Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Siri Koleksi Video Belajar Saham Percuma

Sy ada publish video-video tentang teknik trade saham, indicator saham dan juga yang berkaitan dengan saham di channel sy di Youtube sejak 2 tahun lepas tapi sekarang lebih aktif didalam membuat video. Jadi, jemput-jemputlah tonton video dan like video tanda sokongan ya. Selain itu, jemput juga subscribe Youtube Channel sy ya. Berikut adalah link untuk channel Youtube : 

https://www.youtube.com/user/fizwan5809

 


Berikut adalah video-video yang terdapat di youtube channel sy. Semoga bermanfaat. 

 

Video tentang Money Management Dalam Kiraan Risk Reward Ratio berserta dengan Teknik Entry, Hold, Exit Kaunter dan cara Setup Trading Plan. Banyak boleh belajar dalam video ni. Sebelum kita membuat keputusan untuk membeli sesuatu kaunter, wajib untuk kita siapkan trading plan dan juga kira risk reward ratio. Samada berbaloi untuk membuat belian atau tidak. KLIK SINI untuk tonton video.  

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

 

Video penerangan lengkap tentang Tutorial Penggunaan Bursa Station. Duration 1 jam 33 minit. Memang lengkap la. Kalau search di internet memang susah nak jumpa video tutorial Bursa Station ni. Jadi, kepada pengguna software trading Bursa Station, boleh la tonton video ni. Cuma video ni, kena subscribe member dulu baru boleh tonton. Untuk maklumat lanjut mcmmana nak subscribe dan tonton, boleh KLIK SINI ya.

 

Video bertajuk "Teknik Trade Naked Chart : Pengaruh dan Kekuatan Volume Mega". Salah satu daripada teknik trade PVA (price volume action) dan naked chart analysis. Kiraan matematik bagaimana untuk mendapatkan aras support dan resistance yang tepat dan juga aras-aras target untuk sesuatu kaunter. Jadi takde la sangkut puncak sokmo. Selain tu, potensi untuk saukkan didasar memang tinggi la. Cuma video ni pun untuk member access only. Premium video. Didatangkan secara pakej dengan video Ichimoku Cloud. Access selama 1 bulan. Jadi dapat ulang-ulang tonton dan belajar sampai faham. Untuk subscribe video ini, boleh KLIK SINI untuk penerangan lanjut. 

Video bertajuk "The Power and The Art of Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)". Ya, memang sangat bagus untuk dipelajari dan digunakan indicator ini untuk analisis chart dan juga untuk trade saham. Boleh baca apa yang akan dipelajari didalam image di atas. Cuma, video ini untuk "Members only". Premium video. Kiranya mcm join kelas Ichimoku Cloud la. Sebab penerangan yang sangat detail dari perkara yang sangat asas tentang Ichimoku kepada yang sangat advanced. Dijamin, kalau dapat faham tentang Ichimoku, sekilas mata melihat chart dah boleh nampak potensi halatuju dan signal. Untuk subscribe video ini, boleh KLIK SINI untuk penerangan lanjut. Access selama satu bulan. Jadi boleh ulang-ulang tonton dan belajar sampai faham selama satu bulan. Menarik kan? Video ini didatangkan secara pakej dengan video Naked Chart di atas.

Quarter Report (QR) ataupun laporan prestasi kewangan sukuan biasanya dikeluarkan sebanyak 4 kali dalam setahun. Jadi, apa yang kita sebagai seorang trader perlu tahu dengan Quarter Report ni? KLIK SINI untuk tonton video.

Fibonacci Retracement adalah salah satu tools analisis chart saham yang biasa digunakan untuk menentukan dimanakah aras sambutan dan seterusnya dapat juga digunakan sebagai aras rintangan dengan menggunakan Fibonacci Numbers iaitu 0.000, 0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.782 dan 1.000. Aras-aras ini akan muncul apabila kita menggunakan tools fibonacci dengan menarik aras tertingi sebelum kejatuhan dan juga aras terendah semasa bermula kenaikkan. Saya terangkan didalam video ini beserta beberapa contoh kaunter untuk pemahaman yang lebih mendalam. Cuma apa yang sy kongsikan didalam video ini adalah teknik Fibonnaci yang biasa sy gunakan memandangkan jika kita search di google ada banyak pemahaman dan teknik penggunaan yang lain. KLIK SINI untuk tonton video. 

 

Jika berminat untuk buka akaun CDS UOB, boleh juga buka dengan sy. KLIK SINI jika berminat nak buka akaun CDS UOB. Nanti bila akaun cds dah siap, sy akan invite untuk join group telegram private khas untuk klien cds uob yang buka dengan sy. Boleh la join perbincangan dan pembelajaran dalam channel tu nanti. Dalam video ini juga, sy kongsikan tentang kelebihan Platform CDS UOB yang ramai tak tau. Ramai yang pakai CDS UOB tapi ramai juga yang tak tau nak guna platform UOB. Jadi boleh la juga tonton video ni ya. Selain tu, boleh tgk cara nak trade dengan phone menggunakan apps UTRADE Chart Genie UOB. KLIK SINI untuk tonton video. 

Dalam video ini sy kongsikan bagaimana untuk guna screener di tradingview dan contoh analisis lima kaunter hasil dari result screener. Lima kaunter yang diambil sebagai contoh analisis chart adalah kanuter NCT, ANCOMLB, SMI, CARIMIN dan AYS. KLIK SINI untuk tonton video.

 

Video tentang Chart Continuation Pattern : Flag Pattern. Bila kita faham tentang chart pattern, lebih mudah untuk trade dan profit. Ketahui cara-cara nak lukis flag pattern dan juga kiraan aras target untuk Flag Pattern. KLIK SINI untuk tonton video. 

Jika kita entry sesuatu kaunter then elok je beli dia start junam dan tak sempat nak cut loss. Bila dah banyak drop, rasa tak sampai hati nak cut loss dah. Cuma, untuk kurangkan loss ataupun exit kaunter tersebut, kita boleh buat belian sekali lagi apabila ada tanda-tanda reversal. Ini dinamakan sebagai average down. Cuma syarat utama adalah kaunter itu masih uptrend. Sebab itu, paling selamat nak bersaham belilah kaunter uptrend ya. Begitu juga dengan keadaan apabila kita beli sesuatu kaunter kemudian ia berjaya memecahkan aras rintangan yang kuat, kita tambah lagi belian. Ini dinamakan average up

Bagaimana kiraan untuk average down dan average up? Apa teknik yang digunakan? Berbaloi ke nak buat average down dengan average up ni? Jemput tonton video ini untuk penjelasan panjang lebar tentang persoalan. KLIK SINI untuk tonton video.

  

EPS bermaksud Earning per Share atau dalam bahasa Melayunya "Pendapatan Per Saham". Contoh seorang pelabur membeli saham pada harga RM1.20 dan EPS 8 sen jadi kadar pulangan/ pendapatan adalah bersamaan dengan 8 / 120 = 6.6%. Cuma kenapa perlu positif? Sebab nama pun earning per share, untuk menjadi pendapatan nilai mestilah positif. Jika negatif bukan pendapatan tapi kerugian atau kita boleh lihat dalam quarter report akan di tulis loss (earning per share). 

Di dalam video ini sy kongsikan bagaimana EPS memberikan kesan pada pergerakkan harga saham dengan mengambil nilai EPS kaunter contoh dan dimasukkan pada chart untuk melihat hubungannya. KLIK SINI untuk video.

 

Salah satu indicator carta saham yang digunakan secara meluas ialah Indicator Moving Average. Dalam Bahasa Melayu jika diterjemahkan menjadi "Pergerakan Purata". Jadi Indicator Moving Average adalah indicator yang menunjukkan purata pergerakkan harga pada tempoh masa tertentu sebagai contoh 100 minggu, 50 minggu, 200 hari, 50 hari, 20 hari, 9 hari, 4 jam, 1 jam, 30 minit, 5 minit dan sebagainya. Jika time frame minggu, Moving Average (MA) mengambil purata bilangan candle berdasarkan minggu, jika time frame hari, jadi MA mengambilkira purata kiraan candle berdasarkan hari, begitu jugalah jika time frame jam, minit dan saat. 

Memang mudah untuk jana profit menggunakan moving average, cuma perlu ada disiplin dan kesabaran. Ramai trader yang kurang ada kesabaran jadi apabila entry dah betul biasanya selalu exit dengan sangat awal. Selain itu perlukan banyak latihan penggunaan moving average dan juga perlu pertajamkan skill selalu. Didalam video ini saya kongsikan tentang cara penggunaan dan teknik trade menggunakan Exponential Moving Average (EMA). KLIK SINI untuk tonton video.

 

Didalam video ini saya kongsikan tentang kriteria-kriteria pilihan didalam membuat tapisan (screener) kaunter di Tradingview. Result daripada screener selepas sort volume, saya ada review 9 kaunter untuk top list iaitu kaunter-kaunter berikut : DNEX, HIBISCS, KTB, MYEG, EFORCE, EVERGRN, WONG, CWG dan RL. Semoga bermanfaat dan dapat belajar sesuatu. 

Perhatian 1 : Sila jangan skip video content kerana sepanjang review kaunter sy ada kongsikan banyak tips-tips teknik trade. Rugi la kalau terlepas :-) 

Perhatian 2 : Untuk kaunter-kaunter sy di review didalam video ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Jika berminat untuk membuat sebarang belian, sila buat kajian dan analisis yang lebih mendalam berserta dengan trading plan lengkap dan risk management. KLIK SINI untuk tonton video.

 

Video tentang Market Outlook 2022. Didalam video ini dibincangkan tentang halatuju KLCI dan juga analisis tema sektorial (sektor yg bullish) berdasarkan analisis teknikal chart. KLIK SINI untuk tonton video.

Video tentang update terbaru Tradingview untuk indicator RSI. Menarik juga update terbaru RSI ni. Sebab signal belian dan jualan nampak lebih jelas. Dalam video ini sy kongsikan tentang bagaimana untuk setting indicator ini dan juga cara-cara penggunaan. Sangat sesuai juga untuk trade FIFO (fast in fast out) dan juga trade intraday dengan menggunakan indicator RSI updated Tradingview ini. KLIK SINI untuk tonton.

Apa itu Window Dressing? Biasanya di hujung bulan Jun dan Dec. Ketahui penerangan lanjut tentang aktiviti Window Dressing dan saksikan rakaman secara langsung window dressing 2021 pada 31 Dec 2021 semasa pukul 4.45 - 5.00ptg. Semoga dapat belajar sesuatu dan dapat mengejar peluang untuk memiliki kaunter saham window dressing pada tahun 2022. KLIK SINI untuk tonton.

Video cara mudah untuk profit melalui teknik trade kaunter IPO (kaunter yang baru didagangkan di Bursa Malaysia). Teknik yang sangat mudah tetapi dapat memberikan keuntungan yang lumayan juga. Penerangan dengan mendalam beserta contoh-contoh kaunter IPO yang baru didagangkan pada tahun ini. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video Cara Mudah / Teknik Trade Dengan Candlestick - Reference Candle. Didalam video ini saya kongsikan bagaimana untuk kaji dan analisis chart saham menggunakan candlestick sahaja. So, kiranya salah satu daripada teknik naked chart. Daripada candlestick yang saya beri nama "reference candle" ataupun dalam bahasa Melayunya lilin rujukan, so better guna English la ya. Dengan hanya menggunakan reference candle kita dapat lihat pengaruh hala tuju kaunter dan juga kita boleh siapkan garisan support dan resistance seterusnya bolehlah kita sediakan terus trading plan untuk sesuatu kaunter. Sangat menarik untuk dipelajari dan dipraktikkan dalam kajian chart kaunter saham. Semoga bermanfaat dan jemput like video, subscribe youtube channel dan share video ini kepada rakan-rakan trader yang lain. KLIK SINI untuk tonton video.

 

Video tentang teknik trade dengan indicator Parabolic SAR. Indicator ini merupakan indicator di bawah kategori trend. Jadi kita boleh melihat trend sesuatu kaunter dengan jelas. Cuma, kebiasaannya untuk short trend dimana trend menaik apabila dot SAR berwarna hijau (dibawah candle) manakala trend menurun apabila dot SAR berwarna merah (diatas candle). Cuma bagaimanakah teknik sebenar untuk entry dan exit menggunakan indicator ini? Kalau nak tau, kena la tonton video ni sampai habis ya. KLIK SINI untuk tonton video.

 

Video tentang cara mudah untuk scan dan screen kaunter saham berpotensi menggunakan platform Tradingview. Platform Tradingview adalah platform web based untuk melihat chart dan juga banyak-fungsi yang lain. Boleh digunakan secara percuma atau boleh subscribe untuk lebih banyak fungsi penggunaan. Cuma yang percuma pun dah cukup bagus. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada rakan-rakan trader yang menonton. Jemput like video, subscribe channel dan share / kongsikan kepada rakan-rakan trader yang lain. KLIK SINI untuk tonton video.
 

Video ini tiada kaitan dengan saham. Sekali skali kita tengok chart kripto Bitcoin, BTCUSD untuk test skill. Tapi boleh juga tengok sebab sy ada terangkan dlm video ni tentang chart pattern, cara nak setup support dan resistance dan juga tentang fibonacci. Video bertaju analisis teknikal halatuju chart Bitcoin (BTCUSD). Jika ada rakan-rakan yang layan kripto terutamanya Bitcoin, boleh la share video ni ya. Apa yang sy nampak, Bitcoin ni kiranya mcm leader la dikalangan adik beradik kripto. Dia naik lain-lain follow naik, dia junam lain-lain follow junam. Dalam video ini juga sy ada terangkan cara-cara nak beli kripto. Jemput la tonton kalau berminat. Menambah portfolio. Portfolio saham sendu dan kemurungan je skrg ni. Semoga akan kembali bullish tak lama lagi. Jadi sambil-sambil tu boleh la juga layan kripto. Tapi, nampak kripto pun tak berapa nak sihat skrg ni. Jemput la tonton video ni ya, sy ada explain panjang lebar jugak review dan analisis chart Bitcoin (BTCUSD). KLIK SINI untuk tonton.
 

Video Teknik Trade Dengan Indicator MACD. Ketahui tentang cara-cara penggunaan indicator MACD dalam analisis chart saham. Pada pandangan peribadi sy, Indicator MACD adalah antara indicator yang sangat kuat dan kejituan yg agak tinggi untuk buy signal dan sell signal. KLIK SINI untuk menonton video. 

Video Teknik Trade dengan Indicator Relative Strength Index (RSI). Indicator RSI digunakan secara meluas untuk melihat momentum dan kekuatan sesuatu kaunter. KLIK SINI untuk menonton video.

 
Video Teknik Trade Saham dengan Indicator Bolinger Band (BB). Indicator ini memang digunakan secara meluas dan antara indicator yang dapat menunjukkan signal buy, sell dan hold dengan jelas. KLIK SINI untuk menonton video.


Video tentang cara mudah untuk analisis chart saham. Video ini sangat sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar dan berjinak-jinak didalam trade saham. Sy ada terangkan tentang fungsi-fungsi didalam akaun cds, penerangan lengkap tentang trendline, penerangan bagaimana untuk setup support dan resistance dan juga bagaimana untuk setup trading plan. Sgt sesuai untuk newbie didalam dunia saham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video Fungsi Time Frame Dalam Analisis dan Kajian Chart Saham Beserta Cara-Cara Scan Kaunter Saham ini sangat sesuai ditonton jika anda ingin belajar cara-cara melihat dan analisis chart dalam time frame yang berbeza. Jadi lebih mudah untuk mencari entry dan exit sesuatu kaunter. Sy juga ada terangkan tentang cara-cara untuk scan kaunter saham yang berpotensi didalam video ini. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video mengupas tentang kaitan PRU Sarawak dengan Kaunter Berkaitan Dengan Sarawak. Benarkah ada biasanya ada rally? Ketahui jawapannya didalam video ini. KLIK SINI untuk tonton video.  

Video lengkap tentang cara-cara penggunaan platform Tradingview. Sangat sesuai kepada mereka yang baru hendak belajar trade saham ataupun ada guna tradingview tapi tak familiar sangat. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video Stock Trading Technique : How To Profit In Stock Market dan Not Losing Your Money. Menarik untuk ditonton. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video tentang teknik trade dan profit dengan EMA50 dan EMA200. Sangat menarik untuk ditonton. KLIK SINI untuk tonton. 

Video yang menerangkan tentang bagaimana hendak pastikan kaunter dibawah kawalan bullish atau bearish. Sangat menarik dan bermanfaat untuk ditonton. Ketahui aras rintangan dan sokongan keras sesuatu kaunter. KLIK SINI untuk tonton video.

Semoga video-video ini bermanfaat kepada rakan-rakan trader yang menontonnya. Jemput like video, subscribe channel dan share pada rakan-rakan yang lain ya. Akan datang sy akan upload lebih banyak vidoe untuk dikongsikan dengan rakan-rakan trader semua. Jika ada apa-apa video yang hendak request, boleh juga komen di ruangan komen di bawah ya. Sy akan cuba buatkan.


Ulasan

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Penerangan dan Kajian Market Depth

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth