Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Video Untuk Yang Baru Nak Mula Trade Saham (Newbie) : Cara Mudah Analisis Chart Saham

Tahun lepas pada bulan Nov 2021 sy pernah publish satu video yang bertajuk "Cara Mudah Analisis Chart Saham". Pelajari tentang Trendline, Support dan Resistance & Trading Plan. Cuma sy rasa sy dah terlupa nak tulis penerangan tentang video tu. Oleh sebab ramai yang pm tepi menyatakan minat untuk belajar dan mula trade saham, dikesempatan ni sy terangkan tentang kandungan video tu ya. KLIK pada image di bawah untuk tonton video.

Perkara pertama didalam video adalah tentang perkara paling asas yang perlu ada kalau nak trade saham iaitu akaun CDS. Sy terangkan bagaimana nak buka akaun CDS UOB dan juga penerangan tentang platform CDS UOB. Untuk tonton penerangan yang lebih detail tentang platform CDS UOB KAY HIAN, boleh KLIK SINI untuk tonton ya. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Kedua, tentang apps UTRADE. Penerangan perkara-perkara yang perlu tahu tentang apps CDS. Cara nak tekan buy, cara nak tekan sell, add kaunter ke Favourite. Apa itu Volume, apa itu transaction, apa itu VWAP, apa itu upper limit, lower limit dan sebagainya.

Ketiga tentang platform Tradingview untuk kajian dan analisis chart secara percuma. Cara penggunaan tradingview dan cara nak scan kaunter dengan tradingview. Jika belum ada akaun dengan Tradingview, boleh daftar secara percuma dengan KLIK DISINI. Perlu ada akaun dengan Tradingview untuk save kajian dan analisis yang telah anda buat pada chart kaunter. Untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang cara penggunaan tradingview, boleh KLIK SINI dan juga cara nak scan kaunter, boleh KLIK SINI

Keempat penerangan panjang lebar tentang TRENDLINE. Apa itu trendline dan cara-cara nak lukis trendline. Screenshot mcm dkt bawah ni (lukisan tak lawa tapi penuh kasih sayang 😅): 

 

Kelima penerangan tentang teknik entry dan juga teknik exit. So, boleh belajar dekat mana best entry area dan dekat mana kena exit (sell / secure profit) atau elakkan.  

Keenam penerangan panjang lebar tentang cara-cara nak setup aras support dan resistance. Detail penerangan. Free je. Tak perlu nak keluar modal beribu ringgit hanya untuk ke kelas asas bersaham untuk belajar benda yang sama tapi penyampaian dan input yang berbeza. 

Ketujuh tentang cara-cara nak setup trading plan serta cara-cara nak trade saham. Sampai mana kita nak hold kaunter. Bila masanya kaunter swing kena jual atau secure profit dan sebagainya. 

Kelapan penerangan tentang candlestick, teknik trade dengan candlestick dan yang terakhir tentang chart pattern. 

Wow, macam-macam ada rupanya dalam video ni. Untuk pembelajaran yang seterusnya seperti tentang indicator saham, tentang risk reward ratio, teknik kajian dan analisis kaunter, fibonacci dan sebagainya, boleh KLIK SINI untuk membaca penerangan ringkas untuk setiap video yang ada. 

Semoga sedikit sebanyak, video ini dan juga video-video yang sy upload dan publish di youtube dapat memberikan manfaat kepada semua yang menonton. Kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya. Pasti ramai rakan-rakan yang berminat nak jana pendapatan tambahan dengan bersaham. Tapi, nasihat sy, pastikan bersaham dengan ilmu bukan main tembak-tembak or ikut-ikut orang or ikut kawan. 

Untuk pelajari teknik - teknik trade dengan indicator, chart pattern, candlestick pattern dan sebagainya dengan penerangan yang lengkap dari teknik penggunaan basic sehigga advanced, boleh dapatkan video - video di bawah ini ya. Klik pada image di bawah.

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penerangan dan Kajian Market Depth

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday