Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Kisah Tentang Perkhidmatan Lori Sewa

Baru-baru ni ada rakan yang bertanyakan sy tentang kalau-kalau sy boleh rekomen perkhidmatan lori sewa yang boleh dipercayai kerana dah banyak kali terkena katanya. Sy tak sure kalau skrg ni pun masih lagi sama perangai lori sewa ni sbb sy pun ada beberapa pengalaman dengan perkhidmatan lori sewa ni. Cuma last skali sy guna lori sewa untuk pindah rumah memang berpuas hati mungkin kerana syarikat yg sy gunakan ada nama besar dan mempunyai rekod yang bagus. Tapi, alang-alang tu boleh la juga sy kongsikan pengalaman sewa lori di sini. 

Pengalaman pertama masa bujang2 dula la sy pindah rumah dari Serdang, Selangor ke Seri Kembangan, Selangor. Apartment (sewa) ke apartment (beli). Dekat je pun sebenarnya. Lebih kurang 5km. Tengok dekat tiang lampu penuh dengan iklan lori sewa. Dekat peti surat pun sama, ada je tampalan iklan lori sewa. Jadi call la beberapa, tp beberapa tu rasanya lebih 10 nombor jugak dan yang paling menarik 6 nombor adalah org yang sama. Hahaha. Siap kena marah sebab call banyak kali. Mana sy tau org yg sama. Kita sebagai pelanggan mesti kena dapatkan beberapa sebut harga untuk dibandingkan. Search juga di internet. Kemudian pilih la satu sebab memang nak guna utk pindah. Daripada sebut harga sebenarnya harga tak lari jauh. beza RM10 - RM30. Dah pilih saiz lori 3 tan dan 2 org pekerja. Kena bayar deposit pulak tu utk confirmation. Ya, pasal deposit takde masalah. Bagitau jugak rumah depan lif dan nak pindah pun depan lif. Ok, tiba hari kejadian. Janji pun 12tgh ari, dia tunda pukul 3pm sbb katanya ada kerja belum siap. Dah sampai pukul 3pm, tunda lagi ke pukul 5pm. Sampai je rumah, tengok dia bawah lori 5 tan, katanya lori 3 tan xde yg available sambil dengan sinisnya berkata "tambah la duit sikit, tengok u punya barang pun banyak". Padahal mana ada banyak barang pun, kotak je semua pun. Org bujang la katakan. Lepas tu tgk dia bawak 3 org pekerja. Tanya lagi, kenapa 3 org pekerja jawabnya, tadi ada kerja tempat lain lepas abis kerja terus ke sini. Then katanya lagi "ala, nanti bayar la sikit upah". Fuh, macam bertambah-tambah nak kena bayar. Hebat permainan mereka. Moralnya disini, jangan call je utk deal, send SMS or whatsapp. Senang ada rekod. Screenshot jugak perbualan tu sbb dia boleh delete :-)

Pengalaman kedua, pindah ofis dari Damansara Height ke Taman Melawati. Ofis di Damansara Height ada lif. Ofis di Melawati tingkat 1 xde lif. Kali ni order online. Isi borang online, pilih lori & bilangan pekerja 2 orang then dapat la satu harga. Hari kejadian, bila sampai tengok barang banyak. Katanya tak cukup seorang pekerja. Tiba-tiba jadi seorang pulak bukan order 2 org ke? Jawabnya 2 org termasuk driver tapi driver tak angkat barang. Dem. Kena game. Kemudian katanya, tambah la lagi seorg nanti dia call suruh datang. Malas nak layan, kira ok la tambah sorg lagi. Bila dah siap turun masuk lori, katanya barang berat. Tambah la upah sikit tapi jangan call dia punya bos. Kali ni malas dah nak layan. Cakap mana boleh gitu. Then pemandu lori tanya, ofis di Melawati ada lif tak. Bila cakap takde, dia cakap kalau takde lif kena tambah bayaran upah. Masa order takde pulak dalam form tu tanya pasal lif atau ada bayaran tambahan utk tempat yang xde lif. (Salah sistem dia la tu. Utk baru-baru ni sy order lori sewa, memang lengkap semua. Ada tanya pindah tingkat berapa. Ada lif tak. Kalau takde ada caj tambahan per tingkat + upah pekerja tambahan. Baru betul gitu). Ok sambung, bila dia tau xde lif dah mula drama lain pulak. Driver buat-buat call bos. Then cakap bos mintak bayaran double. Kalau tak nak bayar lori tak boleh gerak. Ataupun diaorg punggah barang semua turun lori letak atas jalan. Fuh main ugut pulak. Akhirnya, terpaksa jugak la bayar. Hebat kan permainan?

Jadi, kena berhati-hati la. Rekod semua perbualan, semua perbincangan dan pastikan cakap pada penyedia lori sewa sebarang bayaran selain yang dipersetujui tak akan dilayan. Ambil gambar lori, no plat lori, nama syarikat di pintu pemandu, nama syarikat di bahagian badan lori, screenshot semua perbualan di sms atau whatsapp. Mudah nanti untuk repot polis kalau rasa ditipu atau sekurang-kurangnya boleh diviralkan di media sosial jika ada apa-apa masalah. Lebih mudah sewa dengan perkhidmatan lori sewa yang mempunyai sistem sewaan online lengkap dengan perjanjian sewaan dan juga letter head yang boleh didownload. Nanti ada yang ckp, bukan semua perkhidmatan lori sewa mampu buat semua tu. Tak semua yang banyak duit nak bina sistem online. Ya, betul la tu. Cuma kena jujur la dalam berniaga dan bina kredibiliti yang bagus. Biar ramai yang bagi review positif. At least create la satu akaun Facebook Page. Free je. Dkt situ pelangan boleh review dan rekomen jika berpuas hati. Ok la. Panjang pulak. Asalnya ada kawan tanya je pasal perkhidmatan lori sewa. Hahaha..terus terimbau kisah lalu. 

Sekali sekala entry penulisan yang tiada kaitan dengan saham tapi berkaitan dengan kehidupan seharian.

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth