Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Money Management Dalam Kiraan Risk Reward Ratio : Teknik Entry, Hold, Exit dan Setup Trading plan

Panjang ya tajuk kali ni, "Money Management Dalam Kiraan Risk Reward Ratio : Teknik Entry, Hold, Exit dan Setup Trading Plan". Sebagai seorang trader hebat dan selalu profit, memang wajib untuk kita tahu tentang money management ataupun dalam bahasa Melayunya Pengurusan Kewangan sebelum kita membuat keputusan untuk melabur didalam sesuatu kaunter saham. Trading saham ni sebenarnya adalah satu jenis perniagaan. Sebab tu kita kena kira untung dan rugi sebelum kita memulakan sesuatu perniagaan. Bagaimana nak kira untung rugi dalam membuat keputusan bersaham? Caranya adalah dengan membuat kiraan Risk Reward Ratio. Nisbah kerugian berbanding keuntungan. Kalau dalam teori buku, nisbah terbaik adalah sekurang-kurangnya 1 : 3. Iaitu 1 rugi berbanding 3 untung. Seperti yang kita sedia tahu, trade saham adalah "game" of probability. Jadi, kena fikir cara nak menang barulah dapat bertahan lama dalam dunia saham. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Saya ada publish video yang panjang lebar di youtube tentang tajuk ni. Duration lebih dari 1 jam. Boleh la tonton untuk pemahaman yang lebih mendalam. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang menonton. Didalam video ini juga sy ada kongsikan tentang teknik trade saham yang mudah iaitu teknik entry, teknik hold dan teknik exit. Sebagi seorang trader harapan keluarga, wajib untuk mahirkan diri dengan tiga teknik ni. Selain itu, seperti biasa, saya kongsikan juga perkara asas dalam trade saham iaitu cara bagaimana untuk setup Trading Plan. Teknik asas menggaris garisan support dan resistance. KLIK IMAGE di bawah untuk tonton video.


Dibawah ini contoh penerangan tentang konsep Risk Reward Ratio ya. 

Merujuk kepada chart diatas, Entry 1 dan Entry 2 adalah entry area yang terbaik iaitu entry yang sangat dekat dengan tapak. Dapat kita lihat, tapak kuat adalah di aras 0.760. Kenapa sebab disitu adalah aras RBS (resistance become support). Entry area juga disokong oleh indicator Parabolic SAR (green dot) dan juga MACD buy signal.

Bacaan tentang Parabolic SAR : https://www.tekniktrade.com/teknik-trade-dengan-parabolic-sar/

Bacaan tentang MACD : https://www.faizulmsta.com/2022/02/teknik-penggunaan-indicator-macd.html

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.

Ok, jadi secara teorinya, kira akan garis aras resistance yang terdekat berdasarkan taburan candle di sebelah kiri. Teknik asas menggaris garisan resistance, kalau nak belajar teknik advanced menggaris aras support dan resistance yang sangat tepat dan power, boleh KLIK SINI. Berdasarkan garisan di chart, aras resistance adalah di 0.790 / 0.810 / 0.825 / 0.855 / 0.885. Jadi, terus kita boleh setup trading plan. Apa kita punya setup trading plan daripada chart di atas?

Entry Price = 0.765 / 0.770

Support = 0.760

Cut lost = 0.755 / 0.750

Resistance / TP (take profit) : 0.790 / 0.810 / 0.825 / 0.855 / 0.885

Ok siap Trading Plan. So, sebelum membuat belian, kira dulu Risk Reward Ratio. Macam mana nak kira. Contoh kita nak beli 100 lot la dengan modal sebanyak RM7650. Contoh entry di 0.765. Jadi risk adalah 0.765 - 0.755 = 1 sen, manakala reward pulak adalah 0.790 - 0.765 = 2.5 sen. Jadi, risk reward ratio adalah 1 : 2.5, 1 loss berbalas 2.5 profit atau RM100 rugi, berbanding RM250 untung. Jadi, berbaloi la kalau nak entry kaunter ni. Kalau pecah 0.790, makin kaya la kita dengan profit, risk tetap 1 sen. Ok boleh faham kan?

Ok contoh kedua. Nampak kaunter naik laju dan banyak. Kemudian kompang berbunyi aras target RM1.60. Daripada bank broker punya kompang pulak tu. Kompangan berlesen. Sebelum-sebelum ni memang banyak kali dah dengar bisikan-bisikan kompangan sayup-sayup dari trader-trader bilis. Maka, keadaan ini memberikan keyakinan tinggi diselang selikan oleh emosi takut ketinggalan dan takut kerugian kalau tak masuk dan join kapal. Maka, tanpa berlengah lagi dan tanpa melihat chart terlebih dahulu terus tekan buy. Kemudian matched buy. Fuh lega. Nasib dapat tumpang. EP 1.25. Target 1.60. Beli 100 lot. Kasi all in la sekali sekala. So, untung dalam kiraan dalam kepala naik 35 sen, so, untung paling-paling pun RM3500 la dlm tangan. Tu kalau sampai 1.60, kalau pecah then pegi 2.00, 3.00, kira la sendiri.. hahaha, ayat kaki MLM. Sembang harapan then saje suruh kira untung nak bagi rasa tamak & sign borang dgn rela hati. Ok berbaik kepada chart. Trading plan macam kat bawah ni la.

Entry Price : 1.25

Support : 1.16

Cut loss : 1.15 

Resistance terdekat : 1.28 / 1.32

MACD dah sangat tinggi. Muncul harga dengan candle besar, volume besar di atas. Sebenarnya itu adalah tanda-tanda bakal nak junam atau nak flush atau nak retrace. Cuma maybe lepas beli baru perasan, atau buat-buat tak perasan sebab FOMO yang menebal. FOMO tu ape? FOMO = fear of missing opportunity

Jadi risk reward ratio, risk 1.25 - 1.15 = 10 sen, reward 1.28 - 1.25 = 3 sen. Untuk belian 100 lot, rugi RM1000, untung RM300. Risk reward ratio 10 : 3. Memang sangat tidak berbaloi. Mendedahkan diri kepada risiko kerugian. Trader hebat harapan bangsa dan agama patutnya tak macam ni. Jangan dedahkan diri dengan risiko dan jangan tamak. Apa jadi lepas tu?

Taraaa.. hahaha, murung tengok kipas. EP 1.25 dia junam pegi 1.06. Junam 19 sen. So, loss RM1900 terus. Masa entry kiraan congak di kepala hanya kira untung at least RM3500. Rupanya terlepas pandang untuk buat kiraan rugi. Apa jadi lepas tu, maka secara automatiknya dan secara rasminya "TEKNIK HARAPAN" on. Nak cut loss dah banyak. Takut dah cut loss naik balik pulak. So, peram je la. pujuk hati "nanti naik balik la tu", "selagi tak jual tak kira loss, paper loss je"..dan macam-macam pujukan lagi la. Harus diingat, kalau bocor mid BB akan tambah murung di kemudian hari ya.

So, panjang lebar pulak entry tentang Money Management : Risk Reward Ratio ni. Semooga bermanfaat ya. Share dengan rakan-rakan trader yang lain.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday