Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Perkara, Situasi, Objek dan Emosi yang akan dihadapi oleh Trader Saham

Bila dengar iklan saham di radio ataupun nampak iklan-iklan saham lalu lalang di Facebook, nampak mcm senang dan mudah je nak bersaham ni kan? Tapi, sebenarnya, bagi sesiapa yang sudah terjebak dengan dunia saham pasti akan tau realiti sebenarnya. Berikut sy kongsikan perkara, situasi, objek dan emosi yang berlegar-legar disekeliling seorang yang bergelar trader saham

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

 
1) Asal beli je jatuh, asal jual (cut loss) dia pusing naik. Laju pulak tu.

2) Kaji 5 kaunter, masuk 4 kaunter tapi yang 1 tak beli tu yg meroket. Paling sakit hati Limit Up dua hari terus. Yg lagi 4 kaunter tu, samada jalan mcm siput sedut, kekejungan atau kecidukan.
 
3) Ramai yg nasihat jangan kejar harga sbb kalau kejar nanti sangkut puncak. Tapi, bila tak kejar laju kayuhan dia & biasanya terus Limit Up. Tapi kalau kejar, mesti bila dah matched buy dia start junam. Betul la tu nasihat ckp jgn kejar harga 😅
 
4) Secara automatik akan mengenali bucu katil, kipas siling & biskut petak.
 
5) Politik adalah musuh. Signal power skalipun, tiba2 ada news politik terus punah.
 
6) Tgh minum teh tarik, tiba-tiba rasa air suam.
 
7) Ketakutan nak ke tandas. Elok flush tandas, kaunter pun ikut flush.
 
8) Set Stop Loss / Auto Cut Loss biasa kaunter junam utk makan SL then rebounce naik semula.
 
9) Kaji kaunter lain, beli kaunter lain
 
10) Akan selalu dengar bunyi kompang
 
11) Kena faham apa itu " Buy on Rumors, Sell on News". Kalau tak faham, boleh KLIK SINI utk baca :-)
 
12) Kemurungan biasa terjadi.
 
13) Emosi lebih tidak stabil bila CDS portfolio hijau. Debaran mmg kuat. Berbeza bila CDS porfolio merah. Akan ketemu ketenangan abadi. Ayat biasa dengar " takpe nanti naik balik la tu", "selagi tak jual, tak kira rugi"
 
14) Bila paper trade dia punya untung memang lumayan. Terus confident nak guna duit modal sebenar. Masa tu kerugian pulak yg lumayan. 😀 Sebab apa? Sebab paper trade xde EMOSI
 
15) Perkataan "KALAULAH" akan selalu didengari dan diungkapkan
 
16) Bila Breakout!! Tekan buy, sudahnya breakdown your heart. Slalu kena fake breakout. Di dunia ni, kepalsuan ada dimana-mana
 
17) Niat nak sambut lantai / dasar, tangkap pisau. Biasanya akan terluka. When u think its already deep, it will go deeper, when u think its already deeper, it go deepest. Tapi bila tak sambut elok je rebouce.
 
18) Dapat menyedari bahawa diri seorang pemberat. Kisah pemberat :
 
Bila tgh hold kaunter, tapi kaunter tak gerak. Kejung situ je. Masa tu rontaan kuat perasaan dan jari jemari untuk menekan "sell" untuk jual dan keluar dari kaunter itu memandangkan kaunter-kaunter lain berjoget riang melambai-lambai. Kisah sedih bermula apabila elok je matched sell, kaunter yg kejung td berlari kencang seperti satu beban telah dilepaskan. Lalu jauh disudut hati, terbit satu soalan :
 
"Akukah pemberat itu?"
 
Tambah sedih, elok je macthed buy salah satu kaunter yg berjoget riang td, dia mula menjunam dan kemurungan. Lalu, dari sudut hati yg lebih jauh dan penuh keredhaan, terbit satu pengakuan:
 
"Ya. sesungguhnya aku memang pemberat" 😭😭

 
Ok la tu. Panjang dah. Sila sambung kalau ada nak tambah mengikut pengalaman masing-masing.
 
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth