Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Contest Blog dan Video Belajar Trade Saham

Jemput join "Contest Blog dan Video Belajar Trade Saham". Pertama sekali kenapa ada contest? Blogger memang suka buat contest cuma skrg ni blogger macam dah tak aktif sangat. Mungkin dah bukan zaman blogger skrg ni sebab ada macam-macam social media dan platform skrg ni. Untuk rekod, sy mula dengan dunia blog rasanya sejak tahun 2005 lagi. Lama kan? Cuma kejap aktif, kejap sangat aktif, kejap ghaib terus. Bergantung kepada keadaan dan kelapangan. Blog-blog lama pun dah x aktif. Tinggal satu ni je yang masih aktif. 


 

Ok, macammana nak join contest ni dan apa hadiah yang bakal dimenangi? Nama pun contest, mesti kena ada hadiah. Kalau tak, sape yang nak join. Cara nak join, malas pulak nak tulis panjang-panjang, senang tengok video kat bawah ni je la ya. Lebih senang nak faham cara nak join. Buat masa ni, akan ada seorang pemenang hadiah utama dan 3 orang pemenang hadiah saguhati. Tapi, kalau ramai yang join contest ni, lebih 40 orang ke, maybe hadiah utama akan ada 2 atau 3 pemenang dan hadiah saguhati ada 5 atau 6 orang pemenang.

List Index Kandungan Blog : https://www.faizulmsta.com/2022/03/indeks-kandungan-blog-mengikut-kategori.html

List Youtube Video : https://www.youtube.com/user/fizwan5809/videos
 

Apa hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah? Pemenang utama akan mendapat access untuk menonton video "The Power dan The Art Of Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)" yang bernilai RM200. Ya, kenapa bernilai RM200 sebab video ni adalah video premium di Youtube Channel sy. Hebat teknik Ichimoku ni. Mudah nak trade dan sangat jelas melihat halatuju chart jika faham tentang penggunaan indicator ini. Kalau x nak join contest tapi nak subscribe untuk access 1 bulan menonton berulang kali sampai faham, boleh KLIK SINI ya. 


Hadiah saguhati pula pemenang akan mendapat access untuk menonton video (pembelajaran) analisis dan review kaunter saham yang bernilai RM80. Video (pembelajaran) analisis kaunter yang lengkap dengan analsis naked chart, analisis chart pattern, indicator, support & resistance dan juga tips-tips teknik trade. So, macam-macam boleh belajar dalam video ni. Sama jugak. Kalau x nak join contest tapi nak subscribe untuk access 1 bulan menonton berulang kali sampai faham, boleh KLIK SINI ya. 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 20 MARCH 2022

Semua penyertaan hanya diterima untuk penyertaan di bahagian komen di bawah ini. 

Ulasan

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya amat teruja selepas menonton video di Channel Youtube Faizul Izwan berkenaan dengan Teknik Trade Saham Dengan Indicator Bollinger Band (BB) kerana ianya memberi kefahaman kepada saya dengan kaedah penerangan yang jelas dan mudah untuk difahami. Walaupun video yang disediakan percuma untuk tontonan tanpa sebarang bayaran, saya berasakan ianya amat bernilai melebihi daripada apa yang saya perolehi ketika mengikuti kelas saham berbayar sebelum ini.

    Selain itu, saya juga suka membaca coretan blog bertajuk Money Management Dalam Kiraan Risk Reward Ratio: Teknik Entry, Hold, Exit dan Setup trading Plan. Ianya memberi kesedaran dan kefahaman kepada saya bahawa untuk membolehkan kita kekal lama sebagai seorang trader tunggak harapan keluarga, kita perlu mempunyai trading plan dan wajib mematuhi trading plan tersebut. Tidak boleh bergantung kepada sesiapa untuk menguruskan wang kita walaupun remiser kita bermurah hati bagi senarai-senarai kaunter setiap hari kerana akhirnya apa yang paling penting kita memahami apa yang perlu kita lakukan dalam keadaan market yang sentiasa berubah-ubah. Dalam topik ini secara tak langsung mengajar berkenaan dengan tetapan emosi dan tidak meneruskan kaedah hope analysis seperti mana yang saya amalkan sekarang. Harap dengan ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh Tuan Faizul Izwan dapat membantu semua untuk memperbaiki diri masing-masing. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Coach Faizul,

    Untuk youtube video saya selalu ulang video Langkah Demi Langkah Cara-Cara Kaji dan Analisis Chart Kaunter Saham sebab saya mahu memantapkan ilmu asas dalam trading saham. Yang paling penting macamana nak tarik garisan trendline dan garisan support dan resistance.

    Untuk blogpost, saya selalu baca balik posting Kepentingan dan Fungsi Penggunaan Indicator Saham. Saya selalu jadikan posting ni rujukan untuk menggunakan indicator yang bersesuaian dan mengelakkan saya menggunakan indicator dalam kategori yang sama. Contohnya pakai indicator RSI dan Stochastic Oscillator dalam kategori yang sama akan memberikan signal yang berkemungkinan akan mengelirukan.

    Sebenarnya banyak ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh Coach Faizul yang dapat membantu saya memantapkan lagi teknik trading saya. Semoga Coach Faizul sentiasa update blog dah youtube video untuk rujukan dan pembelajaran kami.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Cikgu Faizul,

    Secara jujurnya saya tak boleh nak pilih sebab sebagai seorang trader, setiap tajuk yg cikgu kongsi dalam blog cikgu semua penting dan berkait rapat seperti tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Sampai sekarang tak jumpa lagi yg level perkongsian macam ni punya detail. Jangan kata yg tak hensem, yang bateri gila like and share pun x kongsi benda macam ni secara percuma. Jadi saya terpaksa pilih beberapa je.

    Kategori blog antara tajuk yang saya suka

    1)Bagaimana Untuk Profit Selalu Dalam Trade Saham?

    Kenapa saya suka? Sebab dia jawab soalan selepas big why kenapa saya nak bersaham. Bagaimana nak konsisten untung. Uncle Steve Clark pernah berpesan “Do more of what works and less of what doesn’t.” Cikgu dah kongsi tips dan SOP macam mana nak buat. Tinggal nak ikut je. Ada teknik, ada strategi, nak pakai indicator apa yg sesuai sebab tak semua orang selesa pakai cara yang sama. Boleh kata banyak jugak yang saya guna ikut yang cikgu pesan dalam blog tu setiap kali saya buka chart. Tips yang cikgu share ni sangat bagus bagi orang yang baru nak kenal dunia saham. Realiti bersaham tak selalunya indah seperti sipu-sipu saham cerita yang selalu nak pancing suruh masuk kelas. Saya suka pesanan cikgu "When it comes to your money, only trust one person : Yourself". Ini mengingatkan saya untuk sentiasa berhati hati dengan kompangan yang berlesen atau tidak, gorengan di media sosial dan grup saham.

    2)Kaunter Apa Nak Masuk Hari Ni? Part 1(reversal) & Part 2(kaunter goreng)

    Bagi saya teknik trade, strategi apa nak pakai, indicator apa yang bagus dalam tajuk blog yang lain dah terlalu superb sampai tak tahu nak pakai yang mana satu....hahaha
    Tapi tajuk ni lain sikit kerana berkait rapat macam mana nak pilih kaunter yang sesuai mengikut keadaan dan guna teknik yang betul. Silap masuk kalau tak reti keluar, hangus modal.

    Part 1, cikgu ajar cara nak sambut kaunter berpotensi buat reversal. Memang mudah nak faham. Ada indicator yang boleh bantu kita nak buat keputusan. Ni antara benda yang saya cari bila tengok chart. Cikgu pesan cari kaunter uptrend yang tengah buat penurunan (retrace). Tunggu siap-siap di aras sambutan. Teringat filem musang berjanggut, kata kata Megat Alang Sengketa dengan Tun Nila Utama.

    Megat Alang Sengketa:

    Dengar sini orang muda,
    Aku beringat padamu,
    Siapkan lah payung sebelum hujan, (market buat correction)
    Dan siapkan lah perahu sebelum bah. (cari kaunter uptrend yang tengah retrace)

    Tun Nila Utama:

    Payung sudah kusiapkan, (set trendline, s&r, pasang indicator)
    Perahu pun sudah kusedia, (duit dalam cds standby)
    Hanya menunggu hujan di langit. (tunggu di aras sambutan, signal cun sauk)

    sama tak?....hahaha

    Part 2, best sebab cikgu ajar pasal kaunter goreng, kompang, firaun, yahudi secara technical analysis. Sebagai traders newbie bohong la kalau saya kata saya tak pernah tekan buy kaunter macam ni. Selalunya tekan tutup mata. Tak faham sebab disebalik pergerakan chart. Pedih betul bila tersangkut, hanya yang pernah sangkut je yang tahu...hahaha.
    Hari hari dengar lagu kumpulan Dinamik, Langkah terhenti degup jantung berderai..... Terus menanti seribu tahun lagi....Yang menariknya cikgu tak kata tak boleh masuk, ada strategi yang sesuai. Best bila tengok gambar cikgu kongsi berkenaan pergerakan harga dan volume spike. Jarang nampak orang nak ajar pasal kaunter goreng ni macam cikgu ajar.

    BalasPadam
  4. Saya terpaksa kerat 2 sebab tulis kat sini ada limit character.

    Kategori youtube antara tajuk yang saya suka

    1) Langkah Demi Langkah Cara-Cara Kaji dan Analisis Chart Kaunter Saham

    Kenapa best? Sebab nampak je macam asas. Kalau tak boleh jadikan sebagai rutin setiap kali buka chart, mesti akan ulang kesalahan lama. Waktu saya first time masuk kelas review kaunter, cikgu mesti guna cara dalam video ni. Analisis lebih kepada cara asas naked chart. EMA50 dengan EMA 200 wajib, memang saya x boleh tinggal waktu tengok chart. Simple tapi padu giler. Pertama kali tengok, dalam kepala kata eh...macam tu pun boleh.....mind blowing betul...hahaha. Tu cerita dulu la. Dengan asas teknikal ni la memudahkan untuk buat persediaan cari kaunter yang sesuai dengan cara trade kita, lepas tu pasang indicator lain untuk cari signal nak entry. Pak Cik Jack Schwager pernah berkata "The hard work in trading comes in the preparation. The actual process of trading, however, should be effortless." Oleh kerana saya tak boleh kerap tengok chart sepanjang masa,
    cara yang cikgu tunjuk dalam video ni saya rasa lebih sesuai dengan saya untuk saya swing.

    2) Cara Mudah Analisis Chart Saham. Pelajari Tentang Trendline, Support dan Resistance & Trading Plan.

    Tajuk bunyi macam nak sama tapi sebagai trader newbie sangat penting untuk kuasai perkara asas. Dulu saya tak faham sangat sebab turun naik harga, tempat dia berbincang, lepak-lepak. Nak tarik trendline pun saya ulang banyak kali video tu untuk bagi saya paham kenapa cikgu tarik kat situ dan saya kena kerap melukis lukis kat chart untuk bagi biasa. Dulu selalu terlepas entry, harga dah naik jauh baru gatal nak beli. Lepas tu sangkut sebab beli kat resistance. Video ni bantu saya dalam buat persediaan. Atuk Jesse Livermore pernah berkata “Do not anticipate and move without market confirmation—being a little late in your trade is your insurance that you are right or wrong.” Jadi bila dah buat persediaan, semua line dah ada, ikut trading plan, kalau ada signal je baru masuk. Kalau masuk terlalu awal, takut fake je, bagi harapan palsu. Mungkin sebab tu la cikgu kata entry berdekatan support, bukan nya wajib atas line support untuk confirmation support tak bocor. Best betul tengok video ni siap ada PVA guna candlestick, cikgu cerita walaupun nampak macam asas technical analysis tapi kalau bagi yang baru kenal dunia trading ni fuh ...dah macam masuk kelas berbayar....lengkap dengan trading plan. Bagi saya yang pernah masuk kelas basic dari grup lain, saya boleh kata video technical analysis terbaik yang saya akan recommend. Kalau ada yang tanya nak belajar asas technical analysis, memang kena rujuk video ni. Nilai dia.... uish... serious berbaloi gila.

    Terima kasih cikgu. Semoga cikgu dapat teruskan berkongsi ilmu-ilmu dunia saham ni. Bukan sahaja saya malah ramai trader newbie di luar sana akan dapat manfaat dari perkongsian cikgu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth