Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Kenapa Selalu Kerugian (Loss) Dalam Trade Saham?

Didalam trade saham, seorang trader akan sentiasa terdedah dengan risiko kerugian kerana saham adalah game of probability. Hanya ada dua kesudahan iaitu menang (untung) atau kalah (rugi). Akan tetapi risiko kerugian sebenarnya lebih besar dan tinggi daripada potensi keuntungan. Mengapa sy cakap begitu? Kepada semua yang membaca penulisan ini, betul tak biasanya akan rugi dan kadang-kadang je untung apabila membeli sesuatu kaunter saham? Ini kerana ada terlalu banyak faktor-faktor dalaman dan luaran yang boleh menjadi penyebab kepada kerugian dalam bersaham. Dibawah ini sy senaraikan sebab-sebab "Kenapa Selalu Kerugian (Loss) Dalam Trade Saham"? Penulisan ini sekadar untuk kita sama-sama bermuhasabah diri dan menjadi seorang trader yang lebih baik dan hebat. Kalau ada nak tambah apa-apa, boleh tambah di ruangan komen ya.

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

1. Kesilapan paling asas dan paling kerap berlaku : melabur saham tanpa ilmu. Alasan ikut kawan, nak cuba-cuba, follow signal dan buy call. Kesudahannya mmg akan kerugian. Bila dah rugi, nak balas dendam. Topup lagi CDS dengan harapan dapat cover kerugian sebelum ini. Tapi, biasanya akan rugi lagi dan modal dalam cds kehabisan. Ulang-ulang benda yang sama. Kalau labur sikit modal untuk join kelas lebih berbaloi. Tak perlu join kelas asas saham yang sampai harga RM2500, RM3000, RM4000 & etc tu, mengarut je. Mahal tak semestinya bagus, murah tak semestinya xde kualiti. Tak pun boleh juga tonton video-video belajar saham percuma di youtube channel sy. ( https://www.youtube.com/user/fizwan5809/videos) Boleh juga subscribe video lengkap Belajar Tentang Analisis Teknikal. Murah je. Tapi padat dengan perkongsian ilmu. KLIK SINI untuk penerangan lanjut tentang silibus pembelajaran dan untuk subscribe video.

2. Membuat belian sesuatu kaunter tanpa kajian dan analisis halatuju. Tiada ada aras support dan resistance. Tidak ada trading plan. Ini bukan bersaham namanya, lebih kepada main tikam nasib. Kalau naik untung la, kalau turun rugi la.

 

3. Bila dah beli, dah profit tapi tak tau nak exit atau jual dekat mana. Pandai beli tapi tak pandai nak jual. Contoh mcm image diatas ni. Entry (buy) area cantik dah. Buy on reversal. Dah siap untung lagi. Tapi bila banyak kali reject resistance, masih tak jual secure profit. Secara teori dan pemerhatian, kalau sesuatu kaunter test resistance dan kena reject sebanyak 5 kali, itu tandanya dia dah takde nafsu nak naik. Mesti akan disusuli dengan candle merah besar selepas itu dan mula turun. Merujuk image diatas jugak, apabila bocor RBS secara teorinya boleh secure profit dulu sebab kalau kuat nak sambung naik, RBS tak boleh bocor. Dan yang terakhir, bila bocor harga belian, secara teorinya jual atau cut loss la dulu. Kalau tidak akan kemurungan seperti image diatas. 

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.

4. Selalu beli kaunter apabila sudah berada dipuncak sebab kejar harga. FOMO = fear of missing out. Kompang bertalu-talu sana sini. Di group-group telegram, di Facebook page kaunter yang sama disebut-sebut. Macam aras target dan kisah indah. "boleh sampai RM1.00 tu", "jauh boleh pergi tu", "bakal dapat projek besar nanti tu", "kaunter yg dapat manfaat terbesar dari polisi terbaru kerajaan" dan sebagainya. Cuma tahukah anda apa itu "Buy on Rumors, Sell on News?" dan tahukah anda bila kompang berbunyi bertalu-talu itu bukanlah petanda untuk belian tapi adalah petanda untuk jualan. Apabila terlalu ramai yang menyebut sesuatu kaunter, itu tandanya terlalu ramai yang sudah membeli kaunter itu dan cubaan untuk menolak harga lebih tinggi. Akan tetapi, apabila terlalu ramai yang membeli, ini menjadikan supply over demand. Ini akan menjadi penyebab, tiada lagi minat belian dan jualan akan bermula. Jadi, hati-hati dengan kaunter yang banyak hari membuat kenaikkan dan apabila terlalu banyak disebut, itu petanda momentum dan harga sudah dipuncak. Sebab tu, bila beli je harga start junam dan berakhir dengan tersangkut dipuncak. 

5. Suka mengikuti group-group yang menyediakan buy call tapi tiada kajian dan analisis chart. Didalam bersaham ni, kena selalu ingat "when its comes to your money, only trust one person : yourself"..rugi ke, untung ke, itu adalah duit kita. Jadi, buatlah kajian dan analisis yang lebih mendalam untuk membeli sesuatu kaunter. Jangan dikejar kaunter yang dah laju, ada lebih 1000 kaunter untuk dipilih. 

6. Beli dulu kaji kemudian. Ini memang selalu terjadi. Pantang nampak kaunter laju kelip-kelip terus nak tekan buy. Kena tahu, kadang-kadang kelip laju-laju tu untuk perangkap pembeli je. Sebab laju dia naik lepas tu laju dia terjun. Bawak terjun sekali penumpang yang baru beli tiket. 

7. Modal dah banyak keluar untuk join macam-macam kelas saham. Lebih parah apabila terlibat dengan kelas saham upsell. Dah la belajar asas saham pun dah ribu riban harganya lepas tu, ada banyak lagi pakej-pakej kelas yang ribu riban jugak harganya. Tapi, masih lagi menanti kajian org lain dan tertanya-tanya kaunter apa nak masuk? bila beli pun mesti sudahnya akan rugi. Salahnya dimana? Adakah salah sebab join banyak kelas sampai bercelaru teknik trade atau salah diri sendiri? Didalah bersaham memang kena rajin belajar, rajin buat kajian kaunter dan rajin analisis chart. Cari teknik yang paling banyak memberikan keuntungan kepada kita, gilap sampai berkilat. Cari indicator yang lain mudah untuk kita faham teknik penggunaannya. Jangan terlalu banyak guna indicator nanti akan cepat keliru dan emosi akan lebih mudah terjejas dan terganggu.

8. Lepas buat belian sesuatu kaunter, tidak monitor dan tidak set auto stop loss. Sebab apa? Sebab terlalu yakin kaunter tu akan terus naik. Sudahnya, bila tengok semula dah banyak rugi sebab teruk menjunam. 

9. Beli terlalu banyak kaunter akan menyebabkan sukar untuk monitor. Maka, akan mudah terlepas pandang dan kerugian.

IKLAN. Jemput sertai Sesi Personal Coaching Belajar Saham One to One. Selain itu, ada pilihan personal coaching untuk mengenalpasti masalah kenapa selalu loss dalam trade saham dan perbaiki teknik trade. Maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh klik pada image di bawah:

10. Tidak ada kesabaran dan terlalu cepat menukar kaunter. Ini pun biasa dan selalu terjadi. Kajian dan abis mendalam. Analisis chart dah ambil kira semua aspek. Belian memang betul-betul ditapak sebab tapak kelihatan sudah cukup kukuh. Keputusan bijak dengan membuat belian. Akan tetapi, bila dah beli, kaunter tak nak gerak pulak. Padahal banyak kaunter lain tengah berkelip-kelip laju melambai-lambai. Kesudahannya, jual kaunter tu then beli kaunter yang tgh laju melambai. Elok jual, start jalan. Elok matched buy kaunter yg tgk laju, start dia junam sebab dah sampai resistance. Beli dkt resistance sebenarnya. Takde kaji apa-apa, beli dulu. Memang silap yang sangat besar tapi selalu diulang-ulang. Betul tak? Padahal yang kita dah kaji bersungguh-sungguh dan selengkapnya itulah yang naik dan terus naik. Dah beli sebenarnya, tp tulah.. tak sabar. Sesungguhnya..."Sabar itu indah" bagi yang mengerti erti sebuah kesabaran.

11.  Beli kaunter super penny sebab nak cepat untung dan nak untung banyak. Kaunter super penny adalah kaunter yang harganya di bawah 20 sen. Jadi kita dapat beli lot yang lebih besar. Contohnya modal ada RM3000, beli kaunter harga 10 sen boleh beli 300 lot jadi kenaikkan 1 sen sudah untung RM300, naik 2 sen untung RM600. Berbeza dengan beli kaunter harga RM1.00, modal RM3000 boleh beli 30 lot je. Naik 1 sen baru untung RM30. Disitulah silap sebenar dan silap terbesar yang selalu dibuat oleh para trader. Sebab apa? Sebab selalu berfikir tentang keuntungan semata-mata dan juga nak cepat kaya. Tapi terlepas pandang pada risiko dan kerugian. Apabila kita beli kaunter super penny, memang untungnya besar. Tapi sebenarnya super penny ni susah dan berat nak naik. Kenaikannya juga tidak solid kerana tidak disokong oleh fundamental dan technical. Lebih terdedah kepada manipulasi dan gorengan. Naik perlahan tapi turun laju. Risiko tinggi sebab apa sebab tadi modal RM3000, beli kaunter 10 sen, naik 1 sen untung RM300, naik 2 sen untung RM600 cuma apa yang terlepas pandang adalah turun 1 sen rugi RM300, turun 2 sen rugi RM600. Sudahlah modal ada RM3000 je. Bila dah rugi RM600, memang takkan jual la. Untuk naik semula, kalau super penny memang lambat. Mulalah hilang kepercayaan dengan saham. Tahukah anda, kaunter RM1.00 untuk naik 10 sen hingga 20 sen sehari tu memang mudah dah tidak ada masalah. Walaupun dengan modal RM3000, dapat beli 30 lot je, tp disitu apa yg trader terlepas pandang adalah risiko yang kita perlu tanggung adalah RM30 untuk setiap kejatuhan 1 sen. Emosi lebih stabil, hidup lebih tenang, mata tak perlu melekat dkt screen nak tengok kaunter. Kenaikkan pun lebih laju dan stabil. Semuanya berbalik kepada matlamat utama kenapa kita nak trade saham?

12. Melabur saham tanpa matlamat yang jelas. Fikir semula apa matlamat kita berdagang saham? Untuk tambah pendapatan? Perkara yang paling popular tentang saham ni adalah selalu dibezakan dengan menyimpan di ASB, Amanah Saham Bumiputera. Kata mereka, simpan di ASB dapat 5% je setahun. Tapi dengan bersaham 5% tu sehari pun boleh dapat. Paling bongkak, 30 minit pun boleh dpt la 5%.  Jadi, keluarlah duit di ASB dan masuk dalam CDS. Dimanakah silapnya? Silap yg paling utama adalah merasakan ASB dengan trade saham itu sama padahal sebenarnya jauh perbezaannya. ASB walaupun 5% setahun tapi risiko sangat rendah. Tiada kebarangkalian utk rugi atau total loss. Berbeza dengan bersaham, memang boleh dapat 5% sehari, 5% dalam masa 30 minit..tapi, boleh jugak daripada untung 5% akan dibalas dengan loss 50%. Kita tidak dapat menjangkan risiko kejatuhan harga saham. Signal super strong buy, indicator power gila gaban 7 petala langit pun, bila keluar bad news abis jahanam. Hanya junam macam xde tapak dah. Belum lagi potitik kacau, ahli politik keluar statement bangang, kita yang jadi bengang sebab elok tengah untung banyak, sekilas jadi rugi banyak.

Banyak lagi pulak ni nak tulis. Tapi, macam dah panjang. Nanti la sy sambung lagi. Nampak tak kenapa selalu loss dalam trade saham. Nanti senaraikan pun dah panjang berjela dan masih banyak lagi dalam senarai yang belum ditulis. Selalu ingat, saham ni adalah game of pro"babi"lity.. ada nama binatang haram disitu, memang sebenarnya bersaham realitinya gitulah. Haram susah nak untung, nak rugi senang je pulak. Hahaha.. bertabahlah..berdoa banyak-banyak semoga dimurahkan rezeki...

Jemput juga baca:

1) Bagaimana Untuk Profit Selalu Dalam Trade Saham?

2) Pantang Dalam Bersaham

3) Emosi Seorang Trader

Iklan. Jika berminat untuk belajar tentang analisis teknikal dan teknik - teknik trade, boleh subscribe video - video pembelajaran dan pemantapan ilmu di website tekniktrade.com. KLIK SINI atau image di bawah untuk semua video pembelajaran yang available dan untuk subscribe video :

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penerangan dan Kajian Market Depth

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday