Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Chart Indicator : Moving Average - Golden Cross vs Death Cross

Didalam teknik trade menggunakan indicator moving average (MA), salah satu teknik yang popular MA crossing iaitu golden cross dan death cross. Apa itu Moving Average Crossing juga golden cross dan death cross? Biasanya moving average crossing ini menggunakan dua atau lebih moving average untuk menghasilkan signal belian dan signal jualan. Sekurang-kurangnya dua moving average digunakan dimana satu moving average sela masa pendek (contohnya ma9, ma20, ma50) dan satu lagi moving average sela masa panjang (contoh ma100, ma150, ma200). Golden cross adalah signal belian yang kuat yang membawa kepada perubahan trend bullish. Manakala death cross adalah signal jualan yang kuat yang membawa kepada perubahan kepada trend bearish. Biasanya kita gunakan persilangan antara MA50 dengan MA200. Akan tetapi, tiada kewajiban utk menggunakan MA50 dan MA200. Ada juga yang guna MA yang lebih kecil seperti MA20 dan MA50. Untuk contoh dan penerangan seterusnya, saya akan gunakan EMA kerana memang saya gunakan untuk trade saham. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Contoh death cross antara EMA50 dengan EMA200. Boleh nampak kan kesan death cross ni? Cuma kalau perasan, harga dah jatuh jauh ke bawah baru muncul death cross. Agak terlewat jika tengah swing long kaunter.

Oleh sebab diatas, kita cuba guna EMA20 dengan EMA50, signal death cross lebih awal cuma ada kemungkinan untuk menghasilkan fake signal. Jadi, seeloknya guna dua-dua padanan dan paling penting buat back test sendiri baru lebih faham dan boleh nampak dengan lebih jelas.

Contoh Golden Cross antara padangan EMA50 dengan EMA200. Wujud satu persoalan. Kenapa golden cross 1 kurang kejayaan manakala golden cross 2 mencapai kejayaan gilang gemilang?

Penerangan ini sekadar teori dan pemerhatian. Jika kita buat perbandingan, dapat kita simpulkan jarak antara candle dengan garisan EMA dan juga jarak diantara dua garisan EMA memberikan impak dan momentum yang ketara. Kecondongan garisan EMA juga memberikan impak yang nyata. Untuk Golden Cross area 1, garisan EMA flat. Manakala area 2, garisan EMA condong dan mendongak ke atas.

Untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang penggunaan moving average dan teknik trade dengan exponential moving average (EMA), boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Teknik Trade Dengan Moving Average (Basic To Advanced). KLIK SINI untuk Subscribe.


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat. Banyakkan buat kajian dan backtest ya. Baru jumpa padanan dan pemahaman yang lebih jelas. Jika rasa penulisan ini bermanfaat, harap dapat kongsikan dengan rakan trader yang lain ya. Jemput juga follow blog ini sebagai tanda sokongan. 

Entry lain berkaitan Moving Average didalam blog ini : 

https://www.faizulmsta.com/2021/07/chart-indicator-moving-average.html

https://www.faizulmsta.com/2021/07/multiple-moving-average-crossover.html

Bagi yang ada akaun Tradingview, boleh gunakan script EMA crossing ini ya. 

https://www.tradingview.com/script/rGrmBccW/

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday