Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Faktor-faktor Mempengaruhi Pergerakkan Naik Turun Nilai Emas

Kita biasa dengar tentang pelaburan emas dan selalu nampak iklan-iklan daripada agen-agen jualan emas samada online atau fizikal. Macam-macam ayat yang digunakan, ada juga yang guna teori konspirasi dan juga cerita-cerita yang menakutkan kemudian iklan "mula simpan emas, bila lagi nak tunggu nanti harga naik baru rasa rugi sebab tak beli sekarang"..cuma tu la tu, yang buat iklan-iklan tu faham tak apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakkan naik turun nilai / harga emas? Selain itu, apakah yang kita boleh lihat daripada chart dagangan emas. Jika faham lihat chart, lebih mudah untuk predict waktu yang paling sesuai untuk mula membeli dan menyimpan emas untuk tujuan pelaburan. Untuk penulisan kali ini sy kongsikan beberapa faktor yang mempengaruhi nilai harga emas. Semoga bermanfaat.

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

 

NILAI US DOLLAR DAN KADAR TUKARAN WANG 

Harga emas dipengaruhi dan didominasikan oleh nilai U S Dollar. Secara amnya, hubungan antara emas dan US Dollar adalah berkadaran songsang. Jika nilai US Dollar mengukuh maka harga emas akan melemah, turun dan lebih terkawal. Begitu juga sebalinya, kejatuhan dolar AS mempunyai kecenderungan untuk menolak harga emas lebih tinggi kerana mata wang dan komoditi lain di seluruh dunia meningkat dalam nilai apabila dolar jatuh. Disebabkan itu juga, harga emas mengukuh dan naik melalui peningkat permintaan. Ini adalah disebabkan, minat untuk membeli lebih tinggi kerana lebih banyak emas boleh dibeli akibat harga yang rendah. US Dollar yang lebih lemah pada 2016 telah menjadi faktor penting dalam mendorong harga emas lebih tinggi. 

Oleh sebab itu emas sering dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Inflasi mengakibatkan nilai matawang terutamanya US Dollar menurun dan sekaligus menaikkan harga emas. Untuk kadar tukaran matawang, peningkatan dalam kadar pertukaran akan menyebabkan kenaikan harga tempatan. Sebaliknya, ringgit yang lebih kukuh akan menyebabkan harga emas lebih rendah.

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.

KADAR FAEDAH (Interest Rate) 

Kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat selalunya menjadi penunjuk ke mana arah harga emas. Kadar yang lebih rendah akan memperlihatkan peningkatan harga emas dan sebaliknya kadar yang lebih tinggi akan diikuti oleh harga yang emas yang lebih rendah. Kita dapat lihat, pada 15 Jun 2022, interest rate dinaikkan di US maka nilai emas makin menyusut hingga ke hari ini (9 Julai 2022). Secara logiknya apabila interest rate naik, nilai wang individu menyusut kerana perlu menggunakan lebih wang untuk membayar kadar faedah pinjaman. Jadi, wang lebihan dan simpanan berkurang, maka minat untuk melabur, membeli dan menyimpan emas akan berkurang. Apabila kurang minat belian (demand), supply over demand, maka harga akan jatuh. 

POLISI KEWANGAN (MONETARY POLICY)

Dasar monetari adalah antara pemacu penting harga emas. Dasar monetari mempengaruhi pertumbuhan bekalan wang yang seterusnya menentukan kadar inflasi (dalam jangka panjang). Emas pula dalam keadaan tertentu, digunakan sebagai lindung nilai kepada inflasi. Pertumbuhan bekalan wang dan pendirian bank pusat juga menentukan kadar pertukaran. Boleh baca tentang kadar tukaran wang dan untuk baca lebih lanjut tentang monitory policy boleh google ya. Keyword "effect monetary policy to gold price". Satu lagi boleh search tentang "central bank reserve to gold price".

EKONOMI GLOBAL

Kestabilan ekonomi akan memberikan kesan kepada harga emas. Jika ekonomi stabil, pendapatan akan bertambah maka ramai yang mampu untuk membeli emas. Begitu juga sebaliknya, jika berlakunya ketidakstabilan atau kemelesetan ekonomi, maka orang ramai akan lebih banyak berjimat cermat untuk kesinambungan kehidupan seharian. Jadi, jika ada iklan simpanlah emas atau belilah emas sekarang sebagai persediaan kepada recession / kemelesetan ekonomi, kena faham betul atau tidak perlu beli. Sebab apa, bila berlakunya recession, harga emas akan turut menjunan sebab supply over demand. Ramai menjual emas untuk ditukarkan kepada tunai. Seeloknya, jika ada banyak modal, tunggu la masa recession. Baru boleh beli emas dengan harga diskaun / jualan murah.

INFLASI 

Inflasi bermaksud kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Nilai matawang susut dan mengecil. Kita perlu guna lebih banyak wang untuk membeli sesuatu. Namun begitu, dari sudut pandangan lain, apabila berlakunya peningkatan kadar inflasi, ia akan memberikan maksud bahawa ekonomi tidak stabil dan juga nilai matawang menyusut. Peningkatan kadar inflasi akan meningkat kebergantungan kepada emas manakala penurunan kadar inflasi, akan menurunkan kebergantungan kepada emas. Kepada rakyat marhaen, apabila berlakunya inflasi, kita akan kekurangan duit. Tapi pada warga kayangan, mereka menukar nilai wang kepada emas. Ini kerana, emas dianggap sebagai tempat berlindung (kebergantungan / perlindungan kekayaaan) untuk mengharungi keadaan ekonomi tidak menentu. (boleh google : gold as save haven). Sebab itu harga emas tidak turun, stabil dan kadangkala meningkat semasa inflasi tinggi. Kerana ada demand / permintaan dari kayangan 😅

Sebab tu ada iklan menjual emas mengatakan "emas kalis inflasi". Tapi, kalis inflasi kepada yang beli mampu beli1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram atau kepada golongan yang mampu membeli lebih dari 1kg emas dalam satu masa? Apabila inflasi tinggi, marhaen akan menjual emas untuk ditukarkan kepada tunai, manakala kayangan menukar tunai kepada emas untuk save haven. Boleh la tanya pada agen yang beriklan sebegitu, apa maksud "emas kalis inflasi"? Cuma inflasi hanyalah salah satu faktor dan bukanlah faktor utama kepada naik turun harga emas. Ini kerana inflasi sentiasa berubah berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.

FAKTOR GEOPOLITIKAL (GEOPOLITICAL FACTORS)

Faktor geopolitik yang menyebabkan situasi seperti krisis dan peperangan turut memberi kesan kepada harga emas secara positif kerana emas bertindak sebagai tempat simpanan selamat (save haven) dan juga menjadi pelindung kepada kekayaan (wealth protector).

 BARANG KEMAS DAN PERMINTAAN INDUSTRI

Permintaan barang kemas perhiasaan juga dapat menaikkan harga emas. Ini kerana semakin banyak permintaan (demand), harga akan semakin naik. Begitu juga dengan permintaan industri, emas digunakan untuk sektor pembuatan dan teknologi. Sebagai contoh didalam pembuatan peranti perubatan seperti "Stents" (utk perubatan jantung) dan juga barangan produk electronics. Dalam Iphone pun ada guna emas, sebab tu harga mahal kot 😄. Kenapa emas digunakan didalam produk elektronik terpilih? Ini kerana emas mempunyai tahap konduksi / pengaliran yang tinggi, mudah digunakan dan juga tahan hakisan / karat. Tapi demand bergantung kepada keadaan ekonomi, jika ekonomi bagus, demand lebih banyak maka harga emas akan naik lebih tinggi. Begitu juga sebaliknya. 

PERLOMBONGAN EMAS

Ini mungkin tidak ramai yang pandang dan ambil kira tapi sekian lama emas di gali, kemungkinan emas dekat dengan permukaan bumi dah semakin habis dan perlu menggali dengan lebih dalam dan mencabar. Mungkin suatu hari nanti emas akan makin sukar untuk dilombong, maka ini akan melonjakkan harga kepada nilai yang lebih tinggi atau sangat tinggi. 

Semoga bermanfaat. Jadi sebelum membuat keputusan untuk melabur emas, perlu tahu faktor penggerak dan juga bilakah waktu yang sesuai untuk membuat pelaburan. Saya lebih suka lihat chart jika ingin membuat keputusan pelaburan kerana pergerakkan chart merupakan ringkasan kepada news, rumors, emosi (takut, tamak, ragu-ragu) dan juga merangkumi faktor-faktor diatas. Jadi, kalau minat nak belajar bagaimana nak kaji dan analisis chart, boleh la hubungi sy ya. Hahaha. Sempat iklan. Ok, mari kita lihat gerakan, halatuju dan potensi kepada pergerakkan harga emas berdasarkan chart. 

ANALISIS TEKNIKAL CHART PERGERAKKAN HARGA SAHAM

Sy pernah tulis review tentang emas pada 18 May 2022 sebab bersepah iklan lalu lalang dkt Facebook tentang "belilah emas", "waktu sesuai untuk beli emas", bila lagi nak tunggu" termasuklah teori-teori konspirasi yang berakhir dengan iklan atau link penjualan emas. Kalau beli bulan May, arini tengah loss. Tapi, agen akan ckp, pelaburan emas bukan untuk masa singkat. Untuk long term. Maybe utk 10 tahun or 20 tahun lagi baru boleh jual dan raih keuntungan dari pelaburan hari ni. Cuma masa tu, maybe agen pun dah tak lagi jual emas. Maybe jual churos pulak. Churos sedap & ramai peminat. Sy pun minat nak bukak bisnes jual churos. Klu ada info ttg cara nak setup bisnes churos, boleh la kongsikan ya. 

Review pada 18 May 2022. Masa ni harga 1809 usd/oz. Hari ni 11 July 2022 harga 1736 usd/oz. Kejatuhan 73 usd / oz.

Boleh baca review di Facebook tentang emas disini. KLIK SINI utk review pada 9 July 2022. Selain tu ada dua review pd bulan May 2022. KLIK SINI dan juga KLIK SINI.

Pernah tak nampak iklan daripada agen jualan emas (untuk pelaburan) yang tulis " Tahukah anda harga emas naik 600% dalam tempoh 20 tahun?" Maksudnya kenaikkan dari tahun 2002 hingga 2022. Mari kita tengok chart. 

Harga pada Jan 2002 kita ambil purata 300usd/oz dan mencapai puncak tertinggi pada Jan 2011 pada harga purata 1900usd/oz. Jadi brp % kenaikkan? (1900 / 300) x 100% = 630%. Ya ngam la tu. Itu antara Januari 2002 ke Jan 2011. Cuma tahukah anda, jika mula membuat pelaburan emas pada tahun 2012, emas turun sebanyak 44%  pada October 2016 dan anda kerugian sebanyak lebih kurang 44%. Anda perlu menunggu 6 tahun seterusnya iaitu pada tahun 2022 untuk portfolio pelaburan emas kembali ke harga belian dan untuk sedikit keuntungan? Kecuali ada banyak duit la, makin jatuh makin beli. Cuma sampai bila nak beli je tanpa menjual? Fasa kejatuhan harga emas adalah dari tahun 2011 hingga 2019 (8 tahun) sebelum kembali membuat pendakian menguji aras 1900 usd/oz pada tahun 2020 dan 2022. Sekarang ni nampak macam nak kembali turun sebab pergerakkan harga secara teorinya bergerak zig zag (bertangga). Cuma aras yang perlu dimonitorrapatkan adalah di aras 1687, 1669, 1617 Usd/Oz. Jika harga membuat pantulan disitu dan tidak bocor, ada potensi untuk membuat gerakan menaik semula. Atau jika turun ke garisan trendline, aras yang perlu diberikan perhatian adalah di 1525, 1480, 1419 Usd/Oz. Jika membuat pantulan diaras ini, ada potensi untuk membuat gerakan menaik semula. Cuma berapa lama dari sekarang, tiada kepastian. Dan daripada ringkasan kisah panjang lebar ni, terhasillah iklan seperti dibawah ini :

Semoga bermanfaat. Sila jangan kecam. Penulisan berdasarkan fakta, analisis teknikal dan realiti bukan fantasi.

Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth