Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Market Outlook 2022 - Hala Tuju KLCI dan Tema Sektorial

Untuk mengkaji hala tuju KLCI dan juga sektor yang ada potensi bullish sekaligus menjadi tema semasa untuk KLCI, sy ada buat satu sesi Facebook Live pada 6 Januari 2022 yang lalu. Analisis KLCI dan tema sektorial hanyalah berdasarkan analisis teknikal semata-masa tanpa mengambil kira apa-apa catalist (kecuali sektor healthcare). Jadi hasil daripada analisis chart sektor, terdapat empat (4) sektor yang mempunyai chart pattern dengan kekuatan bullish dan dijangka akan menjadi tema untuk sesi awal dagangan tahun 2022. 

Sebagai seorang trader, kita perlu mengkaji kekuatan sektor terlebih dahulu sebelum membuat shortlisted kaunter-kaunter yang berpotensi didalam sektor tersebut. Jadi lebih mudah untuk menjana profit kerana secara teorinya, jika sektor sedang bullish, kaunter didalam kategori sektor itu juga akan sama-sama mempunyai kekuatan bullish. Sebab tu kaunter akan lebih mudah bergerak dan lebih volatile. Jika tersilap pilih kaunter dan membeli kaunter yang berada dibawah sektor bullish itu yang asal beli je kejung tak bergerak sangat..kalau bergerak pun slow2 je. So, lepas ni boleh la cuba cari kaunter di sektor yang bullish. Pasti lebih mudah dan gembira untuk berdagang saham.

Untuk Market Outlook 2022 - Hala Tuju KLCI dan Tema Sektorial boleh tonton video di bawah ya. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan trader sekalian. Belum terlambat untuk sy ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua. Semoga pada tahun 2022 ini pasaran akan kembali bullish, kuat dan meriah. Semoga juga kita semua mampu untuk menjana pendapatan yang konsisten didalam arena perdagangan saham. Bersaham ni adalah game of probability...jadi kena berlatih bersungguh-sungguh dan asas skill setajam mungkin agar success rate lebih tinggi dari losing rate. Paling penting kena sentiasa disiplin dan menghormati trading plan yang telah kita buat sebelum membeli sesuatu kaunter. 



Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Penerangan dan Kajian Market Depth

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth