Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Fibonacci Retracement adalah salah satu tools analisis chart yang biasa digunakan untuk menentukan dimanakah aras sambutan dan aras reversal dan seterusnya dapat juga digunakan sebagai aras rintangan dengan menggunakan Fibonacci Numbers iaitu 0.000, 0.236 (23.6%), 0.382 (38.2%), 0.500 (50%), 0.618 (61.8%), 0.782 (78.2%) dan 1.000 (100%). Aras-aras ini akan muncul apabila kita menggunakan tools fibonacci dengan menarik aras tertingi sebelum kejatuhan dan juga aras terendah semasa bermula kenaikkan.


Lebih mudah kalau diterangkan dengan menggunakan chart sebab lebih jelas nampak dan faham. Jadi mari kita tengok contoh penggunaan fibonnaci retracement di chart. Sebelum itu, dibawah ini adalah human body golden ratio (asal usul kewujudan fibonacci numbers dan juga fibonacci numbers itu sendiri. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Untuk belajar dengan lebih mendalam tentang teknik trade dengan Fibonacci, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Teknik Trade Dengan Fibonacci Retracement dan Extension. Yuran RM49 sahaja. Boleh ulang-ulang tonton sampai faham. KLIK SINI untuk subscribe.
 

Berdasarkan contoh diatas ini, kenaikkan bermula dari aras 0.385 dan berakhir aras 0.610 kerana selepas aras 0.610, harga mula turun. Jadi kita tarik fibonacci dari 0.610 ke 0.385 untuk dapatkan garisan-garisan fibonacci numbers. Secara teorinya, harga akan turun dan akan cuba rebounce di aras fibonacci 61.8%, 50% dan 38.2%. Jadi berdasarkan chart, aras-aras yang perlu diberi perhatian adalah di 0.525 (aras fibo 61.8% setelah dibundarkan daripada 0.524), 0.500 (aras fibo 50% setelah dibundarkan daripada 0.498) dan juga 0.470 ( aras fibo 38.2% setelah dibundarkan daripada 0.471). Jadi dimanakah aras yang akan rebounce? Ok, mari kita lihat chart seterusnya apabila kita scroll ke kanan. 

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.

Ngam-ngam rebounce di aras fibo 50% iaitu pada harga 0.500.Dapat kita lihat harga berlegar-legar di fibo 50% dan 61.8% sebelum meneruskan pendakian (setup dan confirmkan tapak). Jadi, secara teorinya aras fibo yang seterusnya akan menjadi aras rintangan / aras target. Berdasarkan chart di atas, kita boleh lihat harga akan menguji aras fibo 78.2%, 100%  dan 138.2% sebagai aras rintangan seterusnya. Memang ngam aras-aras itu diuji dan harga berhenti. Menarik kan fibonacci retracement ni? Ok kita tengok chart keseluruhan apa jadi lepas tu? Aras target terakhir adalah di aras fibonacci 200%.

Ngam dia naik sampai aras fibonacci 200%, siap terlajak lagi (bonus) sebelum menjunam. Dapat kita lihat longgokan candle di aras-aras fibonacci. Sangat menarik dan mudah untuk trade dengan fibonacci retracement kan? Secara teorinya la. Belum masuk emosi, ketamakkan, keegoaan, kebangangan statement politik dan sebagainya. Untuk pemahaman yang lebih mendalam, boleh subscribe video Pembelajaran dan Pemantapan Ilmu Teknik Trade dengan Fibonacci Retracement dan Extension. Yuran RM49 sahaja. KLIK SINI untuk subscribe. Boleh ulang-ulang tonton sampai faham. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan trader yang membaca penulisan ini dan yang menonton video Fibonacci. Disclaimer : Teknik penggunaan Fibonacci Retracement ini adalah berdasarkan pemahaman dan penggunaan harian sy untuk analisis chart dan trade saham. Mungkin jika dibaca di google atau group saham yang lain, mazhab dan pemahamannya tak sama dengan yang sy kongsikan ini. Sama-sama kita raikan ilmu. Jika rasa cara sy ini mudah difahami, bolehlah dipraktikkan dan kena banyak latihan di chart agar lebih faham dan cekap cara penggunaan Fibonacci Retracement. 

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth