Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Biasanya didalam melihat kekuatan sesuatu kaunter saham dari segi fundamental, sy akan melihat kepada EPS. Syarat utama kekuatan kaunter adalah EPS mestilah positif. Mengapa begitu? Pertamanya kita kena tahu tentang Apa Itu EPS? EPS bermaksud Earning per Share atau dalam bahasa Melayunya "Pendapatan Per Saham". Contoh seorang pelabur membeli saham pada harga RM1.20 dan EPS 8 sen jadi kadar pulangan/ pendapatan adalah bersamaan dengan 8 / 120 = 6.6%. Cuma kenapa perlu positif? Sebab nama pun earning per share, untuk menjadi pendapatan nilai mestilah positif. Jika negatif bukan pendapatan tapi kerugian atau kita boleh lihat dalam quarter report akan di tulis loss (earning per share).  KLIK SINI untuk tonton video tentang kajian chart dan hubungkait dengan EPS bertajuk "Kesan EPS Kepada Pergerakan Harga Saham".

 Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Macammana nak kira EPS ni? Formula kiraan EPS adalah seperti berikut :

Earning Per Share (EPS) = Jumlah Keuntungan / Jumlah Saham yang Diniagakan

Net Profit ataupun Jumlah Keuntungan. EPS 13.78. Macammana nak kira untuk dapatkan nilai ni?

Number of Share ataupun Jumlah Saham yang diniagakan

Jadi kiraan EPS = RM 96, 861,000 / 702,980,000 = 0.137786 dibundarkan jadi 0.1378 dan oleh sebab EPS dalam sen jadi 0.1378 x 100 = 13.78 sen

Jadi secara teorinya lebih tinggi EPS lebih bagus dan kuatlah kaunter itu dari segi fundamental kerana lebih tinggi pendapatan persaham lebih tinggilah pulangan yang bakal diterima. Cuma, jangan nampak bila QR keluar nampak je EPS tinggi terus assume harga akan meroket. Kadang-kadang tak gerak pun dan kadang-kadang junam pulak? Kenapa jadi begitu? Sebab EPS kadang-kadang boleh dimanipulasikan. Oleh sbb itu, wajib untuk baca QR report. Dalam QR report mesti akan ada tunjuk kiraan EPS. Ok mcmmana EPS boleh dimanipulasikan ataupun nampak tinggi tapi sebenarnya tak tinggi :-)

IKLAN

Kita tau dua perkara utama didalam kiraan EPS adalah jumlah keuntungan dan juga jumlah saham yang diniagakan. Jadi secara teori matematiknya, EPS berkadar langsung dengan keuntungan dan berkadar songsang dengan jumlah saham yang diniagakan. Jadi kadang-kadang EPS tinggi tapi tak beri kesan pada pergerakan harga saham ataupun menjunam sebab kadang-kadang keuntungan diambilkira dengan hasil penjualan aset atau disposal aset / kilang / hasil dari tuntutan insuran dan sebagainya. Dalam masa yang sama sebenarnya jika tidak ada keuntungan ini dan semata-mata daripada operasi sediada syarikat dalam kerugian. Tapi dengan adanya hasil keuntungan yg baru itu, dari rugi jadi untung dan EPS nampak mencanak naik. Saya akan kongsikan tentang ini di dalam video tentang EPS dibawah ni. Klik untuk tonton ya. 

Bagaimana pulak dari segi jumlah saham yang diniagakan? Ya, jika syarikat ada buat "Share Buy Back" ianya akan mengurangkan jumlah saham yang diniagakan. Oleh sebab EPS berkadar songsang dengan jumlah saham yang diniagakan jadi lebih sikit jumlah saham diniagakan lebih tinggilah nilai EPSnya. Cuma ada satu masalah EPS ni, bila market / pasaran tengah lemah EPS cantik pun harga tak berapa sudi nak naik. Begitu juga jika sektornya lemah dan bearish tetap tak beri kesan sangat pada pergerakan harga saham. Jadi, kena pilih kaunter yang sektornya bullish dan juga apabila QR keluar market tengah sihat. Baru kesannya lebih besar dan jelas. Ok panjang lebar pulak karangan kali ni. Kita tengok chart la ya.

Setelah sekian lama EPS negative, tiba-tiba QR 4 Dec 20 pada 25 Feb 2021 EP positif iaitu + 8 sen. Tengok bagaimana lonjakkan harga yang terjadi pada chart di bawah

Tiba-tiba harga melantun naik. Kita tgk chart zoom in dibawah utk lebih jelas

Apabila EPS positif 8 sen pada 25 Feb 2021, harga saham terus melantun naik dari RM0.555 ke RM2.090. Kenaikkan sebanyak RM1.53 lebih kurang 300% kenaikkan. Fuh lumayan kan? Lepas tu untuk QR seterusnya EPS drop semula tapi masih positif. Cuma harga dah tak sambung naik. Satu persoalan pada chart diatas, untuk QR terakhir pada 25 Nov 2021 EPS melonjak dari 4.43 ke 13.78 tapi sebatang lemang merah dia bagi? kenapa jadi begitu? sy akan terangkan dalam video ya.

Untuk kajian kesan EPS kepada pergerakan harga saham, boleh tonton video ya. Sy akan kongsikan kajian beberapa kaunter saham untuk kita sama-sama mengkaji dan membuat kesimpulan seterusnya untuk kajian kaunter saham dimasa hadapan. Sebab itu juga, dalam video cara scan kaunter saya ada masukkan EPS sebagai salah satu daripada parameter screener. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak memberikan idea untuk kajian kaunter kepada rakan-rakan trader yang membaca penulisan ini. Disclaimer : Kaunter contoh didalam penulisan ini dan juga didalam video hanyalah semata-mata untuk tujuan contoh kajian dan pembelajaran semata-mata ya. 

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth