Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

TA Market Screener Bursa Station

Bursa Station (BS) merupakan software yang digunakan oleh trader saham untuk mengkaji kaunter dan juga untuk digunakan live trade setiap hari. Ini kerana data di Bursa Station memang sync dengan CDS Platform, cuma lebih menarik dan banyak feature berbanding dengan CDS Patform.. Cuma Bursa Station ni software berbayar. Boleh bayar untuk 6 bulan atau setahun. Harga dalam RM600++ untuk 6 bulan dan RM1000++ untuk setahun termasuk service tax 6%. So, lebih kurang dalam RM100 je la sebulan. Tapi, oleh sebab ada 2 pilihan je iaitu subscribe 6 bulan or 1 tahun tu yang rasa berat sikit. Cuma, kalau full time trader memang berbaloi la pakai BS ni. Sy pun dah lama guna BS ni, so memang sangat familiar dan juga rasa mudah nak guna. So, sy akan kongsikan beberapa artikel tentang Bursa Station dari semasa ke semasa. Sebab kalau search dkt internet, google / yahoo / bing mmg payah nak jumpa tentang Cara-Cara Penggunaan Bursa Station, Tutorial Bursa Station, Panduan Bursa Station, Langkah-Langkah Penggunaan Bursa Station & macam2 keyword yang berkenaan. Semoga bermanfaat kepada pengguna dan bakal pengguna Bursa Station ya. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Sy ada publish video tutorial lengkap penggunaan Bursa Station di Youtube. Tapi jika nak tonton kena subscibe "Basic Membership". Hanya RM80 sahaja. Selain boleh tonton video tutorial penggunaan Bursa Station, boleh juga tonton video-video review dan analisis kaunter saham. Selain itu, boleh join perbincangan, pembelajaran, kajian, analisis dan sembang santai saham di bahagian Community. Memang berbaloi kan? KLIK SINI untuk penerangan lanjut.

Kali ni sy kongsikan tentang TA Market Screener di Bursa Station. TA merujuk kepada Technical Analysis. So, guna ni senang jugak la nak pilih dan shortlist kaunter yang berpotensi profit. Ok jom kita tengok apa yang ada di TA Market Screener ni.

Ok shortcut nampak ada tulis CHANNEL dekat bar bawah help tu kasi tekan. Or satu lagi tekan File - Channel - Bursa - TA Market Screener. Ceh sama je la. Ok. Ada banyak pilihan kan? Cuma sy akan kongsikan apa yang selalu sy tengok je la ya. Apa yang selalu sy tengok, semua yang bergaris biru tu.   

Bila klik pada PRICE ada 4 pilihan. Kalau nak pilih kaunter yang tengah ada strong momentum, boleh klik pada New 52 Week High. Masukkan semua dalam portfolio (kalau tak tau mcmmana nak create portfolio, nanti sy tulis entry lain ya). Setiap hari tgk bahagian 52 Week High ni & masukkan dlm Portfolio, sbb secara teorinya, kaunter yang break 52 Week High, akan terus membuat kenaikkan mencari / mencipta high yang baru. Cuma kadang-kadang akan retrace dulu. Sebab tu kumpul dalam portfolio untuk watchlist. Kalau minat nak sambut tapak, boleh tengok New 52 Week Low. Sbb kadang-kadang ada kaunter yang rebounce di 52 week low untuk membentuk pattern double / tripple bottom. Ataupun sedang membentuk head untuk pattern inverse head & shoulder.
Parabolic SAR dimana SAR bermaksud Stop and Reversal. Parabolic tu bermaksud dot diatas atau dibawah candle. Jadi, pilih Bearish Parabolic SAR Reversal? Kenapa pilih bearish? sebab maksudnya Stop Brearish and Reversal to Bullish. Dalam list ni nanti akan tunjukkan kaunter-kaunter yang baru muncul 1 or 2 green dot. Secara teorinya, akan sambung naik ke atas. Kurang faham pasal SAR, boleh KLIK SINI untuk baca.

Untuk VOLUME. Banyak pilihan boleh pilih. Cuma, sy suka tengok Volume Spike. Bukan untuk terus masuk, tapi buat garisan di chart dan set alert siap-siap. Bila nanti tiba masanya harga cross up harga tertinggi semasa volume spike, boleh la cari entry. Sbb biasanya, ada kaunter yang volume spike dulu kiranya sebagai pengenalan la or nak kasi orang ramai (para trader) trigger tentang kaunter tu. Kesilapannya, ramai yang kejar harga masa volume spike, then menung di puncak. Sbb biasanya lepas spike dia akan rehat dulu beberapa ketika, kadang - kadang beberapa hari, kadang-kadang beberapa minggu. So, bertabahlah kalau kejar harga. Silap sendiri. Kebiasanya kalau harga berjaya melepasi harga tertinggi semasa volume spike, akan mula membuat kenaikkan. Kalau nak trade secara tenang, jangan sesekali kejar harga, tapi biarlah kita dan harga saling berkejaran dan bergurau senda. Faham tak? hahaha...masuk dekat tapak la maksudnya, gurau senda tu, bila harga turun utk rehat, retrace or correction.

DM pun ok jugak kalau nak tengok. DM bermaksud Directional Movement. Pilih Bullish Directional Movement. Cuma kadang-kadang kaunter dlm list ni low volume, chart belum cantik tapi ada memberikan penampakkan untuk membullish. So, ni mmg betul-betul tapak la kalau masuk. Tapi, kena ada tahap kesabaran yang tinggi.
Last sekali tengok Candlestick. Cuma jarang jugak tengok. Tapi, oleh untuk scan kaunter yang secara teorinya akan sambung naik. Cuma pilih, bullish candle je la.

Ok, itu je la yang menarik minat sy. Itu je pun dah berlambak kaunter nak pilih sebenarnya. Semoga bermanfaat. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen dekat bawah. Jemput juga klik follow kat tepi kiri ni sebagai tanda sokongan :-) Nanti dari semasa ke semasa sy kongsikan lagi tentang Bursa Station.



Ulasan

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth