Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Kaunter Apa Nak Masuk Hari Ni : Part 2 (Kaunter Goreng, Kompang dan Firaun)

Untuk topik Kaunter Apa Nak Masuk Hari Ni yang seterusnya, iaitu Part 2 sy nak kongsikan tentang kaunter kompang, goreng dan firaun. PART1 boleh baca DISINI. Biasanya ada dua kesudahan yang berbeza. Satu, trader yang masuk tapak akan kaya raya dengan profit yang banyak, trader yang masuk puncak akan kayap dan kemurungan dengan loss yang banyak. Biasanya kaunter jenis ni adalah kaunter yang fundamental memang out la, loss making company tapi tiba-tiba harga naik dan banyak pulak kisah-kisah dan news-news menarik muncul semasa proses kenaikkan. Cuma ada satu lagi kompangan yang berlesen, iaitu kompangan daripada broker house ataupun bank. Kedua-dua kompangan kena diberikan perhatian. Walaupun kompangan berlesen, tak semestinya kaunter akan naik seperti yang dikompangkan. Banyak yang terjun tiruk jugak. 

 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Biasanya kaunter kompang dan goreng ni, adalah kaunter super penny ataupun kaunter penny bawah 25 sen. Macammana nak detect gerakan kaunter goreng? Biasanya gerakan tak lama pun, tapi dia punya vibes memang sangat laju dan memanggil-manggil utk join masuk. Kompangan bersepah. Rumors berlambak. 

Contoh perjalanan kaunter kompangan dan gorengan : masa tengah indah dan gembira

Asal usul kejadian sebelum kenaikkan. Kaunter sideway + volume low. Tiba-tiba volume spike dan candle marubozu muncul. Kemudian. kembali rehat + low volume. Sangkutan yang pertama. Kemudian lama lepas tu muncul satu lagi spike volume + candle breakout resistance. Tapi masa tu, belum ramai lagi yang masuk jugak. Tak lama lepas tu, rujuk image pertama di atas, baru mula dia punya vibes. 

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.

Apakah kesudahan kisah indah ini?

Gitulah..dari situ dia datang, kesitu jua dia dikembalikan. Apa nasib mereka yang bernafsu di puncak marubozu ketika kisah indah td?

Gerakan yang sama je kan? muncul volume spike + lama lepas tu breakout + naik + junam. Kenapa sy tulis awal tadi kaunter firaun? sebab firaun suka bina piramid. Sama la dengan bentuk chart pattern piramid atau nama saintifiknya V-Top Pattern. Mesti tau kan kaunter apa ni? Tentang volume mega sy ada kongsikan DISINI dan DISINI.

Sama je kan? Ni contoh dari 10 sen pergi ke RM1, tp bukanlah sepantas kilat macam selalu kita dengar di radio. Setahun jugak la dia punya setup dan gerakan. Tapi, tetap kefiraunan.

Jadi, sebagai seorang trader kalau nak layan kaunter goreng, kena masuk dkt tapak. Macam mana nak masuk tapak, carilah kaunter yang buat setup mcm dekat atas ni. Kena selalu ingat, kalau kaunter tu naik pacak, tapi dia punya bunyi kompang berdentum-dentum, tandanya nak jahanam la lepas tu. Jangan pegi join pulak. Kalau teringin nak join kena monitor seketat mungkin. Pasal kompangan berlesen, next topik pulak la kalau rajin ya. Tiba-tiba dah panjang pulak menaip ni.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :



Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth