Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Chart Indicator : Multiple Moving Average Crossover

Multiple moving average crossover ini merupakan salah satu daripada teknik yang popular dan digunapakai secara meluas untuk menghasilkan signal belian atau jualan. Secara teorinya, apabila moving average singkat (shorter) jatuh ke bawah (bersilang ke bawah) moving average panjang (longer-term), ianya akan menghasilkan signal jualan. Begitu juga apabila moving average singkat naik ke atas (bersilang ke atas) moving average panjang, ianya akan menghasilkan signal belian. Apabila beberapa moving average bergerak dalam satu arah yang sama, ini merupakan signal pengumpulan ataupun signal bertenang sebelum membuat kesimpulan samada harga naik ke atas atas turun ke bawah. Penggunaan multiple moving average ini adalah untuk mengurangkan "noise" atau "fake signal" apabila hanya menggunakan satu moving average sahaja.

Untuk contoh seterusnya didalam entry ini, saya akan gunakan EMA untuk kajian, pemerhatian dan pembelajaran. Biasanya ramai trader yang menggunakan 3 kombinasi moving average cross over. Contoh kombinasi yang biasa digunakan adalah EMA 4 - 9 -20 , EMA 9 - 20 - 50, EMA 20 - 50 - 200 dan sebagainya. Ok, mari kita tengok contoh penggunaan 3 kombinasi di atas. Kaunter pilihan semestinya yang uptrend sahaja. Baru strong dan mudah nak profit. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Kita gunakan padanan 3 EMA yg singkat iaitu EMA4, EMA9 dan EMA20. Ini sesuai untuk short term trade sebab signalnya laju. Baru muncul signal belian tak lama kemudian muncul signal jualan. Boleh jadi akan muncul banyak signal palsu (noise). Perhatikan di sebelah kiri, EMA line flat dan berjalan seiringan. Selepas itu, harga naik mendadak. Lihat juga dua bulatan "Noise", sukar untuk buat keputusan kerana signal yang kurang kelas. Kita zoom di kawasan Signal Belian yang pertama iaitu di sebelah kiri bawah.

Jelas nampak signal belian kan? Signal jualan pun jelas dengan syarat garisan EMA mendongak ke atas. Jika flat, keadaan seperti dalam bulatan kanan. Banyak noise.

Kali ini kita gunakan padanan EMA 9, EMA20 dan juga EMA50 pula. Dapat dilihat kawasan noise sebelum ini telah dapat diatas dengan menjadikan garisan EMA50 sebagai aras sokongan dan petanda kaunter tersebut masih lagi strong bullish. Untuk makluman, secara teorinya kaunter yang strong bullish adalah kaunter dimana candle atau harga berada diatas garisan EMA50 dan EMA200 (atau kita boleh juga mengandaikan selagi berada diatas EMA50, masih bullish dan berpontensi untuk sambung naik ke atas.) Kesimpulannya padanan ini sesuai untuk medium term trade.

Zoom in untuk lihat dengan lebih jelas.

Ok seterusnya kita cuba padanan EMA20, EMA50 dan EMA200 pula. 

Dapat kita lihat, signal belian dan jualan makin kurang bila kita gunakan moving average dengan sela masa yang lebih panjang. Jadi padanan yang lebih panjang lebih sesuai untuk swing long (long term trade) sesuatu kaunter. Tapi, dimanakah kawasan atau signal yang paling akhir untuk secure profit (jual / closed position)? Nak tunggu EMA20 cross down EMA50 harga dah jauh meninggalkan puncak. Kalau nak tunggu EMA50 cross down EMA200 lagi jauh dengan puncak. Elok-elok dah untung 100% silap-silap tinggal 20% je. Masa ni muncul pula teknik harapan, berharap semoga harga naik semula. Bila mula berharap kita akan jadi tidak fokus dan mudah melakukan kesilapan. Kesudahannya, harga kembali ke harga beli. Sia-sia masa yang diambil untuk swing long. Jadi, secara kesimpulanya, untuk memaksimumkan profit, kita perlu menggunakan beberapa kombinasi indicator saham yang lain digabungkan juga dengan trendline dan channel line. 

Untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang penggunaan moving average dan teknik trade dengan exponential moving average (EMA), boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Teknik Trade Dengan Moving Average (Basic To Advanced). KLIK SINI untuk Subscribe.


Sekian untuk entry yang bertajuk "Multiple Moving Average Crossover". Untuk diri sendiri, sila buat back testing dengan padanan EMA sendiri. Nanti akan jumpa satu padanan yang kena dengan jiwa dan teknik trade. Kemudian banyakkan latihan dan pemerhatian agar teknik yang digunakan semakin menajam (sharp). Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jemput share kepada rakan-rakan trader yang lain. Jemput juga follow blog ini sebagai tanda sokongan. Terima kasih. 

Entry lain berkaitan dengan Indicator Moving Average didalam blog ini : 

https://www.faizulmsta.com/2021/07/chart-indicator-moving-average.html

https://www.faizulmsta.com/2021/07/multiple-moving-average-crossover.html 

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth