Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Boleh Hold Lagi Ke?

Salah satu soalan yang biasa dengar di group support telegram saham atau di group umum perbincangan saham ialah "Boleh Hold Lagi Ke?". Biasanya kalau sebelum entry sesuatu kaunter saham dah siap lengkap trading plan dan kiraan risk reward ratio, kurang jadi masalah. Sebab dah tau kat mana nak exit. Yang menjadi persoalan "Boleh Hold Lagi Tak?" biasanya bagi mereka yang baru belajar dan baru mula nak trade saham. Selalu terikut-ikut kaunter yang dibincangkan dan dipetik orang. Entry dah betul tapi biasanya exit yang jadi masalah. Jadi disini sy kongsikan dekat mana nak exit dan bagaimana nak hold kaunter? 


 1) Trading Plan

Entry di tapak, bocor tapak cut la. Kalau entry breakout, jadikan aras breakout sebagai RBS (Resistance Become Support), kalau naik joget-joget jap tapi closed bawah RBS, exit dulu la. Yang penting kena ada disiplin 😅 tapi, tulah..nak disiplin ni yang payah..


2) Intermediate Trendline

Kalau nak guna long term trendline memang lama akan kemurungan. Jadi, bila entry kaunter, lukis intermediate trendline yang terdekat. Bocor je, cut la dulu. Kalau hold takut nanti makin junam ke bawah cari major trendline. Memang kemurungan.

3) Guna EMA21 atau/dan EMA50 sebagai aras rujukan (bocor cut)

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.


4) Guna Middle Bollinger  sebagai aras rujukan. Contoh guna Bollinger Band dan EMA50 sebagai aras sambutan / aras terakhir untuk hold.

 

Hasilnya:

Jika berminat nak mantapkan ilmu teknik trade, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu ya. Maklumat lanjut boleh klik link di bawah ini:

a)  Teknik Trade Bollinger Band : https://www.tekniktrade.com/product/video-pemantapan-ilmu-teknik-trade-dengan-bollinger-band/

b)  Teknik Trade Dengan Moving Average :  https://www.tekniktrade.com/product/video-pemantapan-ilmu-teknik-trade-dengan-moving-average/

c)  Teknik Trade Dengan Candlestick (Naked Chart dan Reference Candle) : https://www.tekniktrade.com/product/video-pemantapan-ilmu-teknik-trade-dengan-candlestick-patterns/

d) Price volume action :  https://www.faizulmsta.com/2022/02/hubungan-volume-dengan-pergerakkan-harga.html

 5) Guna Indicator MACD, Hold selagi line biru berada di atas line merah, ataupun garisan MACD berada di atas nilai 0. Cuma kena gabungankan dengan SnR candlestick. Untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan MACD, boleh KLIK SINI ya.

Ok cukupla lima, tulis panjang-panjang nanti takde yang rajin nak baca. Semoga bermanfaat.

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday