Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Emosi Seorang Trader

Ramai orang ingat berdagang saham ini mudah. Iklan-iklan tentang kelas saham bermodalkan screenshot ROI ratusan percent dan profit 5 ke 6 angka membuatkan ramai yang berminat hendak turut serta berjual beli saham. Tapi, realitinya berdagang saham ini sukar, susah, payah & selalu bermain dengan emosi. Iklan-iklan saham itu telah memberikan harapan dan impian palsu kepada orang ramai. Dimulakan dengan iklan kelas percuma, para peserta akan di brainwash seharian hingga di penghujung akan ditawarkan dengan pakej yang penuh dengan sifat keyahudian. Nak join kelas kena bayar RM4000, RM6000, RM10,000 yuran untuk belajar asas bersaham. Pulak tu ada peringkat - peringkat lain hinggakan keseluruhan pakej ada yang sampai mencecah RM20,000 atau lebih. Ayat iklan, alunan melodinya sungguh merdu. Nak tolong, nak bantu, nak bimbing tapi melodi sebenar hanya satu "nak duit". Nak tolong mcmmana kalau nak belajar asas bersaham kena keluar modal ribuan ringgit. Bagi penganjur kaya dan terus kaya. Kaya dengan menjual impian dan kelas saham, bukan kaya dengan berdagang saham.  Baru belajar asas ya, dah kena keluar duit ribuan ringgit belum boleh trade sangat pun. Nanti akan muncul iklan kelas berperingkat. Lebih banyak duit perlu dileburkan semata-mata nak belajar. Elok duit bayar yuran tu guna untuk trade. Cari kelas murah-murah je.  

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Selaku seorang trader sepenuh masa, demi sesuap nasi dan kelangsungan hidup dengan berdagang saham, kali ini sy akan kongsikan tentang "Emosi Seorang Trader". Karangan panjang tanpa lukisan. Hahaha. Kalau rajin baca sampai abis. Umpama mengisi masa lapang. Seorang trader sangat beremosi semasa berdagang saham. Ada pelbagai emosi bercampur baur. Suka, duka, sedih, gembira, takut, teruja, jantung kadang-kadang berdegup kencang, hinggakan nak ke tandas & makan pun sanggup ditunda apatah lagi mandi. Kenapa jadi macam tu? 

IKLAN

Antara penyebab emosi terganggu dan kesilapan utama dalam berdagang saham adalah tiadanya "Trading Plan", kurangnya ilmu teknik berdagang saham, CDS tiada stop loss, tiada kesabaran, nak cepat kaya dan selalu takut. Sebab tu bila dah tekan buy, kaunter tak gerak terus jual sbb nak beli kaunter lain. Kdg2 dah beli & kaunter dah start jalan, baru naik 2 or 3 sen terus jual. Sebab takut lepas tu harga jatuh. Elok je jual kaunter tu terus naik tak henti-henti, lebih pilu dia kasi limit up dua hari berturut-turut disusuli bbrp batang lemang hijau. Mulut dan hati mula berzikir "KALAULAH". Ayat "kalaulah" ni, kalau dah terjebak dengan dunia saham pasti secara automatiknya akan menyebutnya. 

Apakah penyebab kepada kecelaruan emosi & sentiasa terganggu ketika berdagang saham?

  1. Hari ni study siap trading plan beberapa kaunter yang signal cun melecun, siap trading plan, tapi esok bila bursa bukak, tekan buy kaunter lain. Lepas tekan buy, baru nak kaji. Too late. 
  2. Tekan buy dulu baru nak kaji kaunter. Sebab apa? sebab kaunter tu ramai orang sebut. Ramai yang kompang. So, mulalah perasaan "Fear Of Missing Out (FOMO)" terjadi. Takut lambat tekan buy kaunter dah jauh meroket. Biasanya, elok tekan buy kaunter tu junam. Betul tak? Biasanya la. Cuma, kdg2 kena jackpot. Tekan buy lepas tu sambung roket. Cuma, dah jadi macam main tikam. Tak berkat. Nanti untung tu kena tarik dgn loss dkt kaunter lain. 
  3. Join banyak group telegram saham. Ni pun penyebab utama kenapa emosi tak stabil. Elok dah beli kaunter yang signal cun. Trading plan dah siap. Tapi bila beli tak gerak pulak. Dkt group saham, macam-macam kaunter org petik. Ada yang tengah laju pulak tu naiknya. So, emosi dah tak stabil. Nak jual yg tengah hold, nanti elok jual dia naik pulak. Kalau tak jual, tengok kaunter lain laju je naik geram pulak. Maka, kebiasaanya akan terjual jugak kaunter yang tgh hold tapi tak gerak tu dan terus tekan buy kaunter yang tengah laju tu. Pengakhirannya dah tau kan? eh takkan tak tau, mcm tak biasa jadi je. Biasanya, kaunter yang dah jual tadi tu la yang akan naik berhari-hari or berminggu bulan. Tapi, yang kita kejar tadi tu naik tak sampai beberapa minit. Then makin turun dan terus koma. Kenapa jadi mcm tu? sebab kadang-kadang ada kaunter yang spike dulu, then lepas beberapa hari or minggu baru akan start jalan. Kiranya nak bagitau org ramai tentang kewujudan dia la (ni semua kerja operator). 
  4. Terpengaruh dengan kompangan. Ini biasa terjadi. Skrg ni ada kaunter yang siap ada group telegram khas. Biasanya kaunter gorengan la. Fundamental ke laut dalam. Chart pattern apatah lagi. Contoh yang sy pernah dengar, kaunter AT dengan Kanger. Lebih 1000 member jugak. So, mereka ni akan akan beli then akan bersiar-siar ke group telegram buat-buat tanya pasal kaunter then beberapa org lain akan mula cucuk jarum. Keluar la news, gambar, target price, rumors dan sebagainya. Selalunya chart takkan disertakan sebab chart memang tak lawa. Hanya untuk gorengan. Sudahnya, ramai yang tersangkut puncak dan tersangkut modal sbb kaunter tu sehari dua je laju, then mula mengesot slow2 ke kanan.
  5. Nak cepat kaya aka tamak. * aka = as known as. Masa kecik-kecik dulu dalam buku teks sekolah ada kisah "Bagaikan anjing dengan bayang-bayang" yang membawa maksud orang tamak selalu rugi. Kenapa begitu? Sebab kalau boleh hari-hari nak tekan buy. Ataupun sehari tekan jual beli sampai 4-5 kaunter. Niat di hati, dapat naik 1 - 2 sen jadi la. Kalau beli 100 lot, 5 kaunter sehari. 1 kaunter dpt 1 sen , dah untung sehari RM500. Betul ke boleh dapat? cuba la buat. Biasanya tak boleh dapat. Sebab niat 1-2 sen dah jual, tapi kaunter tu naik lebih dari tu. Mula dah tamak. Tak jual. Elok gi tandas o bancuh air, tengok balik dah kembali ke harga beli. Then sambung turun. Memang payah kalau trade mcm ni. Hati tak tenang. Emosi tak pernah akan stabil. 
  6. Tak minat nak swing kaunter. Ramai yang tak minat nak swing kaunter sebab lambat kaya katanya. Tapi, sebenarnya swing kaunter la yang boleh jadi kaya dan emosi lebih tenang dan stabil. Hati tidak gundah gulana melihat portfolio hijau merimbun. Kalau simpan / labur di Amanah Saham Bumiputera, kita boleh tunggu setahun 5 - 7% pulangan. Kenapa tak boleh tunggu 1 -2 bulan untuk pulangan 30 - 100% dalam berdagang saham?
  7. Selalu beli dekat puncak. Ni pun penyebab emosi tak stabil. Dah nampak kaunter tu naik banyak hari, nak jugak tekan buy. Elok tekan dia merah. Kalau dah 4 -6 candle hijau berturut-turut tu jangan la FOMO dah. Mesti akan turun untuk profit taking ataupun retracement. Tunggu dia setup tapak & masuk bila muncul reversal candle. Kan lebih tenang kalau beli dekat dengan tapak. Risk kurang, reward banyak.
  8. Malas belajar dan membaca. Ni benda biasa. Dalam kehidupan ni, kalau malas belajar mmg langkah-langkah menuju kegagalan. Sebab tu juga wahyu pertama Nabi Muhammad SAW, surah Al-Alaq, ayat 1-5 dimulakan dengan "BACALAH"  Jadi, sentiasalah rajin belajar dan membaca. Belajar teknik trade, belajar chart pattern, belajar penggunaan indicator, belajar candle pattern dan sebagainya. Google je. Atau search je dkt Youtube, berlambak boleh pilih. Kalau nak beguru, cari kelas yang murah-murah je. Yang murah itu tak semestinya tak bagus & takde kualiti, begitu juga dengan yang mahal..yang mahal tak semestinya bagus dan berkualiti. Jika anda baca ayat ini, tahniah kerana anda seorang yang rajin membaca :-) Yela, panjang jugak karangan ni.
  9. Kecelaruan teknik trade saham. Bila dah belajar banyak sangat teknik pun serabut jugak. Sudahnya makin keliru. So, seeloknya buat back test. Pilih teknik mana yang paling kena dengan jiwa dan hati. Teknik yang paling faham. Teknik yang paling banyak buat profit. Bila dah jumpa, teruskan buat kajian dan latihan hingga betul-betul mahir dengan teknik tu. Hingga satu tahap, sekilas tengok chart dah tau kemana arah tujunya. Tiada teknik yang hebat dan sempurna dalam berdagang saham. Hanya kita sebagai trader yang perlu hebat dalam mengurus portfolio dan modal kita. Kenapa perlu ikut org lain, kalau untung dan rugi itu milik kita sendiri.
  10. Takut nak cut loss dan selalu mengamalkan teknik harapan. Ni satu lagi sebab kenapa emosi tak stabil. Dah bocor support, boleh pulak pegi adjust support lagi bawah. Dengan "HARAPAN" nanti naik balik la tu. Sudahnya, elok lost sikit dalam 3 angka, terus loss 4 - 5 angka.  
  11. Kaunter patah trendline, kita adjust trendline. Ni pun sama mcm no 10. Terima je la kenyataan. Cut je then cari kaunter lain. Sekejap je sebenarnya dapat cover loss tu. Percayalah. 
  12. Suka beli kaunter super penny dan super duper penny. Alasan modal tak banyak. So, beli kaunter harga 7 sen, 10 sen, 13 sen sebab murah, boleh beli banyak lot. Disitulah silapnya. Ramai yang loss banyak dan kehilangan modal sebab beli kaunter super penny. Sebab apa? Sebab high risk, high reward. Boleh untung besar dalam masa sama boleh loss besar. Jadi, kalau modal ada RM3000, lebih elok beli kaunter atas 50 sen atau pun kaunter yang baru pecah RM1.00. Hati lebih tenang sebab beli lot kecil. Tapi, kenaikkan lebih laju. 
  13. Pandai tekan buy tak pandai tekan sell. Ni pun satu hal jugak. Sebab tu wajib ada trading plan. Ok, point last ni baru ada chart. 

Dalam contoh chart AIRASIA ni EP 0.675. Support 0.670. So, kaye dah la. Kita ambik situasi yang baru EP masa breakout strong R 0.840 la ya. Breakout hari Selasa 8 Dec 2020. Baru je la. Katakan EP 0.845. So, R/TP : 0.865 / 0.910 / 0.970 / 1.04 / 1.10. Jumaat 11 Dec 2020 harga ditutup pada 0.900. Dapat dilihat reject R 0.910. Tapi dah profit 0.900 - 0.845 = 0.055. Beli 100 lot dah untung RM550 dalam tangan. Beli 50 lot dan untung RM275. Apa tindakan seterusnya? Ok, jadi sekarang support kita adalah di 0.865. Resistance sebelum ini menjadi Support (RBS). Jangan guna lagi support masa beli. Sbb kalau support masa beli adalah di 0.840. Jadi, kalau minggu depan AIRASIA berjaya pecah 0.910, boleh jadikan 0.910 sebagai RBS dan rintangan dan target seterusnya adalah di 0.970. Tapi, kalau turun dan bocor 0.865, boleh la secure profit dulu di 0.860. Sekurang-kurangnya jual dengan profit. Sebab apa? Sebab bila bocor 0.865, akan cari semula 0.840. Bocor pulak 0.840 akan cari support 0.775. Jauh tu. Elok-elok dah hijau portfolio terus merah. Mulalah teknik harapan menjelma tiba secara automatiknya. Tunggu dia pusing semula then masuk balik. Trading plan tetap sama. Boleh faham kan? 

 UPDATE CHART AIRASIA pada 5 April 2021

Pada 14 December 2020, AIRASIA memecahkan aras rintangan 0.970 seterusnya pada 15 dan 16 December, reject R 0.970. Maka aras sokongan adalah di 0.910. Sebagai seorang trader, bolehlah buat keputusan samada untuk menjual saham Airasia setelah reject R 0.970 atau tunggu sehingga bocor aras sokongan 0.910. Seterusnya, dapat kita lihat, aras sokongan 0.910 juga bocor, jadi sepatutnya kena jual / cut saham Airasia ini kerana telah reject resistance dan bocor support. Jika tidak jual, dapat kita lihat, ia kembali ke aras 0.670 semula. Elok tengah banyak profit terus kering. Garisan aras sokongan dan rintangan jika telah kita lukis di chart, boleh digunakan dimasa yang akan datang seperti contoh chart diatas.

Ok, panjang lebar dah karangan kali ni. Kesimpulannya, begitulah "Emosi Seorang Trader". Ingat senang ke nak berdagang saham? Kena atasi semua permasalahan diatas, baru akan jadi mudah. Selamat berdagang saham & semoga profit selalu. Tajuk ni macam boleh bawak berbincang, oleh itu marilah kita sama-sama bincangkan, apa lagi penyebab kepada kekeliruan & ketidakstabilan emosi ketika berdagang saham selain dari 13 point diatas. Boleh tulis dan bincangkan di ruangan KOMEN kat bawah ni ya. 

Jemput jugak FOLLOW blog ni tanda sokongan ya. Klik button follow di sidebar kiri. Terima kasih.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

  1. Baru habis baca. Ade 3 4 point tu tepat tikam jantung. Ade certain emosi tu saya dah x buat and boleh kawal.... but ade certain tu masih terbuat kadang2.. InsyaAllah akan lebih berjaga2.. thanks a lot cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat dan berjaya menjadi seorang trader yang kaya dengan profit satu hari nanti... emosi kena sentiasa kawal, baru tak terbabas...

      Padam
  2. Byk betul point yg kena, nak2 part superpenny, nak cpt kaya. Huhu.Tq cikgu. Akan dijadikan pedoman dan panduan

    BalasPadam
  3. Sungguh bagai dikata cikgu. Memg perlukan ilmu + pengalaman + circle of people yg boleh selalu ingatkan n berpesan2 agar emosi tidak membawa kerugian ... Terima kasih atas nasihat cikgu

    BalasPadam
  4. baru ada kesempatan membaca..tulisan menarik..sesuai utk yg newbie mcm saya ni...tq cikgu

    BalasPadam
  5. Story of my life. Some of it. Haha. Tengs peringatan

    BalasPadam
  6. Menusuk kalbu. Pagi pagi ahad ni rasa mmg kena tazkirah. Tq kerana menjentik jiwa dan akal ni dalam bersaham.

    BalasPadam
  7. Padu cikgu..mmg semua point tembus menusuk di kalbu..go for swing mode la lps ni..

    BalasPadam
  8. Burrrpppp! Kenyang lagi. Terima kasih cikgu. 😊😊😊

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..asam garam trader saham..blajar drpd ksilapan..tq cikguu..

    BalasPadam
  10. Kalau x keberatan boleh ckgu cerita kan pengalaman perjalanan awal2 jadi trader smpai jadi full time. Mungkin bleh jdi panduan kami. 🙇🏻‍♂️

    BalasPadam
  11. Kalau x keberatan boleh ckgu cerita kan pengalaman perjalanan awal2 jadi trader smpai jadi full time. Mungkin bleh jdi panduan kami. 🙇🏻‍♂️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, nanti sy tulis satu entry tentang pengalaman dari mula hingga sekarang ya :-)

      Padam
  12. Adus.. bnyk kali plak kuar komennya.. maaf cikgu.

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas perkongsian.Memang betul apa yang cikgu tulis.Mula² tawar kelas percuma dan diakhir kelas ada tawaran kelas berbayar.Biasanya ribuan juga.Di mananya yang kata boleh mula melabur saham serendah RM10.Ada benda tersirat yang tidak dijelaskan.
    Apa² pun terbaik penulisan cikgu.Tak jemu saya membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Semoga menjadi trader yang berjaya dalam dunia pelaburan saham. Jemput kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya.

      Padam
  14. mmg tepat semua ulasan ni...tk atas perkongsian...mmg memberi manfaat

    BalasPadam
  15. Terbaik cikgu, tikam tepat , learn from mistake , insy

    BalasPadam

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth