Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Episod 3 : Kajian Candlestick : Reference Candle

Untuk kajian candlestick seterusnya, kita akan berkenalan pula dengan candle yang dikenali sebagai "Reference Candle" atau dalam bahasa melayu candle panduan atau candle rujukan.Sebagai seorang trader, kita perlu untuk berkenalan dan berkawan dengan candle ini kerana ia mampu menunjukkan kepada kita jalan dan panduan dalam melihat arah tuju sesuatu kaunter saham. 

Apakah ciri-ciri yang terdapat pada reference candle ini? Reference candle (RC) adalah candle hijau yang jika dilihat dalam purata saiz candle berhampiran, candle hijau ini yang paling besar dan menonjol. Ianya mewakili pengaruh dan kekuatan bullish. Selagi candle ini dapat dipertahankan, harga akan berada dijalan yang benar untuk terus bergerak ke atas. Jika candle ini dinodai dan ternoda akibat tertewas dengan candle merah, maka, kekuatan bullish diambilalih oleh bearish. Tulis panjang-panjang payah nak terangkan, better tgk gambar lebih mudah. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Contoh reference candle. Biasakan trade kaunter uptrend ya sbb kaunter uptrend yang paling mudah nak profit. Dalam contoh ini terdapat 4 reference candle. Dapat kita lihat candle tidak bocor body reference candle dan setiap kali breakout aras tertinggi reference candle (jadikan resistance), harga akan sambung naik ke atas. Kemudian, aras tertinggi dijadikan sebagai aras RBS (resistance become support). Lihat pada candle marubozu di puncak, biasanya itu petunjuk akhir kenaikkan sebelum membuat pembetulan harga / retracement. Pemerhatian tambahan, volume juga tidak terlalu besar. Jadi tidak menyokong kekuatan marubozu. Boleh BACA SINI juga. Apa terjadi seterusnya?

Ya harga jatuh bermula apabila aras tertinggi candle marubozu (reference candle #4) tidak berjaya dipertahankan. Kemudian aras terendah reference candle #4 juga tertewas dan dibocori. Jadi aras support seterusnya adalah aras terendah reference candle #3. Dapat kita lihat, harga rebounce disitu dan bertahan dari bocor. Jadi bullish masih menguasai. Kemudian harga kembali menguji reference candle #4 dan berjaya memecahkan aras tertinggi RC #4. Seterusnya akan menghasilkan reference candle yang baru sehinggalah bearish candle menewaskan bullish candle. Biasanya dengan candle merah yang besar juga dan menewaskan beberapa bullish RC. 

Satu lagi contoh. Berhati-hati dengan candle marubozu yang sangat besar kerana berdasarkan kajian dan pemerhatian sy, memang harga payah nak bergerak dan berkesudahan dengan pergerakkan sideway diidalam range body marubozu candle. Nampak mcm menarik tentang reference candle ni kan? Cuma macam biasa, kena rajin berlatih dan mengkaji barulah akan lebih memahami. Selamat mengkaji. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jemput share dengan rakan-rakan trader yang lain. Jemput juga follow blog ini ya. Terima kasih. 

Untuk lebih pemahaman tentang reference candle / candle peneraju / dominant candle, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Teknik Trade Dengan Candlestick dan Candlestik Pattern (Basic to Advanced) serta Teknik Trade Kaunter IPO yang Menguntung Menggunakan Reference Candle di bawah ini ya :


Lain-lain entry tentang candlestick :

Episod 1 - Kajian Candlestick : Penting Untuk Difahami

https://tradermarhaen.blogspot.com/2021/06/episod-1-kajian-candlestick-penting.html

The Original Eight Candlestick : 

https://tradermarhaen.blogspot.com/2021/07/the-original-eight-candlestick.html

Episode 2 - Kajian Candlestick : San-Ku Triple Gap Pattern

https://tradermarhaen.blogspot.com/2021/07/episod-2-kajian-candlestick-san-ku.html

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Trade Saham FIFO dan Intraday