Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Penerangan dan Kajian Market Depth

Market depth menunjukkan bilangan queue samada di bahagian buyer ataupun seller. Kita sedia tahu, saham ni based on supply and demand. Kalau nak jual kena ada yang nak beli, begitu juga ada yang nak membeli, kena ada yang nak menjual. Biasanya di akaun cds, kita dapat lihat 5 layer market depth. Dibahagian market depth ini kita boleh lihat berapa banyak lot untuk queue belian dan juga jualan. Sebelah kiri bahagian bahagian best buy (buyer) dan sebelah kanan best sell (seller). Daripada market depth juga terdapat teori dan teknik trade saham. Cuma kena alert bahawa market depth ini boleh berubah-ubah berdasarkan tahap aktif sesuatu kaunter. Selain itu, market depth juga boleh terdedah kepada manipulasi oleh operator / sindiket. Pemahaman yang popular :

1) Jumlah lot buyer / demand (kiri) lebih besar dari jumlah lot seller / supply (kanan), potensi harga akan naik kerana berdasarkan konsep supply and demand, kalau demand banyak, supply kurang, harga akan naik. Begitu juga kalau supply banyak tapi demand kurang, harga akan turun. 

2) Cari queue lot paling besar (tebal) di kedua-dua belah. Kiri sebagai aras sokongan, kanan sebagai aras rintangan. 

Untuk pemahaman yang lebih jelas, mari kita buat kajian pada beberapa kaunter. 

Kajian kaunter No. 1

Satu screenshot pada pkl 10.20 pagi dan satu lagi pada 3.01 petang. Untuk market depth sebelah pagi, Q buyer lebih rendah dari Q seller, 25640 lot berbalas 40539 lot (secara teorinya tanda nak turun). Aras sokongan di 0.240 manakala aras rintangan di aras 0.260. Untuk market depth petang pula, situasi sudah berubah dimana Q buyer melebihi Q seller (secara teorinya tanda nak naik), 41838 berbalas 35844. Aras sokongan di 0.225 manakala aras rintangan tetap di aras 0.260. Ok, mari kita lihat gerakan pada chart pulak. Guna time frame 5 minit

Jelas dan nyata bila diterjemahkan pada chart. (Chart TF5mnt). Untuk chart daily, boleh lihat dkt bawah ni :

Chart daily Jetson.

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Kajian Kaunter No. 2

Untuk market depth sebelah pagi, Q buyer lebih rendah dari Q seller, 1642 lot berbalas 8384 lot. Jauh bezanya. Ramai yang nak jual dari beli. Maybe profit taking sebab dah naik banyak selama dua hari. So, petanda harga nak turun. Aras sokongan di 0.595 manakala aras rintangan di aras 0.630. Untuk market depth petang pula,  kita dapat lihat memang junam merah terus cuma mungkin dah bertenang dan dah sampai tapak. Q kiri lebih besar dari Q kanan. Ada potensi naik untuk rebounce / reversal.  Aras sokongan di 0.550 manakala aras rintangan di aras 0.565. Rujuk chart dibawah:

Chart TF 5mnt. Boleh nampak gerakan dan market depth punya hubungan. 

 

Chart daily Toyoven

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.

Info tambahan : Bila lihat pada CDS bahagian "Quote" boleh nampak satu item yang bertulis VWAP. Untuk makluman, VWAP juga boleh dijadikan sebagai aras support semasa sesuatu kaunter. Berguna untuk FIFO (fast in fast out). Boleh baca sini ya : https://www.tekniktrade.com/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-vwap-kegunaan-dan-teknik-trade-vwap/


Untuk market depth sebelah pagi, Q buyer lebih rendah dari Q seller, 5601 lot berbalas 7079 lot. Kalau tengok pada chart, aras resistance adalah di 0.475. Jadi dah sampai R. Lot Seller pun dah tebal. So, secara teorinya petanda harga nak turun. Aras sokongan di 0.460 manakala aras rintangan di aras 0.490. Untuk market depth petang pula,  kita dapat lihat memang junam ke aras sokongan / sambutan di 0.460. Q kiri lebih besar dari Q kanan. Ada potensi naik untuk rebounce / reversalAras sokongan di 0.460 manakala aras rintangan di aras 0.475. Harga tutup 0.470. Ngam la tu. Rujuk chart dibawah:

Nampak jelas kan dkt chart. TF5mnt. Boleh relate market depth dgn chart. Kenapa R 0.490 dan 0.475? Dan juga aras support 0.460.

Chart daily YBS

Bagaimana Queue Market Depth Boleh di Manipulasi?

Saya ada kongsikan tentang bagaimana market depth dimanipulasikan di Facebook Page, boleh KLIK SINI untuk baca. Alang-alang dah lawat FB Page sy, jemput-jemput la LIKE, FOLLOW & SHARE ya.

Semoga perkongsian dan kajian tentang market depth ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan trader yang membacanya. Jemput kongsikan juga kepada rakan-rakan trader yang lain ya. Untuk apa-apa pendapat, pandangan, perkongsian dan sebagainya, boleh tulis di ruangan komen ya. 

Belajar teknik trade saham setup entry dekat dengan tapak, jauh dengan resistance. Low risk high reward. Pembelajaran dan bimbingan berterusan dalam trading saham. Jemput sertai Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan. KLIK SINI atau pada image di bawah.

Atau boleh juga sertai sesi Personal Coaching untuk pembelajaran secara One to One. KLIK IMAGE di bawah untuk maklumat lanjut.



Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday