Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Kajian Teknik Trade Kaunter IPO

Sekarang ni banyak kaunter IPO yang dilahirkan di Bursa Malaysia. Apa itu IPO? IPO bermaksud Initial Public Offering. Kiranya sebelum sesuatu kaunter masuk ke dalam Bursa Malaysia, ia akan menawarkan pelabur untuk membeli IPO. Jadi ramai juga yang berminat membeli IPO sebelum di buka untuk didagangkan di Bursa Malaysia. Untuk ketahui lebih lanjut tentang IPO, boleh la google sendiri ya :-) Tapi saya tak pernah sekalipun beli IPO. Sebab apa? Sebab sy lebih minat kaunter yang dah ada chart. Jadi, bila sudah didagangkan di Bursa Malaysia, apakah teknik trade yang sesuai? adakah terus beli dihari pertama didagangkan ataupun tunggu bertenang dulu? Kalau nak beli di hari pertama, biasanya trader fifo (fast in fast out) sahaja. (KLIK SINI untuk baca tentang FIFO).  

 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Untuk trade, biasanya guna chart 30 saat, 1 minit dan 5 mnt. Contoh kaunter IPO terkini iaitu CTOS. Berikut adalah chart time frame 5 minit. (KLIK SINI untuk baca tentang time frame). 

Macam ni la bentuk chart TF 1mnt CTOS pada hari pertama didagangkan di Bursa Malaysia. Sekurang-kurangnya ada 4 kali peluang untuk FIFO.

IKLAN

Ada banyak teknik trade diluar sana sebab ramai sifu-sifu yang hebat-hebat cuma sebagai seorang trader marhaen saya kongsikan satu teknik yang biasa saya gunakan untuk trade kaunter IPO. Semoga bermanfaat dan kongsikan dengan rakan-rakan trader yang lain. Simple je tekniknya. Yang penting faham dan konsisten boleh profit dan ambil peluang yang terbentang. 

Candle pada hari dagangan pertama. Tak kisah merah atau hijau. Biasanya akan ada sumbu atas dan bawah. Jadikan sumbu atas sebagai aras rintangan manakala sumbu di bawah sebagai aras sokongan. KLIK SINI untuk baca tentang kajian aras rintangan dan sokongan candlestick. Jika aras sokongan bocor, maka tunggu candle kembali membuat pusingan menguji aras sokongan yang bocor tadi. Aras ini akan menjadi aras rintangan. Jika berjaya dipecahkan, maka bolehlah entry. Jadikan aras yang dipecahkan tadi sebagai aras RBS (resistance become support). Jika harga berlegar-legar didalam aras tertinggi dan aras terendah (sideway), maka tunggu aras tertinggi dipecahkan untuk entry. Aras target adalah ketinggian candle semasa dilahirkan. Pada kajian saya, biasanya jika aras target ini dipecahkan dan candle berjaya bertahan daripada bocor, barulah harga akan meneruskan kenaikkan. Jika bocor atau reject. harga akan kembali turun. Payah nak faham bila baca teori ni. Marilah kita tengok chart kaunter IPO baru lebih jelas pandangan mata.

MRDIY. Selepas dilahirkan, candle berlegar-legar didalam range candle hari pertama. Candle hari kelapan baru breakout then menuju aras target. Kemudia merah dan menguji aras target sebelum meneruskan kenaikkan.

AME. Sampai target kemudia bocor. Terus junam ke harga terendah di hari lahir. Boleh nampak peluang entry disitu apabila candle kembali pusing dan naik ke atas aras terendah di hari lahir. Seterusnya memecahkan aras tertinggi di hari lahir dan aras target dan terus meroket ke atas. Memang boleh kaya dengan saham kalau pandai cari peluang.

ANEKA. Lahir-lahir lemang merah sebatang dia bagi. Tak payah explain la ye. Dah boleh nampak. Lemah kaunter ni. Ngam sampai aras tertinggi di hari lahir je je terus koma. 

Boleh juga tonton video ini untuk penerangan lebih mendalam tentang Teknik Trade Kaunter IPO ya :

OVH. Ngam sampai aras target then terus koma sampai ke hari ini. Maka terbuktilah teori saya tadi. Jika berjaya breakout aras target dan tidak bocor baru ada kekuatan nak sambung naik.

PEKAT. Ini kaunter baru lahir. Nampak tak nak entry dekat mana?

RAMSSOL. Sama jugak. Baru lahir. Test harga terendah kemudian terus mendaki cari harga tertinggi dihari lahir. Jadi boleh nampak dah dekat chart aras sokongan dan rintangan semasa kan?

SAMAIDEN. Jelas dan nyata seperti teori teknik trade di atas.

SLVEST pun sama. Ngam sampai aras target then junam. Ambil masa bertenang 2 bulan baru sambung jalan.

SPRING. Special sikit kaunter ni. Lahir-lahir mendoji. So, range tak besar dan macam kurang menarik minat para trader. Terus koma lepas tu. Ambil masa setahun jugak la untuk memecahkan aras tertinggi di hari lahir sebelum membuat ketuman ke atas.

TCS. Sama macam ANEKA. Lahir-lahir terus makan lemang merah. Cuma boleh nampak dekat mana nak entry kan? Cuma lemah jugak kaunter ni. Aras target pun tak sampai terus sambung tido.

TELADAN. Mematuhi teori teknik trade kaunter IPO. Sesuai dengan namanya. Boleh dijadikan TELADAN :-)

Ok, cukuplah contoh-contoh chart kaunter IPO. Boleh nampak kan? Lebih kurang sama je semua. Mengikut konsep, teori dan teknik trade. Lepas ni kajian pasal sektor mana pulak IPOnya mempunyai kekuatan untuk meroket, mendaki dan mengetum selepas dilahirkan. Stay tune. Semoga penulisan dan perkongsian ini bermanfaat dan silalah kongsikan kajian ini dengan rakan-rakan trader yg lain ya. 

Jika berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam Teknik Trade Dengan Candlestick dan Candlestick Pattern serta Teknik Trade Kaunter IPO Yang Menguntungkan. Boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu di bawah ini ya:


 (Disclaimer : Teknik trade kaunter IPO ini sekadar teori, kajian, pemerhatian dan pembelajaran semata-mata-mata. Chart kaunter-kaunter contoh pun digunakan sebagai contoh je. Nama pun contoh :-), Sila buat kajian yang lebih mendalam untuk lebih memahami ya. Trade at your own risk. When it comes to your money, only trust one person : YOURSELF). 

Berikut adalah senarai IPO yang baru didagangkan di Bursa Malaysia kurang dari setahun.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth