMA50 di 0.770. Selagi tak bocor, secara teorinya boleh la hold. Bocor cut loss laju-laju. Target EMA200, area 0.960. So, banyak jugak la reward kalau beli AEON ni. 


Amacam? simple kan? Jangan dicomplicatedkan hidup dalam mencari rezeki. Selamat mencuba dan happy trading. Kalau ada apa-apa nak bawa berbincang, boleh la komen dkt bawah ya.

Jemput jugak FOLLOW blog ni tanda sokongan ya. Klik button follow di bahagian atas blog ni. Terima kasih. Jemput juga like & follow sy di FB Page : https://www.facebook.com/FaizulTrader/


Update terkini selepas seminggu. Tulis entry ni 26 Nov 2020, Update chart 2 Dec 2020. Hampir sampai ke aras target. Menarik kan?

Untuk pelajari tentang Teknik Trade Denga Moving Average (Basic to Advanced), boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu dengan klik pada image di bawah ini ya:



Entry lain berkaitan Moving Average dalam blog ini : 

https://www.faizulmsta.com/2021/07/moving-average-golden-cross-vs-death-cross.html

https://www.faizulmsta.com/2021/07/multiple-moving-average-crossover.html

https://www.faizulmsta.com/2021/07/chart-indicator-moving-average.html

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

  1. Scanner tu guna daily tf ke weekly tf?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daily. Kalau boleh scan weekly lagi bagus. Tp, weekly scan lps matket closed jumaat baru candle weekly siap.

      Padam
  2. cikgu,maksudnya EMA50 blh jadikan sebagai support dan EMA200 blh jadikan sebagai TP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu...pecah EMA200 then jadikan sebagai RBS ya...selagi tak bocor hold

      Padam
  3. Daripada 50 kaunter ke 5 kaunter, apa criteria lain yg tuan filter?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Pengunaan Indicator Untuk Entry dan Exit Kaunter Saham

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth