Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Indicator Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)

Rasanya ramai yang jarang guna indicator Ichimoku Kinko Hyo ini sebab bila lihat memang agak berserabut akan tetapi jika faham tentang cara penggunaannya memang pasti akan gunakan setiap kali membuka dan menganalisis chart sesuatu kaunter saham. Selain saham, apa-apa chart seperti oil, fcpo dan forex juga boleh gunakan indicator ini. Percuma je indicator ni. Ichimoku Kinko Hyo ini adalah indicator dibawah kategori trend indicator. Jadi sebenarnya kita dapat melihat trend sesuatu kaunter menggunakan indicator ini. Nama pun dah nama Jepun, jadi asalnya dari Jepun la. Ianya merupakan satu indicator yang versatil dimana kita boleh tentukan aras sokongan dan rintangan yang kuat, melihat momentum harga, dan juga trading signal iaitu buy signal ataupun sell signal. Ianya juga dikenali sebagai Ichimoku Cloud kerana ada pattern awan pada indicator ini. Jadi, Ichimoku Cloud ini dapatlah diterjemahkan sebagai "one look equilibrium chart". Dengan sekilas pandang, trader dapat lihat potensi keseluruhan sesuatu kaunter. 

Inilah bentuk indicator Ichimoku Kinko Hyo. Serabut kan nampak?Sebenarnya jika dapat memahami setiap komponen pada indicator ini, trader akan rasa lebih mudah untuk menggunakan indicator ini. Mari kita lihat satu persatu komponen indicator ini. 

Kita pisahkan awan dengan garisan. Untuk awan, ada dua wana. Satu warna hijau (bullish cloud) dan satu warna merah (bearish cloud).  Awan ichimoku ini juga bertindak sebagai aras sokongan dan juga aras rintangan. Candle diatas awan, kemudian bocor awan akan terus junam kebawah kerana bocor aras sokongan awan. Begitu juga apabila candle dibawah awan kemudian naik ke atas awan, akan terus naik kerana berjaya memecahkan aras rintangan awan. Ada 3 petunjuk daripada awan ichimoku ini iaitu :

 1) Harga / candle diatas awan = bullish trend

2) Harga / candle didalam awan = sideway /flat trend

3) Harga / candle di bawah awan =  bearish trend

Awan ichimoku bergerak 26 hari lebih awal ke hadapan, jadi kita boleh lihat future support & resistance. Hmm.. boleh nampak masa depan gitu :-)

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Daripada rajah diatas, kita boleh lihat ada 2 trend yang berbeza, strong trend dan weak trend berdasarkan bentuk awan. Jadi senang nak swing kaunter kalau boleh faham. 

Untuk garisan pula, ada 3 bahagian iaitu Chikou (Lagging), Kijun (Based Line) dan Tenkan (Conversion Line). Kenapa ada dua nama? Sebab asalnya nama Jepun, tapi bila buka dekat TradingView ataupun di platform lain, ianya telah di Englishkan. Ok apa fungsi garisan-garisan ini?

1) Chikou (Lagging) Span adalah garisan momentum gauge.

2) Kijun (Based line) adalah harga dasar / lantai. Untuk signal belian, harga cross up kijun  =  buy signal.  Kijun boleh dijadikan sebagai aras sokongan dan rintangan yang kuat. Jika harga diatas kijun, kijun adalah aras sokongan, manakala jika harga di bawah kijun, kijun adalah aras rintangan.

3) Tenkan (Conversion line). Untuk signal belian, Harga berada di atas tenkan dan tenkan cross up kijun = buy signal.

Chart diatas sy tunjukkan signal yang boleh kita lihat. Lihat di sebelah kanan, ada cubaan untuk harga naik ke atas semula kerana masih diatas awan hijau. Tapi, line chikou sudah jauh dibawah candle dan juga sudah bocor awan. Mari kita lihat apa terjadi seterusnya.

Harga terus jatuh. Menarikkan Indicator Ichimoku Kinko Hyo ni?

Kitaran pergerakan candle dan awan ichimoku adalah hampir sama untuk semua kaunter saham, jadi jika dapat memahami indicator ini dengan lebih mendalam, pasti akan lebih memudahkan para trader untuk berdagang saham dan menjana keuntungan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dan pemahaman tentang indicator ichimoku cloud. Semoga bermanfaat dan selamat berdagang. Jika berminat untuk belajar dan mantapkan ilmu tentang Teknik Trade Dengan Indicator Ichimoku Kinko Hyo, boleh subscibe video di bawah ini ya :


 Anda akan terima access untuk dua video di bawah ini:

Banyak kan boleh belajar? Hebat indicator ni. Jemput la subscribe video untuk tonton dan belajar tentang indicator Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud). Satu lagi video, boleh tonton dan belajar tentang Chart Pattern Based on Ichimoku Cloud.


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth