Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Teknik Penggunaan Indicator MACD

Salah satu indicator yang sy akan gunakan semasa buat analisis dan kajian chart saham adalah indicator MACD. Nama penuh indicator ni adalah Moving Average Convergence Divergence. Indicator ini merupakan indicator dari kumpulan Trend. Jadi, kita boleh melihat kekuatan sesuatu trend dengan menggunakan indicator MACD.Untuk kumpulan-kumpulan indicator, sy pernah tulis sebelum ni. Boleh KLIK SINI untuk baca ya. 

Indicator MACD terbahagi kepada dua komponen iaitu line dan histogram. Jadi, boleh juga nak pilih untuk guna salah satu atau boleh juga guna dua-dua. 

Indicator MACD dan candlestick. Sekilas boleh nampak tak pergerakkan harga dan pergerakan MACD lebih kurang sama. Sebab apa? Sebab MACD adalah indicator Trend. Sebab tu naik turun lebih kurang sama dengan candle. Cuma, untuk teknik trade advanced MACD, kita boleh gunakan setup divergence utk entry dan exit terbaik. Boleh KLIK SINI utk baca tentang Divergence.  

Ini jika kita guna histogram. Boleh nampak bila histogram hijau, harga naik. Histogram merah, harga turun.

Ini pula jika kita gunakan garisan merah (signal) dan biru (diff / macd). Apabila garisan merah silang biru ke atas, itu petanda buy signal manakala apabila biru silang merah ke bawah itu petanda sell signal. Sy kongsikan satu tips, untuk kaunter strong naik, pastikan line biru berada diatas line merah. Jadi, boleh candle merah pun, masih ada potensi untuk muncul candle hijau selepas itu. Cuba kaji sendiri, nanti boleh nampak apa yang sy katakan ni. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Untuk belajar dengan lebih mendalam tentang indicator MACD, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantanpan ilmu "Teknik Trade Dengan Indicator MACD (Basic to Advanced)". KLIK SINI untuk penerangan lanjut tentang silibus pembelajaran dan untuk subscribe video. Semoga bermanfaat.


 

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday