Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Akaun untuk loan rumah sy menggunakan pinjaman dari RHB Bank. Oleh sebab sebelum ni ada ambil moratorium jadi lama dah la tak bayar rumah. Disebabkan tempoh moratorium dah tamat, maka RHB mula membuat panggilan rindu kepada pelanggannya untuk memperingatkan tentang bayar loan rumah. Setelah mendapat panggilan, maka kisahnya pun bermula. Biasanya sy akan transfer duit dari Maybank atau CIMB ke akaun RHB untuk buat bayaran loan rumah. So, lepas dah transfer, baru akan login website RHB  Bank untuk buat bayaran. Apabila setelah beberapa lama tidak login akaun RHB, tiba-tiba masa login kena reject. So, bersangka baik, maybe password salah. Maklumlah dah lama tak login. Klik pada forgot password, dia mintak masukkan nombor kad debit. Masa nak masukkan no kad debit baru perasan kad dah expired. Jadi, bersangka baik lagi, mungkin sbb kad dah expired yg tak boleh nak login website. Jadi, pergilah ke RHB Bank Putrajaya., Presint 8. Bila sampai sana, katanya kad dah abis stock. Katanya pegawai disitu, cuba try pegi branch Bangi. Ok, oleh sebab takut abis jugak call dulu la. Kalau tak buat penat & rugi masa je ke bank. Tapi, memang mcm biasalah. Haram nak berangkat kalau call bank ni. Oleh sebab tak berangkat panggilannya, maybe bank memang tersangat sibuk melayan pelanggan. Esoknya pergi pulak ke RHB Bank Bandar Baru Bangi. Abis juga stock kad debit. Fuh mcm goreng pisang panas pulak kad debit RHB ni. So, katanya dtg semula esok, mungkin stock dah sampai. Esoknya dtg lagi, salah kad pulak. Jenis yg lain punya stok yang sampai, yg jenis Basic Akaun takde stock lagi. So, kata akak kaunter tu, dtg semula minggu depan pulak. So, seminggu kemudian dtg lagi sebab memang kena tukar kad baru boleh guna semula online bank in. Bila dah dtg, katanya kad dah ada tapi kena isi appointment guna apss QMS baru boleh tukar kad. Katanya lagi malam nanti isi appointment utk esok di apss. Tudia, best betul dapat ziarah RHB bank banyak kali. Esoknya dtg, barulah dpt kad. Huhuhu. Berikut adalah rekod mysejahtera lawatan ke RHB Bank:

Betul2 punya kisah ni, bukan sekadar rekaan :-)

 Ok kongsikan jugak la tentang apps QMS, so lepas ni sebelum ke RHB Bank register & set appointment dulu. 

QMS Appointment Apps

Klik pada "Service Providers" untuk pilih RHB Bank

Selain daripada RHB Bank, ada beberapa lagi yang menggunakan apps ini aitu ASNB, JPJ Jengka, JPJ Termerloh, Pejabat Tanah dan Galian Selangord dan TMPoint.

IKLAN

Oleh sebab kisahnya RHB Bank, maka klik RHB la. Pilih negeri, lepas tu pilih branch. Lepas klik pada branch, akan keluar tarikh dan masa yang kita nak pergi bank. Dah pilih tarikh dan masa klik ok. Selesai. Baru boleh berurusan selepas dah set appointment. Tak payah nak ambik nombor dah lepas ni. Untuk penerangan lengkap tentang apps QMS ni, boleh baca entry ni ya : "Cara Dapatkan Queue Ticket Untuk Berurusan Dengan RHB Bank, TMpoint dan ASNB"

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Ok, bila dah siap kad, episod seterusnya pulak bermula. Login RHB punya website. Tapi, website pun bengong jugak.Boleh tonton video dibawah (klik play).Tak boleh-boleh nak klik pangkah dia punya popup, rupanya kena klik popup yang ditengah. Bagi yg belum boleh faham, popup tu 3 serangkai, klik pangkah yg nombor dua. Bukan tunggu sampai abis. Pening gini. 

Bila tekan forgot password. Kena masuk nombor kad debit dan pin. 

Lepas masukkan Debit Card No. dan PIN, keluar pulak error ni. 

Dia suruh call nombor 603-92068118. Fuh, punya la bz nombor tu. Call sampai 17 kali, tunggu mesin jawab 5 - 8 mnt, sudahnya masuk voicemail. Dari petang call, sampai ke malam, baru dpt nak bercakap. Klik play untuk tengok rekod panggilan 17 kali.

Tengok video ni, sampai 17 kali call. Ok, hasil daripada soal jawab di telefon maka masalah tak boleh login pun boleh diselesaikan. Apakah sebab tak boleh login website RHB? Sebab dah lama tak login. Katanya kalau lebih dari 6 bulan akaun akan dinyahaktifkan, untuk aktifkan kembali kena lawat semula website RHB Bank, klik pada Re-Registration. Masukkan nombor kad debit dan pin. Kemudian kena masukkan username (kombinasi nombor dan huruf sahaja), password (kombinasi nombor dan huruf) dan juga secretword (tak lebih dari 10 aksara - huruf shj atau huruf dan nombor). Kemudian kena pilih dan jawab 3 soalan. Lepas siap. Baru boleh login macam sediakala.


 Fuh panjang betul kisahnya. Dapatlah disimpulkan seperti berikut:

1) Nak reset password untuk online banking RHB Bank, kena masukkan nombor kad debit dan pin. Kalau kad dah expired pergi tukar kad yang baru then baru boleh reset password. 

2) RHB Bank kalau nak call branch punya nombor phone memang haram dia nak jawab. Tapi rasanya bank lain pun sama sebab sebelum ni call Cimb & Maybank pun tak berjawab. Jadi kesimpulannya bekerja di bank memang sangat sibuk dan sangat sukar untk meluangkan masa menjawab telefon dari customer. Tapi kalau customer lupa bayar loan, laju pulak di menelepon. 

3) Nak pergi berurusan dengan RHB Bank kena set appointment di apps QMS dulu

4) Nak call nombor hotline RHB memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi dan dah macam main tikam Damacai, tikam no 17 baru kena. Modal banyak kena bayar utk dengar mesin operator jawab dan mendengar iklan. Tapi sudahnya masuk voice mail. 

5) Kalau dah lama tak login akaun RHB Online, kena Re-Registration semula. 

Ok begitulah kisahnya. Diharap pihak RHB dapat sedikit sebanyak memperbaiki dan menaikkan taraf perkhidmatan sediada.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth