Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Chart Indicator : Moving Average

Salah satu indicator carta saham yang digunakan secara meluas ialah Indicator Moving Average. Dalam Bahasa Melayu jika diterjemahkan menjadi "Pergerakan Purata". Jadi Indicator Moving Average adalah indicator yang menunjukkan purata pergerakkan harga pada tempoh masa tertentu sebagai contoh 100 minggu, 50 minggu, 200 hari, 50 hari, 20 hari, 9 hari, 4 jam, 1 jam, 30 minit, 5 minit dan sebagainya. Jika time frame minggu, Moving Average (MA) mengambil purata bilangan candle berdasarkan minggu, jika time frame hari, jadi MA mengambilkira purata kiraan candle berdasarkan hari, begitu jugalah jika time frame jam, minit dan saat. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Antara Moving Average yang biasa digunakan adalah seperti berikut : 

1) Simple Moving Average (SMA)

2) Linearly Weighted Moving Average (WMA)

3) Exponentially Smoothed Moving Average (EMA)

4) Hull Moving Average (HMA)

4) Moving Average Crossover

5) Moving Average Envelopes

6) Bollinger Bands (Indicator khusus yang lain tetapi asal usulnya dari moving average, sy akan tulis tentang Bollinger Bands juga nanti). 

Untuk penulisan kali ini sy akan kongsikan tentang SMA, WMA dan EMA sahaja. Tetapi paling khusus adalah EMA. Apa beza antara 3 moving average ni? Bila sy biasa guna EMA, ramai yang tanya kenapa tak guna SMA atau WMA? Chart di bawah menunjukkan perbezaan antara 3 jenis moving average ini : 

Tiada banyak beza tapi WMA dan EMA lebih dekat dengan harga (candle). Jadi, terpulang nak guna yang mana satu. Yang penting kena betul-betul faham dan mahir tentang teknik penggunaannya.

Apakah kesan penggunaan MA untuk sela masa (Time Period) yang tertentu? Kita selalu nampak ada trader yang guna MA9, MA20, MA50, MA200 tapi apakah rationalnya? Untuk moving average dalam sela masa yang singkat, ia akan mengesan pergerakan harga dengan lebih dekat. Manakala untuk sela masa yang lebih panjang, ia menunjukkan pergerakan harga yang lebih jauh. Dari dari situ, kita dapat melihat trend yang terbentuk untuk sesuatu kaunter. Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan kombinasi short MA + long MA untuk analisis signal dan trend sesuatu kaunter saham. "Moving Average Crossover" sy tulis dalam entry yang lain. Begitu juga dengan "Death Cross vs Golden Cross"

Bagaimana hendak gunakan moving average untuk signal belian dan jualan? Untuk signal belian, biasanya apabila harga atau candle bergerak ke atas atau melintas ke atas sesuatu moving average. Manakala signal jualan adalah sebaliknya iaitu apabila harga atau candle bergerak ke bawah atas bocor garisan moving average ke bawah. Moving average guna boleh digunakan ataupun kadangkala digunakan sebagai aras sokongan, aras sambutan dan aras rintangan. 

Contoh sy guna EMA50 (garisan biru) untuk signal belian, jualan, sambutan, aras sokongan dan aras rintangan. Daripada chart diatas dapat kita lihat kelemahan apabila menggunakan satu EMA. Oleh itu ramai yang guna kombinasi beberapa EMA untuk signal yang lebih jelas. Sy akan tulis satu lagi entry yang bertajuk, "Kajian Kombinasi Exponential Moving Average (EMA).

Untuk chart diatas, sy gunakan moving average yang lebih pendek iaitu EMA9 dan digabungkan dengan moving average EMA50. Nampak lebih jelas signal belian dan jualan kan?Seterusnya kena rajin-rajin buat backtest untuk combinasi yang paling bagus dan sesuai dengan teknik trade yang kita gunakan setiap hari. 

Jadi secara kesimpulannya, moving average sangat terpakai untuk berdagang saham terutamanya untuk kaunter uptrend walaupun kadang kala signalnya awal lewat. Moving average juga boleh digunakan untuk swing / hold kaunter dan menjana lebih banyak profit. Akan tetapi kadang kala signal reversalnya (sell signal) agak lambat, jadi elok-elok tengah banyak profit terus tinggal sikit baru keluar sell signal (contoh mcm dalam chart EMA50 diatas). Untuk sideway market, moving average kurang sesuai untuk digunakan kena akan muncul banyak signal palsu (noise). Untuk meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kerugian / kekurangan profit, elok jika kita gunakan kombinasi moving average pendek dan juga panjang seperti contoh EMA9 dengan EMA50 diatas. 

Untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang penggunaan moving average dan teknik trade dengan exponential moving average (EMA), boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Teknik Trade Dengan Moving Average (Basic To Advanced). KLIK SINI untuk Subscribe.


Entry lain berkaitan Moving Average dalam blog ini : 

https://www.faizulmsta.com/2021/07/moving-average-golden-cross-vs-death-cross.html

https://www.faizulmsta.com/2021/07/multiple-moving-average-crossover.html

Semoga bermanfaat dan jumpa lagi di penulisan tentang moving average yang akan datang. Ada dua lagi tajuk sekurang-kurangnya. Jemput share dengan rakan-rakan trader yang lain jika rasa perkongsian ini bermanfaat dan jemput follow blog ini sebagai tanda sokongan. Terima kasih. 

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth