Quarter report merupakan laporan prestasi kewangan sukuan yang akan dikeluarkan sebanyak 4 kali dalam satu tahun kewangan. Biasanya Quarter Report dikeluarkan pada bulan Feb -Mac, May-Jun, Ogos-Sept dan Nov-Dec oleh syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Ada QR yang positif, cantik resultnya, meletop-letop. Ada juga QR yang negatif. Beribu percent dia punya loss berbanding dengan QR yang sama pada tahun lalu. Dekat Malaysia ni, biasanya kalau kaunter tu dah rally sebelum keluar Quarter Report, lepas je keluar result, esoknya mesti junam. Sebab sell on news. Rally sebab rumors mengatakan QR bakal cun, terjun sebab result (news) keluar menunjukkan memang betul QR tu cun. So, junam lah kaunter tu. Cuma tak semestinya terus junam. Nanti akan naik semula. Kompeni bagus la katakan. Kalau malas nak baca dan untuk penerangan lebih mendalam, boleh juga tonton video dibawah ni ya.

Ok, kat mana nak tengok result Quarter Report ni? Boleh lawat laman web malaysiastock.biz sebagai salah satu platform untuk tengok senarai Quarter Report.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 |
Laman Web malaysiastock.biz |
|
|
Kita ambik contoh satu QR yang keluar pada hari ini 25 Noc 2020 iaitu kaunter SERNKOU:
1) Date : Tarikh QR dikeluarkan. Kita boleh jangkakan bila tarikh QR seterusnya akan dikeluarkan. Contoh QR1 pada tahun kewangan 2020 dikeluarkan pada 26 November 2019, dan QR1 untuk tahun kewangan 2021 dikeluarkan pada 25 Nov 2020. Selalunya tak lari jauh. So, Boleh la agak tarikh untuk QR2untuk tahun kewangan 2021 adalah sekitar 20 Feb 2021. Boleh la berhati-hati. Sebab lebih elok elakkan dari pegang kaunter yang nak keluar QR. Takut QR dia teruk, esoknya open gap down pulak.
2) Financial Year : Tahun kewangan untuk Quarter Report
3) Revenue : Jumlah pendapatan. 80,667 = RM80,667,000. Ada tanda bintang tu menandakan pendapatan tertinggi sepanjang zaman.
4) PBT : Profit before tax. Dalam bahasa melayu, keuntungan sebelum cukai. 8,264 = RM8,264,000
5) Net Profit: Keuntungan bersih. Ada bintang menandakan keuntungan tertinggi sepanjang zaman.
6) EPS : Earning per share (pendapatan per saham). Kiraan = Jumlah Keuntungan / Jumlah Saham yang didagangkan. Boleh baca penerangan yang lebih mendalam tentang EPS dengan KLIK DISINI.
7) Div : Dividen (jika ada)
8) NTA : Net Tangible Assets
9) QoQ : Quarter on Quarter. Perbandingan diantara Quarter Report semasa dengan Quarter Report tahun yang sebelumnya. Contoh Q1 tahun 2020 dengan Q1 2019
10) YoY : Year On Year. Perbandingan Quarter Report tahunan. Contoh antara tahun 2020 dengan 2019.
 |
Klik pada peratus % akan keluarkan ringkasan dan juga untuk download report untuk di baca |
| .
|
 |
Ringkasan dan perbandingan
|
 |
Scroll ke bawah akan jumpa report dalam bentuk file pdf. Boleh la klik untuk download dan baca laporan QR dengan lebih detail untuk melihat apa yang syarikat nak cakap. Selalunya ada tulis prospek masa depan. Tu yang menarik nak baca.
|
Ok. Cukup pasal apa yang perlu tahu tentang Quarter Report. Semoga bermanfaat.
Iklan, Jika berminat untuk pelajari
Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Alhamdulillah... Ilmu bermanfaat...Jazakallah hu khairan Cikgu
BalasPadamTerima Kasih Cikgu share ilmu ni, sangat bermanfaat utk newbie mcm saya.
BalasPadamTq sgt cikgu..newbir
BalasPadam