Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Halatuju KLCI dan Bullish Sektor (20 Feb 2022)

Sambil godek-godek chart kaunter yang nampak strong bullish, rasa mcm dah lama tak tengok chart KLCI semenjak prestasinya sangat hebat bulan Februari ni..kenaikkan 100 mata dalam masa 2 minggu. Memang wow la..semoga ramai rakan-rakan trader yang profit bulan Februari ni. So, kemana hala tuju KLCI? Boleh tonton video (FB Live) pada awal bulan Januari yang lalu. Sy ada review halatuju KLCI dan juga tema sektorial. https://youtu.be/tI4tzkrAoJk

Ok, jika kita lihat chart daily KLCI, EMA sudahpun golden cross ya. Cuma, nampak akan retrace sikit minggu depan sebelum sambung pendakian. So, daily chart boleh bukak sendiri la ye. Sy share weekly chart KLCI. Dapat kita lihat, candle minggu ini breakout Triangle Pattern. Garisan oren di bawah adalah garisan trendline sepanjang zaman. Candle juga breakout EMA200 weekly. Aras EMA200 weekly adalah di 1593.578. Candle closed 1603.05. Jadi, kemungkinan retrace ke 1593 dulu la utk test EMA200. Harapnya gitulah. RSI pun dah breakout dan ada setup bullish divergence, jadi secara teorinya strong momentum untuk tujahan ke atas. Boleh la kita monitor minggu dpn. Cuma kalau reject EMA200 weekly, akan kembali turun menguji EMA50 dan menanti golden cross la. Harapnya tak reject la EMA200 dan semoga takde la news yang boleh menjahanamkan kebangkitan KLCI especially news potilik. KLCI perlu pecahkan aras 1695 utk strong bullish.

Untuk belajar tentang EMA, boleh tonton video ni : https://youtu.be/rv95ZjyDfp8

Manakala RSI, boleh tonton video ini : https://youtu.be/ceW5pDpzwA8

 

Dibawah ini sy kongsikan sektor yang sedang bullish setakat hari ni. 

Pertama : Sektor Consumer

Berdasarkan chart daily consumer, memang sangat bullish sejak awal bulan Februari. Chart pattern double bottom. Akan tetapi sudah tiba di aras EMA200, Kemungkinan besar akan turun berehat terlebih dahulu sebelum meneruskan pendakian. Jadi, boleh la tunggu kaunter-kaunter consumer retrace dulu then masuk masa reversal candle memunculkan diri. 

Kedua : Sektor Property

Daily chart dah cross up EMA200, tapi mcm lebih clear halatuju bila tengok weekly chart. So, weekly candle baru cross up EMA50, jadi potensi temporary bullish dan cubaan pendakian menguji aras EMA200. Jika pecah aras EMA200 diikuti oleh golden cross, barulah secara teorinya sektor Property akan strong bullish. Cuma sekarang ni ada la potensi saukkan tapak untuk kaunter-kaunter di dalam sektor Property. 

Ketiga : Sektor Industial Products & Services

Refer weekly chart. Memang sangat strong bullish sector ni sejak cross up EMA200 disusuli oleh golden cross. Sikit je lagi nak test aras all time high (ATH) di 228.74. Akan tetapi, ada keraguan sedikit memandangkan kenaikkannya adalah kenaikkan bearish divergence. Jadi, kena hati-hati sedikit dengan sektor Industial Products and Services ni. Takut dia turun dulu retrace sambil buat pattern double top. Tapi, kalau cukup gagah akan sambung bullish menguji aras ATH. Aras rintangan pada masa ini adalah di 214.19. Boleh la monitor kemanakah aras tuju seterusnya. Andaikan reject dan mula turun, maka perlu berhati-hati jika ada hold kaunter dari sektor Industrial Products and Services

Keempat : Sektor Plantation

Dalam masa dua minggu ni, sektor plantation terlalu strong bullish. Tu yang kena berhati-hati sebab akan mudah hilang pedoman. Kenaikkan macam ekor kucing tengah memerut, tegak semacam tu biasanya akan disusuli dengan junanam kejam. RSI pun dah sangat overbought. Jadi, peluang untuk masuk semasa reversal. Biar flush dulu. Bila dah bertenang, tunggu reversal candle memunculkan diri baru sedap saukkan di tapak reversal. Kalau belum tumpang kaunter plantation dan baru nak masuk, memang potensi sangkut puncak bila tekan buy. Tapi kalau tengok je, dia akan sambung naik sikit lagi memancing pelanggan untuk bercuti di puncak. So, better tunggu turun dan buat reversal dulu. Kenaikkan yang sihat adalah kenaikkan yang berbentuk zig-zag. 

Kelima : Sektor Transportation

Sektor Transportation ini dalam keadaan strong bullish dan sedang dalam cubaan menguji aras all time high di aras 938.99. Jadi, boleh la kaji mengkaji kaunter-kaunter di sektor transportation. 

Semoga bermanfaat. Untuk lebih mudah profit dalam bersaham, kena tahu sektor apa yang tengah bullish dan kaji dan masuklah kaunter yang mempunyai signal yang paling strong + popular (kerap disebut)

Jika tiada masa nak kaji dan analisis kaunter, atau nak belajar cara screen, analisis teknikal dan kajian halatuju kaunter lengkap dengan SnR, boleh subscribe "Basic Membership" di Youtube Channel sy ya. Sy akan upload video analisis dan kajian kaunter setiap minggu yang mengandungi kajian 5 - 10 kaunter untuk setiap video. Maklumat lanjut boleh baca sini : https://www.faizulmsta.com/2022/02/member-only-access-video-di-youtube.html

Jemput like dan follow Facebook Page sy di : https://www.facebook.com/FaizulTrader

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday