Pelaburan saham ni ramai yang berminat untuk mencuba sebab pulangan dalam bentuk wang. Asal perkara berkaitan dengan duit dan keuntungan memang akan menarik minat ramai. Tapi dalam masa yang sama, banyak jugak la persoalan tentang pelaburan saham ni yang bermain-main di fikiran dan juga di hati. Antara soalan-soalan yang biasa dengar adalah seperti berikut:
- Betul ke saham ni boleh buat duit?
- Macammana nak trade saham? Apa yang perlu buat?
- Saya masih bekerja, boleh ke nak trade saham?
- Berapa modal yang perlu ada untuk trade saham?
- Mudah ke nak trade saham?
- Boleh percaya ke dengan saham ni?
Kalau ada lagi persoalan yang selalu dengar, boleh la nyatakan di ruangan komen ya. Untuk entry kali ni, sy akan jawap tujuh soalan diatas ni.
Betul ke saham ni boleh buat duit?Boleh tahan popular jugak soalan ni. Untuk bersaham perlu gunakan duit sebagai modal. Jadi, memang motif utamanya adalah untuk menggandakan duit modal yang ada. Tapi, seperti biasa, hidup tidak akan terasa indah dan berwarna warni tanpa sebarang dugaan begitu juga dengan bersaham. Pasti ada ranjau dan durinya. Perkara pertama yang perlu tahu, bahawanya saham adalah perniagaan. Pasti ada untung dan ruginya. Yang penting untuk buat duit dengan saham kena ada ilmu yang cukup, strategi dan teknik trade yang betul dan juga matlamat yang jelas dalam berdagang saham.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Macammana nak trade saham? Apa yang perlu buat? Perkara pertama yang perlu ada untuk berdagang saham adalah akaun CDS. So, kena buka dulu la satu akaun CDS. Broker ada banyak. Tapi, pilihlah UOB Kay Hian. Sebab apa? Sebab boleh buka dengan sy. KLIK SINI untuk cara buka akaun CDS UOB dan benefitnya. Selepas akaun CDS siap, biasanya paling cepat dalam 3 - 5 hari siap la, kena belajar cara nak trade saham. Tak perlu join kelas mahal harga yahudi, berperingkat pulak tu. Mula-mula je kata seminar percuma. Lepas tu abis kering duit modal buat bayar yuran kelas. Cari kelas yang murah-murah je. Pertama skali join kelas asas saham. Kemudian kelas teknikal, cara-cara analisis chart dan juga teknik trade saham. Kelas boleh join kelas yang kami anjurkan. KLIK SINI untuk detail kelas asas saham dan KLIK SINI untuk kelas analisis teknikal setup low risk high reward dengan pembelajaran dan bimbingan berterusan dalam trading saham. Kalau belum ada modal nak join mana-mana kelas, boleh je godek-godek blog sy ni. Banyak je perkongsian tentang teknik trade saham. Boleh KLIK SINI untuk senarai kandungan blog mengikut kategori.
Selain itu, boleh dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.
Saya masih bekerja, boleh ke nak trade saham?
Ya, boleh je. Yang penting kena tau teknik macammana nak swing kaunter. Paling penting kena cari kaunter yang UPTREND untuk lebih selamat. Saham boleh monitor di phone je guna apps CDS. Satu lagi, kalau guna CDS UOB ada function stop loss. Jadi takde la nak kena monitor dan mengadap sepanjang masa. Yang penting matlamat tu. Ada yang mulanya target dapat tambah-tambah pendapatan sikit setiap bulan jadi la. Tapi, bila dah mula untung dlm saham, mulalah lupa diri dan lupa daratan. Hari-hari nak tekan buy dan hari-hari nak mengadap saham. Sampai kerja hakiki pun tak boleh nak fokus. Jangan gitu, tak berkat gaji nanti. Sy ada tulis satu entry blog sblm ni yang bertajuk "Bolehkah Kalau Nak Trade Saham Tapi Dalam Masa Sama Bekerja?" jemput la baca.
Berapa modal yang perlu ada untuk trade saham?
Bab modal dalam bersaham ni memang sesuatu yang subjektif kerana bergantung kepada kemampuan dan matlamat seseorang yang ingin melabur saham. Cuma seeloknya modal paling minimum pun RM1000 or RM1500 la. Kalau x lama jugak la nak tunggu hasil pelaburan. Untuk permulaan, elakkan beli kaunter super penny iaitu kaunter di bawah 20 sen. Atas 50 sen or atas RM1 lebih bagus. Untuk modal RM1000 kalau kaunter berharga RM1.00, boleh la beli 10 lot cuma setelah dikira brokerage fee, stamping dan clearance fee, untuk 10 lot maybe perlukan modal RM1020 lebih kurang. Kaunter di atas RM1.00 laju kenaikkannya. Jika naik 20 sen, modal RM1000 dah boleh untung RM200. So, profit 20%. Perlahan-lahan kumpul, lama-lama banyak la modal nak berdagang. Kesilapan mereka yang baru nak mula bersaham, adalah beli kaunter super penny sebab nak cepat untung. Sudahnya menung je akhirnya. Panjang pulak nak terangkan. Boleh baca entry ni ya : Kenapa Selalu Kerugian (Loss) Dalam Trade Saham? dan juga Bagaimana Untuk Profit Selalu Dalam Trade Saham?
Mudah ke nak trade saham?
Tak mudah dan tak susah sangat pun. Yang penting kena ada ilmu, ada matlamat, ada perancangan, ada strategi dan juga disiplin. Emosi kena sentiasa jaga. Sebab slalu emosi yang menggagalkan kita. Belajar teknik yang paling mudah faham dan paling mudah profit. Gilap sampai berkilat. Kena rajin berlatih dan rajin buat kajian dan analisis chart. Apa kena mengena emosi dengan saham? Boleh baca sini ya : Emosi Seorang Trader.
Boleh percaya ke dengan saham ni?
Kalau tak percaya jangan melangkah masuk. Nanti pulang dengan kedukaan. Ramai yang jadi tak percaya sebab banyak sangat iklan yang overclaimed. Kisah semua indah-indah je. Nampak mudah sangat nak untung dalam saham ni. Dkt radio yang hari-hari dgr tu salah satu contoh iklan overclaimed. Belum yang lalu lalang dkt facebook lagi. Semua pun tayang profit bukan main lagi. Memang la tayang profit, loss sorok sendiri-sendiri. Nak berniaga kelas saham atau menjual produk berkaitan saham kena la tunjuk yang best-best je. Bila dah mula bersaham, baru tau keadaan dan situasi sebenar. Tidaklah semudah yang di iklankan.. Jadi, untuk jawab soalan boleh percaya atau tidak, kena cuba dulu la. Kadang-kadang ianya berbalik kepada rezeki jugak. Ada org yang rezekinya murah di gelanggang saham, ada orang yang rezekinya sempit di gelanggang yang sama. Jadi, jika dah cuba dan berusaha, masih terasa sukar, elok berhenti dan cari bidang yang lebih dilapangkan rezeki untuk kita.
Bukan saham ni haram ke?
Ramai yang keliru antara saham dengan forex. Yang haram itu forex. Saham ni, perniagaan. Pelabur terbesar EPF, KWAP, Tabung Haji, Khazanah Nasional dan sebagainya. Jika haram, takkan Tabung Haji pun nak terlibat sama. Contoh yang mudah gitu la. Saham ni, ada dua. Kaunter syariah dan tak syariah. Buka akaun cds syariah, memang tak boleh nak beli saham yang tak syariah. Cuma banyak jugak nanti dengar perkataan haram bila dah bersaham... haram susah nak profit, haram tak nak gerak, haramjaxxx, haram tul, haram sungguh dan macam-macam haram lagi la. Cuma dari segi syariah dan keberkataan, saham tidaklah haram kerana ianya patuh syariah. (syaratnya kena beli kaunter syariah la, jangan pulak tak syariah pun tekan jugak, alasan yakin. Bukan main banyak kaunter yang syariah, nak jugak tekan yg tak syariah. Tu masalah diri sendiri, jangan babitkan orang lain)
Panjang nampaknya ya. Gitulah soalan-soalan yang biasa orang tanya kan? So, lepas ni kalau ada kawan-kawan or sedara mara yang tanya soalan pasal saham, kasi je link entry ni ya.
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Salam tuan, klau buka akaun cds oub ni under tuan ade filter kaunter yg syariah saja tak?,ke kene pilih sendiri?
BalasPadamSalam..kalau buka CDS dgn sy nanti akan masuk dlm telegram private channel utk pembelajaran dan perbincangan tentang saham.
Padam