Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Kepentingan dan Fungsi Penggunaan Indicator Saham

Untuk trade saham, ada yang hanya guna price, volume, trendline, candle pattern & chart patttern sahaja untuk menganalisis chart saham. Teknik ini dinamakan sebagai teknik naked chart. Menarik juga teknik ni, boleh google "Price Volume Action (PVA)" untuk baca dengan lebih lanjut. . Sebab panjang lebar kalau nak tulis pasal PVA ni. Kursus / kelas pasal PVA pun mahal jugak. Sy pun mmg selalu guna PVA kemudian akan confirmkan dengan beberapa indicator saham untuk mencari dan mengesahkan point of entry dan point of exit. Jadi, indicator saham berguna untuk memberikan keyakinan dan pengesahan kepada analisis. Ada macam-macam indicator, cuma jangan guna semua. Cukup jika dapat betul-betul faham 3 atau 4 indicator sahaja. Jika berminat untuk pelajari tentang teknik naked chart iaitu "Teknik Trade Dengan Candlestick dan Candlestick Patterns", boleh KLIK DISINI ya. Panjang lebih penerangannya. Memang sangat berbaloi untuk dipelajari.

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Berikut saya senaraikan kumpulan indicator dan indicator yang popular digunakan oleh ramai trader. 

1) MOVING AVERAGE (digunakan untuk melihat purata pergerakan harga, KLIK SINI untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan Moving Average - Basic to Advanced)

i) Exponential Moving Average (EMA)

ii) Simple Moving Average (SMA)

iii) Hull Moving Average (HMA)

iv) Weighted Moving Average (WMA)


2) BAND INDICATOR

i) Bollinger Bands(digunakan secara meluas di seluruh dunia) - KLIK SINI untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan Bollinger Band (Basic to Advanced)

ii) Donchian Channels 

 

3) MOMENTUM INDICATOR 

i) Relative Strength Index (RSI)  - KLIK SINI untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan RSI (Basic to Advanced)

ii) Stochastic Oscillator (SO) - selain yg standard, ramai juga yang guna Fast Stochastic (FastSO), Slow Stochastic (SlowSO) dan Stochastic Relative Strength Index (StochRSI)

iii) Money Flow Index (MFI)

iv) Price Rate of Change (ROC)

v) Volume Rate of Chance (VROC)

vi) William %R (WR) 

vii) Momentum (MTM)

 

4) OSCILLATOR INDICATOR 

i) Accumulation / Distribution (AD)

ii) Chaikin Money Flow

 

5) PRICE VOLUME INDICATOR

i) Force Index (Force)

ii) On Balance Volume (OBV)

 

6) TREND INDICATOR

i) Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)  - KLIK SINI untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan Indicator Ichimoku Cloud - Basic to Advanced

ii) Moving Average Convergence Divergence (MACD) - KLIK SINI untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan Indicator MACD

iii) Parabolic SAR - KLIK SINI untuk penerangan tentang teknik penggunaan indicator Parabolic SAR

Ada banyak kan indicator? Cuma yang saya pilih dalam list di atas indicator yang biasa digunakan. Jika nak listkan semua, ada lebih banyak lagi. Cuma penggunaannya tidak meluas. Jika berkesempatan, mungkin saya boleh tulis topik kupasan untuk setiap indicator diatas. Cuma ambil masa jugak la. Ok mari kita lihat dan kaji contoh penggunaan indicator-indicator diatas. 

 

Contoh diatas ini kita gunakan indicator (jika ingin belajar tentang cara penggunaan, klik pada image ya:

1) Bollinger Band , BB (Band Indicator)


 2) MACD (Trend Indicator)

3) RSI (Momentum Indicator)

Ok guna 3 indicator je. Banyak-banyak nanti serabut je. Sudahnya tak jumpa entry point dan exit point. 

Untuk Entry Point 1, kita boleh nampak price/candle cross up middle BB. MACD anak panah buy baru muncul. RSI diatas nilai 50. Volume above average. Semua pun buy signal. Cuma, bila tengok trend momentum iaitu MACD, kita boleh nampak garisan landai, jadi trend yang lemah. Begitu juga RSI, tidak berjaya melepasi nilai 70. Jadi momentum tak cukup kuat. Ada mazhab saham yang bagitau, kalau RSI melebihi 70 itu tandanya sell signal, sebab dah overbought. Sebenarnya, lebih 70 la baru candle besar-besar akan muncul :-)

Untuk Entry Point 2, kita boleh nampak buy signal sama seperti Entry Point 1, cuma apa yang membezakanya adalah candle closed di BB Breakout point, then esoknya BB breakout. RSI melebih 70. MACD garisan tunjuk langit. Pacak ke atas. Volume lebih besar. Histogram MACD lebih besar. 

Semoga boleh nampak perbezaan 2 entry point ini dan cara penggunaan Indicator Saham. Ok, tengok satu lagi contoh, guna indicator yang lain pula. 

 

Contoh diatas ini pula, kita guna indicator :

1) Parabolic SAR (Trend Indicator) - klik play

2) EMA 50 (Moving Average)

3) Slow Stochastic (Momentum Indicator)

Entry Point 1 (EP #1) kita boleh nampak Slowso bersilang, merah silang biru ke atas (buy signal), candle / price cross up EMA50 (buy signal), SAR 1st green dot (buy signal). Kemudian Exit Point 1 (EX #1), slowso bersilang merah silang biru ke bawah (sell signal), slowso breakdown 80 (sell signal - akan start flush overbought), SAR bertukar kepada red dot, aras target sambutan di EMA50. 

Entry point 2 (EP2 #2), sama juga dengan EP #1 tadi. Cuma kali ni price / candle rebounce di EMA50.

Kelemahan kaunter ini bila sampai ke EP #5 dan EX #5, dimana slowso divergence. SAR dot juga sudah tidak harmoni. Volume juga divergence. Ok, sangat penting untuk memahami kesan apabila berlakunya divergence pada indicator saham. Tapi, mungkin topik ini sy akan kongsikan di penulisan yang lain pula. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jemput share dengan rakan-rakan trader yang lain & follow blog ini ya. Butang follow ada di sebelah kanan :-) 

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth