Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Trade Saham FIFO dan Intraday

Ramai yang minat trade FIFO dan Intraday sebab nak cepat kaya (kononnya). FIFO bermaksud Fast In Fast Out, ataupun satu lagi maksud First In First Out. Selain FIFO ada LIFO, yg bermaksud Last in First Out. Macam-macam teknik trade ni kan? Yang penting profit. Term lain adalah scalping. Intraday pula bermaksud, within the day atau dalam bahasa Malaysia beli hari ni, jual hari ni. Tak simpan esok. Cuma bila dah lama trade saham ni, sy dah tak minat nak FIFO or Intraday ni. Penat. Pada sy sebenarnya kalau nak kaya dalam bersaham, better swing kaunter. Hati lebih tenang. Hidup lebih bahagia :-) Buka cds tgk portfolio, hijau je. Sejuk mata memandang. Cuma peminat FIFO dan Intraday ni kadang-kadang or selalunya akan berakhir menjadi swinger jugak. Kenapa gitu? sebab niat nak FIFO, tapi elok tekan buy terus junam. Tak sempat nak cut loss. Maka teknik harapan secara automatiknya memunculkan diri. Maka swing la portfolio merah dengan harapan nanti naik semula. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Macammana nak trade FIFO dengan Intraday ni? Kalau ikut mahzab saham, ada macam-macam teknik kat luar sana. Cuma kalau minat nak jadi scalper ni, kena betul-betul faham teknik dan juga kena sangat berdisiplin. Biasanya FIFO ni target kenaikkan 1 - 3 sen je. Kadang-kadang tak sampai seminit dah boleh profit. Cuma, bila fikir balik macam main tikam pulak. Tak tau latar belakang kaunter tu, buat bisnes apa. Yang nampak asal lalu dekat market trade monitor, terus tengok kalau nampak ok terus tekan buy then que sell siap-siap. Kalau tak jadi, cut loss cari kaunter lain. Macam main tikam nombor ekor kan gayanya? Sy kadang-kadang fifo jugak. Saje je test skill. Tapi, sebelum tu sy dah siapkan list kaunter dalam satu watchlist dan semua kaunter tu sy dah kaji dia punya chart dan fundamental. Chart dah siap ada garisan Support dan Resistance. Niat nak FIFO tapi bila nampak boleh simpan, sy akan simpan. Selalunya gitula. Kenapa kejar 1-2 sen kenaikkan kalau boleh dapat 10 - 20 sen, atau lebih lagi? 

IKLAN

Ada macam-macam teknik untuk FIFO dan Intraday ni. Ada yang guna MA, EMA, Bollinger band, Fibonachi, Teknik 1,2,3, VWAP, guna RSI. guna Slowso, guna MACD dan macam-macam lagi. Sy taknak kongsikan secara detail, boleh la belajar kalau berminat dan pastikan betul-betul mahir dan faham. Kalau tak, nanti modal akan makin susut sebab selalu cut loss. Cuma sy kongsikan apa yang perlu tahu dan buat kalau nak fifo dan intraday. Untuk salah satu contoh kajian dan analisis teknik FIFO dan INTRADAY, boleh juga baca disini : https://www.faizulmsta.com/2022/03/kajian-dan-analisis-reversal-chart-dnex.html

  1. Petang selepas market tutup atau malam, scan kaunter nak nampak bullish signal ataupun bullish candlestick pattern. Potensi esok akan sambung naik. Letak dalam satu watchlist. 
  2. Siapkan support dan resistance dengan membuat garisan di chart.
  3. Kena faham tengok Market Depth
  4. Kena faham teknik yang digunapakai untuk fifo dan intraday
  5. Mata kena sentiasa pantas kalau pilih kaunter dkt Market Trade Monitor (MTM) sebab setiap saat akan berkelip-kelip. Sebab tu sy rekomen, siapkan satu list sehari sebelum (refer point no. 1) 
  6. Mahirkan diri tengok chart time frame kecil. Kalau guna time frame daily, mmg menung la jawabnya. Biasanya org FIFO dan Intraday akan tengok TF1mnt, TF5mnt, TF15mnt dan TF30mnt. Ada juga sy dgr tgk TF30 saat. Huhuhu. Penat nak tgk. Penuh dengan noise. Kejap buy signal kejap sell signal. Boleh baca pasal time frame dengan klik link ni ya : https://tradermarhaen.blogspot.com/2020/12/penggunaan-time-frame-dalam-berdagang.html
  7. Lepas tekan buy, matched, kena laju-laju tekan sell. Ikut matlamat & apa yang nampak pada chart. Kalau matlamat naik 1 sen secure profit maka teruslah tekan sell 1 sen diatas harga beli. Contoh beli harga 0.300 dah matched terus Q sell 0.310. Selalunya kalau kaunter yang kuat momentum, 1 sen tu mudah je nak matched. Kalau nampak pada harga dan momentum boleh push sampai 3-4 sen, Q sell siap-siap juga. 
  8. Fahami tentang indicator momentum sebab kalau nak FIFO or Intraday ni kena pilih kaunter yang kuat momentumnya. Kalau tak menung duduk tepi. Harga tak bergerak.
  9. Kalau tak jadi, harga tak naik tapi turun kena cut loss laju-laju. Nanti peram kaunter merah sudahnya. 
  10. Modal kena besar. Biasanya FIFO dan Intraday ni akan beli paling sikit 300 lot. Biasanya 500 lot dan 1000 lot ke atas. Sebab target 1 sen je. Kalau beli 50 lot or 100 lot, buat untung remiser je la. So, kalau beli 500 lot or 1000 lot, naik 1 sen dah profit RM500 / RM1000. Tolak brokerage masih banyak profit. 
  11. Kalau beli super penny bawah 20 sen, target FIFO / INTRADAY 0.005 sen dan 1 sen je. Tu sebab kena beli 1000 lot sekurang-kurangnya. Untuk kaunter atas 20 sen boleh la target 1-2 sen. Atas 50 sen boleh target 2-3 sen or lebih (refer momentum dan volume). Dan atas RM1, boleh target 3 - 6 sen or lebih (refer momentum dan volume).  

Cukup la tu 11 point. Kalau ada nak kongsikan point-point atau pengalaman fifo dan intraday, boleh kongsikan di bahagian komen di bawah ya. 

 

Contoh FIFO kaunter Puncak. Tapi mcm tak FIFO pula sbb beli Rabu jual Khamis. Tapi, tengok konsep beli dan jual je la ye. Guna TF30mnit. Indicator Slowso. Kalau nampak, Slowso dah oversold sangat dah. Landai di kosong. Kemudian harga rebounce di aras support 0.355 dan Slowso membuat bukaan ke atas. Boleh entry masa ni di 0.355 / 0.360. Sy entry 0.355. Then esok paginya cecah 3 aras rintangan iaitu 0.370, 0.385 dan 0.405. Patutnya masa reject 0.405 dah secure profit. Dapat la 5 sen kenaikkan / keuntungan. Tapi, sebagai seorang manusia ketamakkan dan harapan Puncak boleh ke aras R seterusnya iaitu 0.425 membuatkan sy tak jual masa reject R 0.405 disesi pagi. Oleh sebab lebih suka swing, tu yang masih berharap. Sesi petang pun 3 kali test 0.405 dan reject, maka juallah juga di 0.405. Begitulah kisahnya. Teori nampak mudah, tapi bila dah tekan buy, banyak lagi dugaannya.

 

Ini guna TF5mnt. Nampak serabut kan? banyak noise. Kalau guna indicator Slowso boleh nampak terlalu banyak signal dan pasti akan terjual awal. Boleh nmpk diawal pagi sell signal Slowso adalah pada harga 0.385. Tapi, peluang lain, kalau minat fifo, boleh nampak ada 3 kali peluang untuk fifo kaunter Puncak dalam sehari. Kalau TF5mnt sy tambah satu lagi indicator iaitu MACD. Boleh nampak persilangan MACD masa tekan beli tu. Kenapa sy jual? sbb MACD divergence. So, dah tak kuat untuk sambung naik. Begitulah kisahnya.

Beli /  entry price 0.355. Beli 300 lot / 30000 unit.

 

Jual / exit price 0.405.

Sehari gaji RM1500. Syukurlah. 

Ni contoh FIFO kaunter Vivocom guna indicator Slowso. Bila harga turun sampai support, then tengok slowso dah oversold, boleh la tekan buy. Dapat 4 sen or 5 sen jugak profit dalam masa 30 minit.   

DISCLAIMER : Penulisan ini sekadar perkongsian tentang apa itu FIFO / Intraday dan juga contoh teknik yang digunakan untuk pembelajaran. Kaunter dan screenshot juga bukan perkongsian secara live trading. Harap maklum)

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni cg 🙏🏻

    BalasPadam
  2. Tq cgu ilmu mahal ni..boleh tanya line r3isntace yg cgi buat tu tak guna tf daily ke ikut tf yg kecik

    BalasPadam
  3. Saya x jumpa slowstoch mcm tuan pakai dlm indicator... Yg saya jumpa sama dgn stoch yg ada.. Mohon nasihat...

    BalasPadam
  4. Tua, jika pakai uob ni,kita boleh dptkan timeframe kecil secara percuma ke.. mean kita boleh dpt access time frame 1min,-3min 5mjnit.. sbb biasa tgk kluntime frame.kecil ni kena langgan versi berbayar mcm trading view semua tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, boleh tgk time frame kecil..free je, boleh baca sini : https://tradermarhaen.blogspot.com/2021/01/trade-saham-dengan-phone-guna-chart.html

      Padam

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengunaan Indicator Untuk Entry dan Exit Kaunter Saham

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth