Soalan yang selalu berlegar-legar di kalangan trader samada didalam komuniti atau didalam hati dan kotak fikiran sendiri.. kaunter apa nak masuk hari ni? Memang dilemma kalau fikirkan tentang kaunter apa yang nak masuk. Dah join kelas asas saham yang yuran boleh dapat sebiji Yamaha Ysuku 2nd pun masih lagi dengan soalan yang sama. Kadang-kadang tu banyak sangat kaunter yang lawa. Market tgh sihat. Dah shortlist dan dah kaji. Tapi, asal tekan buy je dia kejung, tak kejung junam. Dalam list jugak, tp tak beli. Elok di naik laju. Biasanya, jual je or elok je cut loss, dari kejung dia gerak laju. Stop junam, laju reversed. Itu memang misteri. Cuma kadang-kadang tu or kebiasaannya dtg dari silap kita sendiri.
Dah abis kajian mendalam. Kaunter pun dah beberapa kali test support. Pandangan mata nampak dah buy signal, terus tekan buy. Lepas tekan buy, kejung pulak. Then turun test support. Tapi tak bocor. Cuma kita yang kurang kesabaran. Tekan jual. Rupanya, memang kaunter tu nak ziarah aras support kali terakhir sebelum meroket laju. Kita pulak dah jual masa test support tu. Gitulah. Kawalan emosi dan kesabaran sangat penting dalam bersaham.
Untuk menjawab soalan, kaunter apa nak masuk hari ni? Kat bawah ni ada beberapa cadangan:
1) Selalu scan kaunter. Lepas scan masukkan dalam senarai shortlist. Kaji dan analisis chart. Then shortlist lagi dari senarai shortlist yang pertama. Dapat dalam 10 kaunter yang nampak betul-betul lawa ok la. Tak payah banyak-banyak. Bukan kita ada modal nak beli banyak-banyak kaunter pun. Lukis siap-siap garisan support dan resitance di chart. Lebih cantik kalau ada lukisan chart pattern beserta aras target. Untuk cara scan kaunter yang berpotensi, boleh KLIK SINI untuk baca ya.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
2) Cari kaunter uptrend yang tengah buat penurunan (retrace). Tunggu siap-siap di aras sambutan. Biasanya guna middle Bollinger Band atau EMA50 untuk aras sambutan. Tak pun boleh guna Fibonacci untuk aras sambutan.
|
Teknik entry dengan middle Bollinger Band
|
|
Teknik Entry dengan EMA50 |
|
|
Teknik Entry dan Exit dengan Fibonnaci
|
Salah satu teknik menarik untuk sambutan kaunter yang tengah turun adalah teknik trade divergence. Untuk pelajari tentang Teknik Trade Setup Divergence, boleh klik link ini ya : https://www.tekniktrade.com/product/video-pemantapan-ilmu-teknik-trade-dengan-setup-divergence/
Untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan Bollinger Band (Basic to Advanced), boleh klik link ini : https://www.tekniktrade.com/product/video-pemantapan-ilmu-teknik-trade-dengan-bollinger-band/
Untuk belajar tentang Teknik Trade dengan Moving Average (Basic to Advanced), boleh klik link ini : https://www.tekniktrade.com/product/video-pemantapan-ilmu-teknik-trade-dengan-moving-average/
Untuk belajar tentang Fibonnaci, boleh klik pada link ini: https://www.tekniktrade.com/product/kelas-fibonacci-retracement-dan-extension/
Nampak macam mudah je pulak. Tu la pasal. Kenapa jadi susah? sebab kata kunci di bawah ni:
TEKNIK TRADE YANG BETUL + EMOSI + KESABARAN
Ok cukup dua jawapan, nanti sambung. Sebab tulis panjang-panjang pun tak ramai yang ada kesabaran nak baca sampai abis 😁 .... to be continue
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Ulasan
Catat Ulasan