Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Teknik Kaji dan Analisis Chart Saham - Langkah Demi Langkah

Salah Satu Teknik Kaji dan Analisis Kaunter Saham (bacaan panjang dan memerlukan masa utk dihadamkan 😅🤭, semoga ramailah rakan-rakan trader yg rajin membaca)

Jemput LIKE Facebook Page saya ya : 

 

1) Scan kaunter di website Tradingview. Plg mudah scan kaunter closed price cross up EMA50 / EMA200. Sebab apa? Sebab jika candle cross up EMA50 / 200 kaunter tersebut mempunyai kekuatan bullish yg kuat. Jika kaunter downtrend pun, ianya akan temporary bullish sebelum sambung turun.


Cara scan kaunter cross up EM50 boleh baca sini :

Juga boleh tonton video (klik play) : 
 

2) Bila dah keluar result dr screener, kalau rajin boleh la kaji setiap kaunter yg ada. Mulakan dengan buka chart daily yg kosong. Tanpa indicator. Cuma kalau nak letak boleh letak EMA50. Bila chart kosong yg hanya ada candle dan volume shj, kita boleh lihat pembentukan candle dan chart pattern dengan lebih jelas.

3) Mulakan dengan tarik garisan trendline utk melihat trend semasa chart. Untuk momentum kenaikkan yang kuat, pastikan chart sedang uptrend. Atau baru bertukar trend dari menurun kepada menaik. Elakkan kaunter yg sedang downtrend. 

IKLAN


Cara lukis trendline, boleh tengok video sini (klik play) :  
 

Dan boleh baca sini :

4) Lukiskan chart pattern supaya boleh nampak lebih jelas hala tuju dan potensi chart. Utk belajar tentang chart pattern, boleh baca sini :



5) Untuk melihat halatuju yang lebih jelas, biasanya sy akan lihat chart weekly dan monthly juga. Lihat juga candle pattern yang terbetuk. Untuk baca tentang lebih kurang 72 candle pattern kalau sy tak silap boleh baca sini : http://www.tradercorner.my/2018/08/26/teknik-trade-dengan-candlestick/

6) Kemudian tentukan aras rintangan dan sokongan untuk menyediakan "Trading Plan". Trading plan mestilah lengkap dengan aras sokongan, aras rintangan, aras cut loss, aras target dan aras entry.

 
Video tentang kajian chart untuk aras sokongan dan rintangan di Time Frame berbeza boleh tonton video ini (klik play) :
 


7) Bila dah siap trading plan, garisan trendline dan garisan chart pattern, barulah cari entry dan sigal belian dengan mengguna indicator. Indicator digunakan sebagai bantuan untuk menjadi petunjuk kepada kekuatan signal belian dan jualan juga sebagai alat untuk membina keyakinan kepada kita. Jangan guna terlalu banyak indicator, cukup 3 ata 4 sahaja. Boleh baca tentang indicator dan kumpulan indicator disini :


Juga boleh tonton video tentang beberapa indicator disini (klik play untuk tonton):

Teknik Trade Dengan Indicator MACD :  
 

 Teknik Trade Dengan Relative Strength Index (RSI) :
 

Teknik Trade Dengan Indicator Bollinger Band (BB) :  
 
 

Teknik Trade Dengan Indicator Parabolic SAR :

Semoga bermanfaat. Dan SHARE la pada rakan-rakan trader yang lain. Terima kasih.
 

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth