Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Trade Saham Dengan Phone Guna ChartGenie UOB

Bolehkah trade saham guna phone? Ya, boleh dengan menggunakan ChartGenie dari Apps Utrade CDS UOB. Ada apa dengan ChartGenie UOB? Chart Genie UOB ni setiap masa akan update signal samada signal belian atau jualan. So, kita cari yang da signal belian. Payah nak explain dengan karangan better dengan gambar :-) 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Buka Apps UTRADE CDS UOB di telefon pintar rakan trader sekalian. Klik pada ChartGenie.

Kemudian, akan muncul page macam ni. Ada banyak kaunter dan signal lalu lalang beserta dengan signal. Hijau bullish, merah bearish. Setiap saat akan diupdate. Cuma semasa trading hour /session la. Kalau lepas pkl 5ptg mmg kejung je la. Sy kongsikan di sini, trade guna phone. So, semestinya semasa trading session sedang berlangsung. Contoh, nampak CAELY, signal "Volume Increase and Price Breakout". Jadi, klik pada CAELY akan keluar chart seperti dibawah.

Bila click Caely, terus keluar chart macam ni. Siap lengkap dah dengan support dan resistance. Dua reistance terus dia kasi. Cuma screenshot ni sy ambil lepas market tutup :-). Jadi, signal tadi tu yg tulis "Resistance Breakout" pada harga 0.430. Harga ditutup pada aras resistance 1 (0.455). Chart boleh letak indicator juga. 

Ambik lagi satu contoh. Yang ni pilih LUXCHEM. Signal keluar pukul 3.44pm. Signal tulis kat situ " Resistance = Breakout with High Volume". Terus tekan pada nama LUXCHEM nanti akan keluar chart macam kat bawah.

Sama jugak. Sy screenshot lepas market tutup. So, pada chart kita boleh nampak signal tadi tu pada aras 0.770. Ada tulis "Resistance Breakout". Jadi boleh la EP di 0.775. Support kat dlm chart tulis 0.725 (macam jauh, so, boleh la set sendiri. selalunya sy set 1 set turun dari aras breakout resistance (RBS), cut je dulu). Resistance 1 di 0.835 dan Resistance 2 di 0.910. Harga ditutup pada 0.805. Jadi masih ada baki 3.6% untuk sampai ke aras Resistance 1 dan 10% ke support. Kalau nak masuk next trading day la. Kalau ikutkan Risk > Reward. Tak bagus. Cuma kalau minat nak masuk, tunggu dkt 0.735 kalau dia nak turun dulu ataupun tunggu pecah R 0.835 then jadikan RBS. EP 0.840. Target 0.910. Macam ni barulah bagus. Reward > Risk. Boleh faham kan? Tak faham, komen je kat bawah bgtau celah mana yg tak faham ya :-)

Kalau nak tengok time frame lebih kecik pun boleh. Klik je pada chart, nanti keluar mcm ni kat bawah. Pilih "Period". Kemudian boleh la pilih nak tgk chart time frame yang mana. Ada Tick Chart, ada Time Frame 1 minit, 5 minit, 10 minit, 15mnt. 30mnt, 1 jam, daily, weekly dan monthly. Semua pun boleh tengok. Guna phone je. Live data pulak tu. Tak delay. Untuk pembacaan tentang time frame, boleh juga baca dengan KLIK DISINI. Sy ada tulis sebelum ni tentang time frame.

Kalau nak lukis trendline ataupun garisan support & resistance sendiri, boleh klik pada "Drawing". Nanti boleh pilih drawing tools yang ada. Nak tarik garisan fibonachi pun boleh. Then, kalau nak masukkan indicator, scroll ke kanan then pilih "Indicator". Macam-macam indicator boleh pilih. Ni semua indicator yang ada "Accumulation / Distribution, ADX, ATR, Bollinger Band, CCI, CMF, Force Index, GMMA, Ichimoku cloud, Moving Average (MA1, MA2, MA3 - so boleh masukkan 3 moving average untuk signal belian / jualan yang lebih jelas), MA Envelope, MFI, Momentum, On Balance Volume, Parabolic Stop and Reversal (SAR), Pivot Point, Rate of Change, RSI, RSI Smoothed, Stochastic, Volume, Volume MA, William %R dan 52 Week High Low (klik ni terus kelur garisan di chart aras 52WH & 52WL. Menarik kan? Banyak sungguh indicator. Cuma buka guna phone tak boleh la letak banyak-banyak indicator. Tapi, ChartGenie juga boleh buka di PC / LAPTOP / TAB. Kalau nak tengok lebih besar la. Boleh baca dengan KLIK DISINI

Menarik kan UOB ChartGenie ni? Barulah senang nak trade guna phone. Kalau minat nak buka akaun CDS UOB dengan sy, boleh la whatsapp / telegram no tel ni ya : 011-13133281. Kalau duduk dekat dengan Putrajaya, boleh la jumpa isi borang sambil layan teh tarik. Kalau tinggal jauh, nanti sy guide macamana nak buka. Tinggal kat mana-mana pun boleh buka akaun CDS UOB dengan sy. Dari Sabah & Sarawak pun ramai dah buka. Nanti contact sy ya kalau minta nak buka akaun CDS UOB. Boleh juga tonton video dibawah untuk cara buka akun cds UOB, kelebihan platform cds UOB dan cara penggunaan chart Genie UOB. Semoga bermanfaat. 

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth