Ramai trader yang keliru dan masih belum mahir dalam penggunaan "Time Frame" semasa membuka dan mengkaji chart sesuatu kaunter saham. Apa itu time frame? Time frame merupakan sela masa yang digunakan untuk seseorang melihat chart. Singkatan Time Frame = TF. So, kalau buka chart TF 30 saat pun ada. Tapi, biasanya ramai yang melihat TF1mnt, TF5mnt, TF15mnt, TF30mnt, TF1jam, TF2jam, TF4jam, TF daily, TF weekly dan TF monthly. Banyak kan? Tu yang serabut nak tengok mana satu time frame yang sesuai.
Biasanya yang suka swing, akan kaji chart time frame monthly , weekly dan mencari entry di chart daily. Lebih mudah melihat sejauh mana kaunter itu boleh pergi dengan melihat chart TF weekly. Cuma weekly ni better kaji chart lepas market tutup Jumaat sebab candle baru siap hari Jumaat. So, boleh ambil masa Jumaat - Ahad untuk kaji kaunter dengan chart time frame weekly. Kalau dapat jumpa chart yang baru nak start jalan di TF weekly, memang lazat. Berminggu-minggu boleh swing dengan penuh ketenangan. Cuma, trading plan tetap kena ada. Membeli sesuatu kaunter saham tanpa trading plan, umpama menikam nombor ekor. Akan selalu kecidukan. Ok, cuma yang sy perasan, ramai trader tak tengok pun weekly chart. Sebab apa? Sebab nak cepat kaya. Kalau boleh hari-hari nak tekan buy, hari-hari nak profit. Cuma percayalah. Jarang boleh kaya dengan bersaham kalau hari-hari nak tekan buy. Yang kaya sebenarnya remiser. Sbb setiap kali kita tekan buy dan sell, untung ke rugi ke, remiser tetap dapat komisyen.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Trader harian biasanya akan tengok chart daily. Pandangan dia satu candle ke hadapan or paling-paling pun 3-4 candle. Tak jauh permandangan dia. Sebab mengejar candle hijau. Tiada kesabaran menunggu chart mendaki ke atas. Jadi, sebagai trader harian bila nampak chart daily cantik, akan tengok chart TF 1jam dan juga TF30mnt. Kalau dua-dua TF ni pun cantik, akhirnya buka chart TF5mnt untuk cari entry terbaik. Ramai yang silap sebab daily nampak cantik terus tengok chart TF5mnt, tak tgk chart TF30 mnt dan TF 1jam. Kalut nak kejar profit, laju naik sudahnya ngam-ngam lepas tekan buy & matched, laju kaunter tu junam. Karangan panjang lebar pun, payah nak faham kan? better lukis lagi senang faham. So, mari kita tgk contoh chart.
|
Ini contoh chart weekly yang baru nak start jalan. Kaunter Layhong. Nampak cantik tak? Masuk dkt tapak ni. DTL 2yrs dah break. DTL 1yr (line oren) pun baru je breakot minggu lepas. Tu yang minggu ni sebatang hijau dia kasi. Volume pun padu. Kalau gini punya candle & volume, potensi minggu depan sebatang lagi. Guna EMA50 sebagai support. Ikutkan chart ni, EMA50 di 0.345. So, selagi tak bocor 0.345 hold je la. Bocor cut. Target pertama EMA200. Pada chart ni EMA200 di 0.485. So, rintangan atau aras target adalah di 0.485. Reward 0.485 - 0.370 = 0.115. Contoh buy harga closed hari ini 0.370. Beli 100 lot, modal RM3700 dah profit RM1150. Dlm 40% jugak ROI. Sebatang candle hijau last tu bernilai 0.065 sen. Kalau tgk chart TF5 mnt saiz candle nmpk sama tapi nilai 1 sen je. Ok, tgk daily chart pula. |
|
|
Kalau tengok chart daily, boleh EP lebih awal. Guna EMA50 juga sebagai support. Contoh di chart support 0.305, jadi boleh EP di 0.310. Jadikan target EMA200 di 0.345. So, Reward 0.345 - 0.310 = 0.035 sen. Beli 100 lot untung dah RM350. Seterusya bila dah pecah 0.345, boleh hold dah swing ke ars target weekly tadi iaitu di 0.485. Reward 0.485 - 0.310 = 0.175. Beli 100 lot, dah profit RM1750. Sela masa utk sampai target maybe dalam 2 minggu - 1 bulan. Ok la tu. Sebulan tunggu ROI 50% better dari simpan ASB 5% je setahun. Untuk chart daily kita scan hari-hari. So, contoh bila scan petang / malam rabu, Layhong akan keluar dalam result scan closed price above EMA50. Tengok chart wah dah touch EMA200. Terus la masuk dalam watchlist. Tunggu Khamis open mcm mana. Kalau pada chart EMA200 adalah di 0.340 tapi ada resistance candle daily di 0.345, sebab tu set alert di 0.350 sbb dah breakout resistance + EMA200. Boleh faham kan? kalau tak faham boleh tanya di bahagian komen ya. |
|
|
Lepas scan. Siapkan line resistance siap-siap. Senang nanti market dah buka bila alert keluar dah tau kat mana nak tekan buy, kat mana nak tekan sell. Untuk yang scan chart daily ni selalunya trader yang trader short term. Ayat glemer, "see money take money, (SMTM)", fast in fast out (FIFO), intraday trade. Gitu la. So, targetnya tak banyak. Asalkan profit je dah happy. Pantang hijau, laju je tekan sell. Cuma rewardnya sikit je la. Bianya 0.005 - 0.03 sen je targetnya. Ok, bila dah siap garisan, tunggu market buka hari Khamis. | |
|
Ini chart TF1hr. Kita dapat lihat hari Khamis masa opening cross up 0.345. So, boleh la jadikan 0.345 sebagai support, buy di 0.350. Ni, contoh simple je. Kalau nak lebih yakin masukkan la indicator-indicator yang biasa guna. Ok, boleh chart TF1hr dah cantik, tengok pulak chart TF30mnt dan untuk confirmation. Dah juga TF5mnt untuk best entry. Jap, sy masukkan indicator bollinger band, slowso, MACD & SAR untuk tengok signal chart.
Semua indi pun buy signal. Baru la tambah yakin nak tekan buy. So, tengok pula chart TF30mnt.
Daripada chart TF30mnt kita boleh nampak market open je khamis Layhong dah kasi sebatang candle hijau. Kalau buy guna TF30mnt, mesti akan beli harga agak tinggi iaitu di 0.360. Sebab tu utk best entry kena tengok chart TF5mnt.
|
Daripada chart ni boleh nmpk kenapa ramai sangkut bila beli di awal pagi masa market open. Sebab tu paling bagus nak tekan buy lepas pkl 9.30pagi or better area pkl 10.00am - 11.00am. Market lebih stabil. Ini kerana wujudnya klan BTST. Diorg ni kejar profit 1-2 sen je. Petang semalam dah siap Q sell dkt dengan R. Tu sebab awal pag laju naik, laju junam. Kalau perasan, Indicator pun banyak signal buy sell kalau guna time frame TF5mnt. Kejap buy signal kejap sell signal. Serabut tengok kan. Ini dinamakan noise. Sebab tu lebih tenang nak tengok chart TF30mnt dan TF1hr. TF5mnt ni untuk yang layan FIFO je. Target reward 0.005 - 2 sen. Jap sy send contoh Vivocom semalam. |
|
|
Contoh FIFO guna slowso. Dah oversold, cari entry. contoh FIFO 2 EP 0.810, TP 0.850. Profit 4 sen dalam masa lebih kurang 30 minit.
|
Ok la. Panjang lebar pulak entry kali ni. Semoga boleh faham dan memberikan manfaat la ya. Jemput kongsikan dengan rakan-rakan yang trade saham juga ya. Kena banyak latihan. Tapi, kesimpulan dari cerita panjang lebar ni, paling tenang sebenarnya trade guna chart weekly. Reward pun besar. Hari pun tenang. Selamat berdagang. Jangan pernah malas untuk belajar ya. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Untung, rugi, sangkut puncak, terkena kompangan dan sebagai tu adalah proses untuk membentuk diri menjadi trader yang berjaya. Good luck. Kalau ada apa-apa nak bawa berbincang, boleh la komen dkt bawah ya.
Jemput tonton video youtube yang bertajuk : Fungsi Time Frame Dalam Analisis dan Kajian Chart Saham + Teknik Scan Kaunter
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Bila cek chart Weekly dgn Daily, baru nmpk halatuju cikgu. Nampak bole pergi lagi jauh. Baru fhm bila cikgu ckp lawa. Thanks cikgu.
BalasPadamContoh: nihsin dgn layhong weekly baru 1st dot, bole swing lg.
Ya. Mudahnya bersaham kalau dah faham kan? Apa guna mengejar 1-2 sen kalau boleh dapat 10 -20 sen :-)
Padambtoi cikgu...yg beginner ni...kira nk cepat profit ja....tq atas nasihat
PadamBetul cikgu. Drpd setiap hari buy sell buy sell, baik tggu kaunter yg berul2 cantik utk ride.
BalasPadamYa. Sebenarnya itu lebih tenang nak trade & lebih banyak profit boleh dapat. Yang penting beli dekat tapak or bila break DTL. Then ride the trend. Sy minat dengan kaunter yang cross up EMA50 dari bawah. Sedap nak layan. Boleh baca sini : https://tradermarhaen.blogspot.com/2020/11/teknik-pemilihan-kaunter-melintasi-ema50.html
PadamSelepas sy scan, Sendai, Omesti, YTL menarik hati, tapi Sendai dgn Omesti mcm lagi lazat nak ke ema200. Tq cikgu. Ilmu baru lagi.
BalasPadamYa. Omesti mmg lawa. Boleh la kaji dengan lebih mendalam. Semoga ada rezeki profit bersama Omesti. Nampak lebih tenang & mudah nak trade bila faham tentang time frame dan juga EMA50 & EMA200.
PadamOkay cikgu. Cross ema200 je, lagi, uptrendlah dia. Short BDTL since ogos 2020. Tmbh combo dgn intersect lagi tenang.
BalasPadamSalam coach, indi slowSO tu dari TCT ke?
BalasPadamBukan, tu singkatan kepada indicator Slow Stochastic
PadamPerkongsian sgt bermanfaat. terima kasih
BalasPadamSama-sama :-)
Padamterima kasih byk cikgu
BalasPadamSama-sama :-)
Padamterima kasih cikgu kongsi ilmu mahal..moga murah rezki cikgu sekelurga..
BalasPadamSama-sama. Semoga bermanfaat dan lebih jelas nak tgk chart ya :-)
PadamTerima kasih cikgu. Saya akan cuba praktikkan.. Saya ada satu soalan.. Adakah teknik cikgu ini boleh digunakan untuk semua stock? Tq
BalasPadamya, boleh guna utk semua stock..sy pun mmg tiap kali tgk chart akan tgh semua time frame, lebih jelas nampak halatuju
PadamOk noted. Untuk TF Weekly, perlu ke buat DTL 2yr dan DTL 1yr? Sbb kadang2 ade chart x boleh nak sambungkn DTL 2yr dan DTL 1 yr tu..
PadamCikgu... Macam mana nak dapatkan indi Slowlo tu....
BalasPadamKlu di Tradingview search Slow Stochastic
PadamPerkongsian yang menarik cikgu...masih keliru dgn hubung kait setiap TF dan cara guna EMA50&200 dlm contoh...tq
BalasPadamDalam chart weekly tu, coach bagitahu jadikan EMA50 sebagai support kan(0.345).
BalasPadamKalau bocor cut, maksudnya terus cut atau nak tunggu bocor 3%(0.335) dulu baru cut?
Terima kasih atas perkongsian Cg Faizul.saya ambik masa sikit nk hadam.
BalasPadamNak tanya,mcm mana kalau tf weekly dh sell signal..tapi tf kecik (cth tf daily) ada buy signal.
Masih sesuai ke nk masuk?
Dah tonton video di youtube juga ya. Secara teorinya, signal weekly lebih strong dari TF kecil. So, kalau TF kecil ada buy signal, just kena berhati-hati dan monitor rapat. Maybe boleh short sahaja. Sbb secara overall bila dah sell signal weekly, maybe TF lebih kecil dah oversold. So, dia akan rebounce kejap sebelum sambung turun.
Padam