Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Apa itu Buy on Rumors, Sell on News?

Dkt Malaysia ni, dlm dunia saham memang popular ayat ni "Buy on Rumors, Sell on News". Memang kena sentiasa alert kalau tak nanti menung dibucu katil. Ok, lebih mudah kalau kita tengok perbandingan antara rumors dan news dan apa kesannya. Kita ambik contoh syarikat bernama BATERI BERHAD. Simbol (code) : Bateri (0111). Pertamanya sebelum beli apa2 kaunter, berkenalanlah serba sedikit ttg kaunter ni. Apa perniagaan dia, kewangan dia, sektor apa. Jadi lebih mudah nak tgk potensi. Contohnya nama Bateri mesti ingat bisnes jual bateri la kan? Sektor Industrial. Padahal nama penuhnya adalah Bakat Terpendam Ritma Berhad. Sektor Consumer, sub sektor Leisure. Kan dah tersasar jauh dgn anggapan dgn hanya melihat nama.
 
 
Ok, contoh rumors :
 
1) Bateri Berhad dijangka / mencadangkan akan mengadakan Festival Joget Terbesar Nusantara
 
2) QR yg bakal keluar dlm dalam sebulan lagi dijangka sangat bagus kerana pada beberapa bulan yg lalu, Bateri Berhad melancarkan program Seminar Joget Upsell (5 layer) dan kejayaan Bateri Berhad menganjurkan program Program Motivasi, Ceramah Agama dan Kisah Ustaz terbesar di Malaysia dan berjaya mengumpul puluhan ribu peserta. 
 
3) Bateri Berhad bakal mengembangkan lagi perniagaan dlm sektor percetakan cenderamata dan industri minuman 
 
4) Dijangka pada QR yg akan dtg Bateri Berhad akan memberikan bonus dan warrant percuma
 
Ok cukuplah 4 contoh. Bila ada dijangka, cadangan, kemungkinan dan sesuatu yg tidak pasti, ini dipanggil rumors atau dalam bahasa Malaysianya desas desus (betul kan jika sy silap). Jadi kita lihat pada chart kaunter Bateri, adakah harga dah mula jalan?Jika ya, harga akan terus jalan mendaki ke atas sehinggalah news atau berita yang mengesahkan tentang rumors tadi dikeluarkan. Biasanya apabila news dah keluar, maka berakhirlah pendakian harga dan harga mula turun. Ada yg turun perlahan, ada yg turun laju mengikut teori graviti. Nak naik slow sikit sikit, tp bila junam tak sempat nak tekan password cds dia dah kasi sebatang lemang merah. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

 Contoh News (berdasarkan rumors di atas)
 
1) Festival Joget Terbesar Nusantara akan diadakan bermula 26 December hingga 31 December yg akan dtg (dah ada tarikh, jadi dah confirm. Maka rumors sudah disahkan
 
2) QR result meletup. All time high Revenue & Profit After Tax (PAT). 
 
3) Bisnes cenderamata yg merangkumi percetakan TShirt, mug bergambar dan bermelodi joget, buku nota, topi dan sebagainya telahpun berada di pasaran. Minuman menguruskan badan iaitu Jus Can Slim dan minuman pelindung ganguan jin dan syaitan yg telah di ruqyah dan dibaca 30 juzuk Al-Quran iaitu Susu Bidara telahpun dikeluarkan, siap ada billboard tepi highway CEO Bateri Berhad tangan kiri dan kanan pegang Jus Can Slim dan Jus Bidara. Bab bergambar & berselfie ni memang kegemaran CEO Bateri Berhad. (ini bukan news atau rumors, tapi gosip ) 😷😬

4) Tarikh ex date, entitlement date & payment date untuk Bonus Issue 1 : 2 dan warrant percuma 1:4 telahpun dimaklumkan. 
 
Bila news dah keluar, chart pula dah jalan beberapa minggu / hari sebelum news, maka chart gerak ke atas (buy) berdasarkan rumors dan chart mula reverse ke bawah (sell) apabila news keluar. Maka dari situ munculnya ayat "Buy on Rumors, Sell on News". Kalau tiba-tiba je satu-satu kaunter tu bergerak dan makin laju naik, tak lama lepas tu adalah news yg akan keluar. Biasa jumpa tak? 
 
Cuma ada satu situasi iaitu apabila keluar good news tapi sebelum tu chart tidak menunjukkan apa-apa reaksi atau gerakan. Biasanya utk kes ini, buy on news. Chart akan bergerak berdasarkan good news tersebut. Begitulah serba sedikit penerangan dan perkongsian tentang "Buy on Rumors, Sell on News". Semoga bermanfaat dan SHARE la pada rakan-rakan trader yg lain ya.
 
Untuk video belajar saham percuma, jemput tonton dengan klik pada image di bawah:
 

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :




Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth