Emas atau Gold membuka tahun 2021 dengan gap up seterusnya breakout DTL. Jadi, potensi terbaik untuk profit dengan kaunter-kaunter berkaitan dengan emas di Bursa Malaysia. Pada Ogos 2020, harga emas melonjak ke aras tertinggi di 2089.20 sebelum membuat penurunan ke aras 1758.90 pada hujung Nov 2020 yang lalu. Seterusnya bermula awal bulan December 2020, Emas/Gold kembali membuat pendakian keatas. Bila dilihat pada chart kaunter-kaunter yang berkaitan dengan emas/gold, memang nampak lawa pada pandangan mata sy. Mula-mula kita tengok chart Gold dulu la ye. Untuk update terkini chart GOLD, boleh KLIK SINI untuk baca ya.
|
Hari ini 4 Jan 2021, Gold dibuka gap up melepasi aras rintangan 1907.05 seterusnya breakout DTL seperti pada chart diatas. Chart setakat pkl 6 ptg 4 Jan 2021. Aras target untuk harga emas adalah di 1966.37 dan juga 2041.43. Jika berjaya melepasi kedua-dua aras ini, maka, tahun 2021 ini harga emas akan menjadi mahal. Marilah kita membeli emas fizikal juga untuk simpanan sebelum harga menjadi lebih mahal. |
|
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Update blog pada 5 Mac 2022 : Untuk analisis dan review terkini chart harga emas / gold dan juga analisis chart kaunter berkaitan emas / gold di Bursa Malaysia, boleh tonton video di bawah ini ya :
Apakah kaunter yang berkait dengan Emas/Gold di Bursa Malaysia? Dibawah ini sy senaraikan beserta dengan chart. Kalau ada yang tidak tersenarai, mohon komen di bawah ya supaya sy dapat update dalam entry ini.
IKLAN
1) POHKONG
|
Kepaduan Pohkong pada hari ini, 14 Jan 2021. Kenaikan sebanyak 16.5 sen ataupun 20% setelah sekian lama berlegar-legar didalam kotak. Aras target rujuk garisan pada chart ya.
|
2) TOMEI
|
TOMEI turut kepaduan pada hari ini. Chart pattern sama je dengan Pohkong. Cuma Tomei tak syariah ya. Kenaikkan 16.5 sen juga. Aras target refer garisan pada chart.
|
3) BAHVEST
|
BAHVEST. Aktiviti melombong emas sejak tahun 2018 kalau sy tak silap. Suka buat pattern kotak. Aras target refer garisan. Bahvest ada anak jugak kalau minat. BAHVEST-WA namanya.
|
4) MUIPROP
|
Muiprop ada aktiviti melombong emas di Australia. Betulkan sy kalau tersilap. Chart pattern sama macam Pohkong dan Tomei. Aras target refer garisan. Selagi tak masuk dlm kotak semula, masih kuat untuk ke atas (secara teorinya)
|
5) NICE
|
Nama penuh NICHE CAPITAL EMAS HOLDINGS BERHAD. Ada emas disitu. Pattern sama juga dengan Pohkong, Tomei dan Muiprop. Aras target refer garisan. |
|
6) BORNOIL
|
Super Penny. Sikit je aktiviti Bornoil berkaitan emas. Better pilih
kaunter 5 diatas ya. Bahaya super penny ni. High risk. Menung pun lama. |
Seperti biasa jika rasa menarik, silalah buat kajian yang lebih mendalam lengkap dengan Trading Plan ya. Tayor selalu.
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Berdasarkan susunan ayat..saya presumed yg ni adalah ulasan cikgu Faizul.terima kasih cikgu..:D
BalasPadamمان Zhulian?
BalasPadam