Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Apa itu VWAP dan Apakah Kegunaannya?

Pernah dengar tak pasal VWAP? Ataupun masa buka CDS apps atau platform pernah perasan tak tentang VWAP? Apa itu VWAP? Ianya merupakan singkatan kepada Volume Weighted Average Price. Kalau guna google translate maksudnya Harga Purata Berat Kelantangan. Pelik maksud dia. Tapi, lebih kurang harga purata diambilkira volume sebagai pemberat. Kalau dalam Bursa Station, formulanya mcm ni:

N=Number of bars/interval used to calculate the study

Tak faham jugak. Tengok web investopedia je la lebih jelas cara kira:

Ok, apakah kegunaannya? Biasanya VWAP ni boleh digunakan sebagai salah satu teknik trade intraday ataupun fifo. Wah mcm menarik. Sebelum tu, jemput baca entry bertajuk Trade Saham FIFO dan Intraday kalau berminat nak jadi scalper. Kat mana boleh nampak VWAP ni? Ok, sy kongsikan dua platform CDS apps iaitu CDS UOB dan juga HLE. Bursa Station juga la ya. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Kiri HLE CDS, tengah UOB CDS dan kanan Bursa Station. Nampak kan tulisan VWAP tu?

Contoh di CDS HLE, harga VIVOCOM 0.795, VWAP 0.8214. CDS UOB harga SPRING 0.370, VWAP 0.3609. Kenapa Vivocom jatuh dan Spring naik? VWAP boleh dijadikan sebagai intraday support dan resistance. Jadi, dapat kita lihat, Vivocom bocor support VWAP manakala Spring pecah resistance VWAP. Jadi untuk Vivocom kembali naik, ia perlu kembali memecahkan aras VWAP pada trading day seterusnya dan jadikan aras VWAP sebagai intraday support. Begitu juga dengan SPRING. Buat masa ini support adalah di 0.360. Jadi, selagi berada diatas 0.360, akan meneruskan kenaikkan. Sebab tu kalau perasan, selalunya asal tekan buy je harga turun. Sebab apa? salah satu sebabnya adalah masa kita tekan buy tu, harga semasa berada di bawah harga purata VWAP. Kalau tak percaya, cuba lepas ni guna VWAP. Untuk makluman sebelum terlupa, VWAP ni valid untuk sehari je. Next trading day, VWAP akan berubah. Sebab tu sesuai untuk Fifo & Intraday je. 

IKLAN

Kalau dekat Bursa Station pun ada indicator VWAP. Sy tunjuk contoh chart Vivocom, Spring & SYF. Guna BS boleh la nampak line untuk VWAP. Kalau takde BS, boleh je dari semasa ke semasa tgk VWAP dekat CDS apps. 

Contoh guna VWAP (line biru) untuk chart TF5mnt Vivocom

Contoh guna VWAP (line biru) untuk chart TF5mnt Spring

Contoh guna VWAP (line biru) untuk chart TF5mnt SYF


Menarik jugak guna VWAP kan? Banyak sebenarnya teknik untuk trade saham ni. Cuma, kalau rasa berminat, boleh la berlatih dan mahirkan diri dengan menggukan VWAP. Tak perlu teknik-teknik yang susah-susah, guna teknik mudah pun dah boleh profit dalam bersaham. Jangan dicomplicatedkan hidup dalam mencari rezeki. 

Untuk kira harga Private Placement pun guna VWAP. Sebelum ni baca je tapi buat-buat tak faham. So, sekarang semoga dah faham. Semoga bermanfaat ya. Jemput follow blog ini tanda sokongan. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh komen di bawah ya.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

  1. Salam cikgu. Terima kasih utk post ni, sgt brguna utk trader beginer mcm sy. Nk request posting cara baca qr or ar. Terima kasih in advance. 🙇🏻‍♂️🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Sama2. QR boleh baca sini ya : https://tradermarhaen.blogspot.com/2020/11/quarter-report-apa-yang-trader-perlu.html

      Nanti sy akan tambah posting ttg QR lagi..

      Padam

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth